Monday, January 10, 2011

AJL 25 vs KONSERT 2 ALAM

AJL 25 selesai sudah dengan “Tolong Ingatkan Aku” diangkat sebagai juara. RM35 000 dibolot tanpa berkongsi. Seronok dan berbaloi mungkin untuk pemenang. Aku menunggu persembahan penyanyi ini kerana ZA. Sebenarnya tak minat sangat pun dengan awek ni Cuma bila ZA menerusi blognya kata dia akan berkolaborasi dengan gadis berbaju kurung aku jadi teruja untuk menonton..jahatkan hahahaha...Anyway tak mengecewakan Cuma props terlalu banyak dan aku jadi rimas hmmmm..komen lagi hehehe..ok stop tak mahu komen lebih-lebih sebab tak arif sangat. Agaknya seni yang ditunjukkan tak memuaskan mata aku menonton.

Apa yang membengangkan aku bila suasana damai kawasan kediaman aku dipecahkan oleh bunyi dentuman alat muzik. Memang bakar darah betul. Patutlah dari siang kejap-kejap blackout je. Rupanya ada konsert 2 Alam. Ini bukan kali pertama dan rasanya sejak azali kot memang konsert ni dah wujud. Tak ada yang marah malah area rumah aku jadi popular bila ada konsert ni. Apa taknya aku yang duduk dekat pun tak ambil pot tapi orang luar yang entah dari ceruk mana berduyunnnnnn tibaaaaaaaaaaaa. Kat sinilah korang bole jumpa macam-macam artis kan sebab tu suka sangat. Ada ziana zain,shima,sasha dan ramai lagi lah yang mak tak ingat nak sebut nyah! Angelina Jolie pun ada. Aku tak tahu mana pergi orang yang sepatutnya mencegah benda-benda ni. Atau mungkin tuan tanah kedaung yang anjurkan konsert ni memang jenis tak makan saman sampaikan tok ketua pun malas nak campur (bisnes katering lagi baik) kuikuikui....

Pergi Haji tak semestinya kerana seruan tapi lebih kerana terpaksa kerja so tak da maknalah segala manisnya ibadah di sana dan buktinya dah nampak. Konklusinya memang tak mabrur lah kan. Kalau pak Haji masih pakai skirt dan anjurkan konsert 2 alam depan umah sape berani tegur? Mahu pitam kejap bila pertama kali aku nampak baju yang pak aji a.k.a mak aji(bila malam) a.k.a Mai(nama manja) pakai skirt. Aduhai..dunia nak terbalik..memang la. Tambah seronok bila aku tengok “orang yang berkuasa” sekadar lalu aje.

Pernah sekali Konsert 2 alam ni bertembung dengan majlis marhaban dari rumah ke rumah. Pak Imam Cuma mampu menjeling-menjeling ku bertentang..mata kita sama memandang. Tepuk dahi bila aku dapat tahu kisah tu. Nampak sangat orang yang berhak tegur pun macam dah hilang suara. Nak gaduh pun tak guna coz sure kalah kan. Maklumlah even diorang pakai skirt tapi kalau ajak fight konpem keluar suara JANTAN mau tak tertonggeng dalam parit pak Imam tu dikerjakan.
 
Hmm..nasib baik umah ni tak ada baby kalau tak mau sawan aku nak bagi baby tidur. Aku tak dapat bayangkan umah sebelah menyebelah tu macam mana. Agaknya siang-siang diorang dah makan ubat tidur kot hahaha....tak pun dah sewa hotel tidur 1 malam. Kepada yang berkenaan tu insaflah...makin lama bukan makin muda. Sebab tu lah Allah turunkan penyakit tapi masih tak beringat. Aku doakan dia berubah..Aminnn


No comments:

Post a Comment