Wahai si kaki besi apa kau mahu? Mahu besi lagi agaknya. Bagitahu aku di mana pula besi hendak di masukkan. Di tangankah? Di kaki nan satu lagi kah? Atau mungkin di kepalamu? Akan aku syorkan tempat yang sesuai untukmu. Oh maaf aku lupa si Merrier itu juga seorang doktor. Mungkin kau mahu dia sendiri masukkan seberapa banyak besi yang engkau idamkan.
Tak cukup puaskah hatimu dengan aku. Kenapa? Nak sembah kau? Maaflah aku masih punya iman yang mengingatkan aku si Pencipta yang maha agung. Kau Cuma picisan daging yang boleh lumat bila-bila masa. Kau seolah-olah lupa tanah yang kau pijak.
Tuhanku..hambamu yang hina ini memohon kepadaMu, andai kami tergolong sebagai orang –orang teraniaya maka tunjukkan ujian pada si kaki besi itu supaya dia buka mata dan hati untuk melihat alam realiti. Supaya dia bangkit dari lena yang panjang bahawa kami bukan lemah. Kami hanya bertindak bijak dengan berdiam kerana orang yang banyak bercakap adalah orang yang lemah akalnya.
Berhenti menjerit sebelum hilang suaramu. ...
Si kaki besi...aku akan terus berdiam tapi akan terus memandang tingkahmu. Kau mahu tahu kenapa???
Sebab aku menunggu hari yang aku mampu membuat aku tersenyum bangga.....
No comments:
Post a Comment