Hujan yang terus menerus menyejukkan hati.
Eh tak ada kerja lainkah selain merenung hujan?
Oh apa boleh buat kalau itu yang menyenangkan hati. Apa lagi dalam keadaan yang perlukan masa bertenang sekarang ni.
Hidup ini memanglah ada masanya menyesakkan. Masalah datang pelbagai bentuk.
Berat dan ringan.
Halus dan kasar.
Telus dan tembus
tirus dan tiris...ahhhh banyaknye
Bila hujan aku suka pejam mata.
Nikmati suara yang datang.
gemersik..
halus..
syahdu..
berbisik memanggil aku ke awangan...
Lena....
Ada masa titis hujan sama banyaknya dengan air yang jatuh dari kelopak mata..
Kenapa?
Rindukah?
emmm..mugkin tapi terjangkau tangan nak mencapai kerinduan itu.
Oh....
Sejak bila aku jadi se"karat" ini..
Hahahaha...soalan apakah ini..
Kerana aku sendiri tak pasti...
Di celah titisan air yang jernih itu bahuku tergerak-gerak mengimbangi rasa ingin ketawa..
Tamat sudah episod hari ini....
Friday, January 28, 2011
Wednesday, January 26, 2011
KALAU DAH SUKA
Kalau dah suka semuanya indah,manis,baik,wangi,sempurna etc. Cakaplah apa pun tak kan ada kesan.
Kalau dah suka segala cerita semuanya di iyakan..
Kalau dah suka cakap dia saja yang betul...
Kalau dah suka apa dia nak pun bagi...
kalau dah suka musuh dia pun musuh kita juga....
Kalau dah suka tengok dia makan pun selera..
Kalau dah suka apa yang dia buat semuanya hebat...
Kalau dah suka pantang kena tegur asyik nak merajuk je...
Kalau dah suka berpanas hujan pun tak apa..
Kalau dah suka "pokai" pun tak apa janji dia senyum sentiasa..
Kalau dah suka tiba-tiba gedik pula...
Kalau dah suka hari ni pun tak ingat hari apa...
Kalau dah suka kena maki pun diam aje...
Kalau dah suka ada mata pun macam buta..
Kalau dah suka ada telinga tapi tak mahu mendengar...
Kalau dah suka ada akal tapi tak mahu fikir dengan logik...
Kalau dah suka JANGANLAH SAMPAI BODOHKAN DIRI SENDIRI.....

Tuesday, January 25, 2011
BILA DIA MENJAUH..
Aku tak pasti sejak bila perasaan itu timbul. Kecewa pun ya juga. Dia umpama seseorang yang penting dalm hidupku. Sekarang dia tak perlukan aku lagi. Biarlah dia dengan hidupnya dan aku dengan hidupku yang baru ini. Aku tahu dia juga sudah temui pengganti aku. Rasanya jauh lebih baik dari aku. Baguslah kan
Aku masih ingat waktu-waktu gembira kami. Sedikit pun aku tak pernah kesal mengenali dia. Sewaktu aku dalam proses mengenali seseorang dia juga menyokong sepenuh hati. Rasanya saat indah tak kan berulang kembali. Kini aku tiada teman berkongsi cerita dari hati.
Segalanya bermula dengan ayat-ayat gurauan (agaknya). Katanya kalau aku berkahwin kami tak mungkin dapat berjumpa,bersembang atau mungkin sekadar bertelefon bertanya khabar. Aku menidakkan kata-katanya. Bagiku itu semua dongeng. Zaman sekarang perkahwinan bukanlah halangan kebebasan untuk berkawan asal ada batasnya.
Tapi nyata dia mengotakan apa yang telah diluahkan. Aku kecewa dengan dia. Sedih. Sakit. Seribu macam rasa muncul mengguris hatiku. Kenapa dia menjauh. Adakah perkahwinan itu satu kekangan untuk berkawan.
Dia yang mengganggap begitu. Jangan salahkan aku jika aku tiada masa untukmu. Usah pertikai kengganan aku bertemu denganmu. Kau yang sengaja mengelakkan diri dariku. Tak apalah.
Aku akan mengelakkan diri darimu mulai sekarang....teruskan usahamu menuntut ilmu. Tinggalkan aku yang tak punya apa. Aku yang tak memberi apa-apa untukmu. Aku yang hadir cuma untuk memenuhi sebahagian ruang kosong dalam hidupmu. Pergilah...........
Terima Kasih Teman

Monday, January 24, 2011
SI KAKI BESI
Wahai si kaki besi apa kau mahu? Mahu besi lagi agaknya. Bagitahu aku di mana pula besi hendak di masukkan. Di tangankah? Di kaki nan satu lagi kah? Atau mungkin di kepalamu? Akan aku syorkan tempat yang sesuai untukmu. Oh maaf aku lupa si Merrier itu juga seorang doktor. Mungkin kau mahu dia sendiri masukkan seberapa banyak besi yang engkau idamkan.
Tak cukup puaskah hatimu dengan aku. Kenapa? Nak sembah kau? Maaflah aku masih punya iman yang mengingatkan aku si Pencipta yang maha agung. Kau Cuma picisan daging yang boleh lumat bila-bila masa. Kau seolah-olah lupa tanah yang kau pijak.
Tuhanku..hambamu yang hina ini memohon kepadaMu, andai kami tergolong sebagai orang –orang teraniaya maka tunjukkan ujian pada si kaki besi itu supaya dia buka mata dan hati untuk melihat alam realiti. Supaya dia bangkit dari lena yang panjang bahawa kami bukan lemah. Kami hanya bertindak bijak dengan berdiam kerana orang yang banyak bercakap adalah orang yang lemah akalnya.
Berhenti menjerit sebelum hilang suaramu. ...
Si kaki besi...aku akan terus berdiam tapi akan terus memandang tingkahmu. Kau mahu tahu kenapa???
Sebab aku menunggu hari yang aku mampu membuat aku tersenyum bangga.....
Saturday, January 22, 2011
GUNTING DAN LALANG
Dulu ramai yang bertanya kenapa aku dengan dia. Kenapa aku boleh bertahan dengan dia. Entah.....aku tak ada jawapan. Soalan wajib "macam mana kau boleh tahan dengan perangai dia?". Aku jawab "entah". Bagi aku..aku akan berkawan dengan siapa saja selagi boleh.
Aku pernah kecewa dengan dia..oppsss bukan "pernah" tapi selalu. Bila berjanji susah untuk dipenuhi dan aku dengan sengajanya akan buat-buat lupa bila dia mengingatkan aku tentang sesuatu. Adilkan? Dua kali lima jelah aku ni. Mungkin sebab tu aku bertahan. Balas bila ada kesempatan.
Aku selalu tertanya kenapa aku masih berbaik dengan orang yang begini? Dia bukan yang pertama. Bila pergeseran timbul aku dipersalahkan. Kerana apa? jawapannya kerana orang begini bijak manipulasi cerita. Dan aku yang lurus cuma berdiam saja. Kemudian mereka menjauh kerana yakin akulah punca akulah yang bersalah.
Masa berlalu dan muncul satu hari di mana "si pemandang" yang tidak pernah melihat aku dengan malu-malu menghulur harapan. Aku bersyukur kerana dia telah dibukakan mata untuk melihat. "Aku tak sangka dia macam tu" Aku cuma senyum kerana aku dah menjangka semua tu akan kembali padaku.
Semasa berganding kami melakukan hal yang sama jadi aku tahu bila "bercerai" apa bahana yang akan aku dapat. Waktu itu aku cuma mampu menjeruk rasa. Katalah apa saja kerana hatiku telah bersedia untuk kalis segala nista itu. Kau boleh malukan aku kerana aku tahu akan ada orang yang akan malukan kau. What you give you get back. Hidup ini ada hukum karmanya. Sedia atau tidak terpulang pada kita.
Aku tak kisah dengan dia lagi. Rasa kecewa tu dah hilang. Aku dah lama bersedia dari mula aku dapat tahu dia memfitnah aku dalam diam. Apa gunanya dia disisi jika cuma mahu jadi gunting dalam lipatan. Pergilah kau dengan angan-angan yang tak berkesudahan. Aku doakan kau dapat apa yang sepatutnya.
Kepada si lalang belajarlah jadi manusia di alam nyata. Sampai bila mahu ditiup angin. Tiada siapa mahukan lalang di laman rumah. Hanya rumah tinggalan saja yang menyambut kau. Kalau punya masa ingin aku tanyakan apa kelebihan kau menjadi lalang...baik?pendamai?natural? atau boleh aku katakan parasit?hipokrit?. Aku ada gelaran yang lebih sesuai untuk kau "si lalang" cuma aku tak tergamak nak ucapkan. Tahniah lah kepada aku kerana masih punya hati untuk tidak menggelarkan kau dengan sesuatu yang memualkan.Mulai hari ini aku akan doakan kau akan punya hati kejung umpama ais supaya isi hatimu terpelihara dibalik kebekuan.
Hari ini aku tersenyum bahagia kerana "Gunting" telah pergi. Tiada lagi yang melemaskan aku selain berpura-pura gedik seperti dia. Maaf aku tak pandai. Itu bakat semulajadi kau yang menawan semua orang dibalik kepura-puraan. Aku cuma nak jadi diri aku. Terima kasih kerana pergi walaupun lewat.

Friday, January 21, 2011
BUAT APA BAYAR LEBIH, BELILAH DENGAN HARGA BORONG
Macam biasa dengarkan ayat tu. Memang sesuai la sangat dengan barang yang dijual yang macam “ala-ala” gitu. Kecewa sikit dengan pasaraya ni. Sekarang ni kain baju yang ada macam ala-ala bundle je. Dah tak macam dulu. Baju kurung pun beza beberapa sen aje dengan kedai-kedai luar. Kedai dalam bangunan tu tak payah la nak bandingkan... kecuali tetiba ada crazy sale boleh la jenguk. Memang mahal tak ingat beb.
Aku memang tak berapa gemar dengan layanan sesetengah pekerja kat sini. Senyum pun susah. Salesgirl terlebih ramah pulak. Kadang-kadang salesgirl yang layan bukan pekerja situ la maksud aku.
Paling aku tak lupa masa krisis gula. Aku ingat kat pasaraya ni tak terbabit la kan sebab kat display unit dia tak letak apa-apa signage pun. Bila nak bayar akak cashier ni dengan muka ketatnya terus rampas satu peket gula yang aku ambil. “Sorang customer boleh ambil satu je ye” aku pun jawab “oh tak boleh ke? Tak tulis apa-apa pun tadi” Menyirap juga masa tu seolah-olah. Aku ni tak faham bahasa. Cara dia yang buat aku tak berkenan masa ambik gula tu dari atas conveyor terus campak dalam bakul tepi kaki dia. Memang kasarlah. Satu perkataan maaf pun tak ada. Aku tak tahulah aku ni mangsa keberapa. Orang lain pun puasa juga masa tu tapi boleh senyum lagi.
Aku bukan nak rendahkan pekerjaan diorang , aku pun pernah kerja macam diorang ok but aku masih ingat bahawa customer first. Bad mood macam mana pun kena la tarik-tarik muka bagi senyum. Tapi yang selalu aku jumpa customer yang hampeh je ermmmmm......
Wednesday, January 19, 2011
MASAK APA?
Telingaku masih lagi terngiang-ngiang cerita semalam. Kisah seorang ibu,isteri,sahabat dan mungkin boleh dianggap superwoman. Ya itulah wanita. Bangun seawal 4 pagi untuk memasak. Tak hirau sekeliling. Tak peduli suasana pagi yang dingin hingga menggigit tulang hitam. Kala umat lain masih lena dia memecah suasana pagi dengan bunyi mesin pengisar cili.
"aku dah tak peduli kalau orang nak kata apa" itu kata dia
Tinggal di rumah burung memang satu cabaran. Walau tak seteruk setinggan tapi masih ada kekurangan. Silap-silap jiran kentut pun boleh dengar.
"Nak masak lauk untuk bekal suami,kuih wajib dia tiap pagi supaya mudah dimakan masa memandu"
"Masak juga bekalan anak, sambil tu buat juga makanan yang teringin ditekak"
Aduh...kenapa terlalu complicated hidup ini. Lelaki a.k.a suami terutamanya, kenapa tak disediakan "babu"(kasar kan gelarannya). Mahu itu ini tapi cuma bangun bila azan subuh lantas bersiap ke tempat kerja. Bekalan siap tersedia cuma perlu dicapai saja. Silap-silap dah diletakkan sekali dalam kereta.
Isteri masih sibuk mengemas di dapur. Suami sudah duduk mengadap sarapan. Anak sudah menunggu di muka pintu minta dihantar ke sekolah. Isteri masih terkial-kial memakai baju.
Pulang bekerja anak bertanya "mak malam ni mak nak masak apa?" Ahhhh..belum selesai lagi!!!!
Bukankah kita makan untuk hidup tapi cerita bab yang satu ni sudah cukup merumitkan.
Sebelum tidur otak masih berfikir apa menu sarapan esok??? Opsss...baju dalam mesin basuh belum disidai..arrgghhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, January 18, 2011
MATI DI TENGAH
Aku yang ada perasaan terasa umpama kancil. Bila sang gajah berlegar dikelilingku aku mengecilkan diri yang telah sedia kecil. Bila mereka mula mengangkat belalai aku dah terperosok di celah perutnya lalu tersepit diantaranya. Akhirnya aku mati ditengah-tengah gelanggang.
Hidup umpama roda. Hidup aku sekarang umpama roda yang tercucuk jarum. Angin mula keluar sedikit demi sedikit. Panas dan hujan aku biarkan. Selagi roda itu mampu bergolek aku turutkan. Tiba masa ia kehabisan angin akan berhentilah gerakannya. Hanya mampu menekur dibumi tanpa penghirauan dari sesiapa.

Monday, January 17, 2011
RASA TAK TERLUAH
Bayangkan kalau rasa nak menangis tapi tak boleh nak lepaskan..bahaya kan. Hati aku libang libu sekarang. Sekejap sakit perut sekejap sakit dada..macam-macamlah. Stress condition..but its not good for me actually. My hope just come and i have to take care of it. Not just my body but i need refresh my soul at all. I need to talk with someone..please i need u!!!!!!
Friday, January 14, 2011
SAKIT
Agak terganggu suasana pagi ni. Segalanya serba tak kena. Perut rasa semacam je. Kepala berdenyut-denyut. Pagi ni sempat juga jamah karipap dengan teh o yang MIL sediakan. Since hubby balik malam tadi so siang-siang dah packing segala barang nak angkut pergi sana.
Jam 9.30 makan mee segera pulak. Dari semalam demi terpandang saja bungkusan mee tu terus aku capai. Macam sedap je. Rasanya ok masa panas tapi bila sejuk kurang sikitlah. Maka kat opis kan so faham-fahamlah konsepnye "tuang dan rendam" aje. Kejap je dah sejuk. Apapun Alhamdulilah kenyang juga. Tak kiahlah orang nak kata aku apa pasal melantak kat opis ni yang penting

![]() |
| Diperkaya dengan nutrien taw.... |
Thursday, January 13, 2011
BIAR MASA MENENTUKAN....AKU
Hari paling berkecamuk dalam hidup adalah hari ni. Aku rasa sesak nafas bila memikirkan hal yang satu. Apa yang aku tengah buat ni? Aku sebenarnya kecewa dengan dia. Kenapa aku seolah-olah tak punya hak apa-apa. Sudahnya aku terlepas cakap ayat-ayat yang menguris hati pada dia. Ah..itu keputusan dia. Cuma alasan yang dibagi tu yang buat aku sakit hati.
Wahai hati tolonglah tabah. Aku tak mahu dicop derhaka. Tapi apa kan daya aku bukan malaikat. Emosi makin menunjal akal fikiran. Pedih dihati hanya orang yang tahu. Terasa segala pengorbanan tak dihargai langsung. Kenapa aku tak boleh positif dalam hal yang satu ni.
Tuhan aku tak sanggup.....................
Biar masa menetukan hala tuju emosi aku......
Biar angin tiupkan semangat ketabahan dalam jiwa...........biarkan aku bernafas dari rongga kesabaran.

Wednesday, January 12, 2011
AWALNYE MAKAN..
Jam menunjukkan 8.15 pagi dan aku sedang menyuap bihun goreng bersama telur goreng dan sedikit sambal. Lapar sungguh rasanya pagi-pagi ni selepas menempuh 2 jam perjalanan seawal 5.30 pagi tadi. Oh..aku dari JB berjumpa si jantung hati hehehe..geli tak ayat aku ni. Asal boleh je. Ini bukan kali pertama dan aku bersyukur kerana diberi kekuatan menempuh segala dugaan setakat ini. Alhamdulillah.
Bukan mudah menjadi weekend family dan aku akui ada masa aku jadi lemah. Banyak persoalan yang datang dan bila itu berlaku aku mula memikirkan hal-hal yang negatif. Tapi aku akur dengan qada dan qadar dari Allah. Ada lagi orang yang lebih malang(sesuai ke ayat ni?). Bila berjauhan kepercayaan tu penting. Kalau nak pasangan kita jujur maka kita pun kena jujur juga dengan dia. Dulu aku tak pernah mimpi untuk hidup berjauhan macam ni. Emmm..salah planning ke? mungkin tak sebab jodoh aku yang datang lebih dulu dari matlamat aku hehehe..Nak wat camne dah mak mentua suka hohoho..ayat tak leh blah kannnnnnnnn...
Sekarang ni aku masih dalam proses "diracun" oleh encik suami untuk mengikut dia ke JB. Tengok lah "racun" tu berkesan ke tak. Banyak benda yang nak difikir terutamanya bab kos-kos yang melampau kat sana tu emmmmmm...sabar je lah. Bayangkan rumah flat tingkat 5 pun sewa nak cecah Rm600 tak ke sawan tuan rumah tu hadoiihhhh...

Monday, January 10, 2011
AJL 25 vs KONSERT 2 ALAM
AJL 25 selesai sudah dengan “Tolong Ingatkan Aku” diangkat sebagai juara. RM35 000 dibolot tanpa berkongsi. Seronok dan berbaloi mungkin untuk pemenang. Aku menunggu persembahan penyanyi ini kerana ZA. Sebenarnya tak minat sangat pun dengan awek ni Cuma bila ZA menerusi blognya kata dia akan berkolaborasi dengan gadis berbaju kurung aku jadi teruja untuk menonton..jahatkan hahahaha...Anyway tak mengecewakan Cuma props terlalu banyak dan aku jadi rimas hmmmm..komen lagi hehehe..ok stop tak mahu komen lebih-lebih sebab tak arif sangat. Agaknya seni yang ditunjukkan tak memuaskan mata aku menonton.
Apa yang membengangkan aku bila suasana damai kawasan kediaman aku dipecahkan oleh bunyi dentuman alat muzik. Memang bakar darah betul. Patutlah dari siang kejap-kejap blackout je. Rupanya ada konsert 2 Alam. Ini bukan kali pertama dan rasanya sejak azali kot memang konsert ni dah wujud. Tak ada yang marah malah area rumah aku jadi popular bila ada konsert ni. Apa taknya aku yang duduk dekat pun tak ambil pot tapi orang luar yang entah dari ceruk mana berduyunnnnnn tibaaaaaaaaaaaa. Kat sinilah korang bole jumpa macam-macam artis kan sebab tu suka sangat. Ada ziana zain,shima,sasha dan ramai lagi lah yang mak tak ingat nak sebut nyah! Angelina Jolie pun ada. Aku tak tahu mana pergi orang yang sepatutnya mencegah benda-benda ni. Atau mungkin tuan tanah kedaung yang anjurkan konsert ni memang jenis tak makan saman sampaikan tok ketua pun malas nak campur (bisnes katering lagi baik) kuikuikui....
Pergi Haji tak semestinya kerana seruan tapi lebih kerana terpaksa kerja so tak da maknalah segala manisnya ibadah di sana dan buktinya dah nampak. Konklusinya memang tak mabrur lah kan. Kalau pak Haji masih pakai skirt dan anjurkan konsert 2 alam depan umah sape berani tegur? Mahu pitam kejap bila pertama kali aku nampak baju yang pak aji a.k.a mak aji(bila malam) a.k.a Mai(nama manja) pakai skirt. Aduhai..dunia nak terbalik..memang la. Tambah seronok bila aku tengok “orang yang berkuasa” sekadar lalu aje.
Pernah sekali Konsert 2 alam ni bertembung dengan majlis marhaban dari rumah ke rumah. Pak Imam Cuma mampu menjeling-menjeling ku bertentang..mata kita sama memandang. Tepuk dahi bila aku dapat tahu kisah tu. Nampak sangat orang yang berhak tegur pun macam dah hilang suara. Nak gaduh pun tak guna coz sure kalah kan. Maklumlah even diorang pakai skirt tapi kalau ajak fight konpem keluar suara JANTAN mau tak tertonggeng dalam parit pak Imam tu dikerjakan.
Hmm..nasib baik umah ni tak ada baby kalau tak mau sawan aku nak bagi baby tidur. Aku tak dapat bayangkan umah sebelah menyebelah tu macam mana. Agaknya siang-siang diorang dah makan ubat tidur kot hahaha....tak pun dah sewa hotel tidur 1 malam. Kepada yang berkenaan tu insaflah...makin lama bukan makin muda. Sebab tu lah Allah turunkan penyakit tapi masih tak beringat. Aku doakan dia berubah..Aminnn
Thursday, January 6, 2011
Nampaknya entry hari ni masih tidak bertajuk..Entah ke mana perginya kotak TITTLE aku ni. Pagi ni perasaan bercampur aduk. Malam tadi boleh pulak tekak aku terasa nak makan eskrem basken roben tuh..ish...ish..ishh.Oh apekah??? ceh statement suspen suda mari...aku masih menunggu keajaiban itu..Aminnn semoga dimakbulkan.
Lately my mood memang tak baik sangat...sampaikan one day when my hubby call then he try to advice about my brother tiba-tiba aku nangis sungguh-sungguh. Sensitif betul malam tu. Aku rasa hubby marah aku...aku tanya diri aku kenapa dia juga seolah-olah meyalahkan aku?? Mungkin kalau dia bukan siapa-siapa, aku tentu marah dia balik. Ah..emosi memang tak boleh dijangka. Aku harap emosi aku ni mampu dikawal bila preggy nanti..insyallah.

Wednesday, January 5, 2011
Sebagai penutup 2010, hari terakhir yang bulan Disember yang tiba-tiba jadi cuti umum gara-gara bola telah menjadi malam pesta muda mudi hehehe...just a small bbq party
Entah kenapa dengan blog aku ni....kotak TITLE hilang lak. So entry ni tak bertajuk la sehingga ianya ditemui hehehe...
Monday, January 3, 2011
LEMBARAN BARU 2011
NEW YEAR RESOLUTIONS
Health:
1. Drink plenty of water
2. Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a beggar
3. Eat more foods that grow on trees and plants, and eat less food that is manufactured in plants (factory)
4. Live with the 3 E's -- Energy, Enthusiasm, and Empathy
5. Make time for prayer 5 times a day and subuh at masjid every morning..
6. At least Sunat Dhuha prayer once a week
7. At least Sunat Tahajjud prayer twice a week
8. Play more games
9. Read more books than you did in 2010 & sit in silence for at least 10 minutes each day
10. Sleep for 6 hours and take a 10-30 minutes walk every day ---- and while you walk, SMILE !!
Personality:
11. Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about.
12. Don't have negative thoughts or things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment.
13. Don't over do; keep your limits
14. Don't take yourself so seriously; no one else does
15. Don't waste your precious energy on gossip
16. Dream more while you are awake
17. Envy is a waste of time. You already have all you need..
18. Forget issues of the past. Don't remind your partner with his/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness.
19. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others.
20. Make peace with your past so it won't spoil the present
21. No one is in charge of your happiness except you
22. Realize that life is a school and you are here to learn. Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.
23. Smile and Laugh more
24. You don't have to win every argument. Agree to disagree.
Community:
25.. Call your family often
26. Each day give something good to others
27. Forgive everyone for everything
28. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6
29. Try to make at least three people smile each day
30. What other people think of you is none of your business
31. Your job won't take care of you when you are sick. Your family and friends will. Stay in touch.
Life:
32. Do the right things
33. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful
34. GOD heals everything
35. However good or bad a situation is, it will change
36. No matter how you feel, get up, dress up and show up !
37. The best is yet to come
38. When you awake alive in the morning, thank GOD for it
39. Your Inner most is always happy. So, be HAPPY!!!!!!!
Last but not the least:

40. Do forward this to everyone you care about.
ini adalah sebahagian email yg diterima sempena tahun baru 2011. Aku suka intipati email ni. Terima kasih banyak-banyak kepada pengirimnya.
Subscribe to:
Comments (Atom)