Jam menunjukkan 8.15 pagi dan aku sedang menyuap bihun goreng bersama telur goreng dan sedikit sambal. Lapar sungguh rasanya pagi-pagi ni selepas menempuh 2 jam perjalanan seawal 5.30 pagi tadi. Oh..aku dari JB berjumpa si jantung hati hehehe..geli tak ayat aku ni. Asal boleh je. Ini bukan kali pertama dan aku bersyukur kerana diberi kekuatan menempuh segala dugaan setakat ini. Alhamdulillah.
Bukan mudah menjadi weekend family dan aku akui ada masa aku jadi lemah. Banyak persoalan yang datang dan bila itu berlaku aku mula memikirkan hal-hal yang negatif. Tapi aku akur dengan qada dan qadar dari Allah. Ada lagi orang yang lebih malang(sesuai ke ayat ni?). Bila berjauhan kepercayaan tu penting. Kalau nak pasangan kita jujur maka kita pun kena jujur juga dengan dia. Dulu aku tak pernah mimpi untuk hidup berjauhan macam ni. Emmm..salah planning ke? mungkin tak sebab jodoh aku yang datang lebih dulu dari matlamat aku hehehe..Nak wat camne dah mak mentua suka hohoho..ayat tak leh blah kannnnnnnnn...
Sekarang ni aku masih dalam proses "diracun" oleh encik suami untuk mengikut dia ke JB. Tengok lah "racun" tu berkesan ke tak. Banyak benda yang nak difikir terutamanya bab kos-kos yang melampau kat sana tu emmmmmm...sabar je lah. Bayangkan rumah flat tingkat 5 pun sewa nak cecah Rm600 tak ke sawan tuan rumah tu hadoiihhhh...
No comments:
Post a Comment