Saturday, January 22, 2011

GUNTING DAN LALANG

Dulu ramai yang bertanya kenapa aku dengan dia. Kenapa aku boleh bertahan dengan dia. Entah.....aku tak ada jawapan. Soalan wajib "macam  mana kau boleh tahan dengan perangai dia?". Aku jawab "entah". Bagi aku..aku akan berkawan dengan siapa saja selagi boleh.

Aku pernah kecewa dengan dia..oppsss bukan "pernah" tapi selalu. Bila berjanji susah untuk dipenuhi dan aku dengan sengajanya akan buat-buat lupa bila dia mengingatkan aku tentang sesuatu. Adilkan? Dua kali lima jelah aku ni. Mungkin sebab tu aku bertahan. Balas bila ada kesempatan.

Aku selalu tertanya kenapa aku masih berbaik dengan orang yang begini? Dia bukan yang pertama. Bila pergeseran timbul aku dipersalahkan. Kerana apa? jawapannya kerana orang begini bijak manipulasi cerita. Dan aku yang lurus cuma berdiam saja. Kemudian mereka menjauh kerana yakin akulah punca akulah yang bersalah.

Masa berlalu dan muncul satu hari di mana "si pemandang" yang tidak pernah melihat aku dengan malu-malu menghulur harapan. Aku bersyukur kerana dia telah dibukakan mata untuk melihat. "Aku tak sangka dia macam tu" Aku cuma senyum kerana aku dah menjangka semua tu akan kembali padaku.

Semasa berganding kami melakukan hal yang sama jadi aku tahu bila "bercerai" apa bahana yang akan aku dapat. Waktu itu aku cuma mampu menjeruk rasa. Katalah apa saja kerana hatiku telah bersedia untuk kalis segala nista itu. Kau boleh malukan aku kerana aku tahu akan ada orang yang akan malukan kau. What you give you get back. Hidup ini ada hukum karmanya. Sedia atau tidak terpulang pada kita.

Aku tak kisah dengan dia lagi. Rasa kecewa tu dah hilang. Aku dah lama bersedia dari mula aku dapat tahu dia memfitnah aku dalam diam. Apa gunanya dia disisi jika cuma mahu jadi gunting dalam lipatan. Pergilah kau dengan angan-angan yang tak berkesudahan. Aku doakan kau dapat apa yang sepatutnya.

Kepada si lalang belajarlah jadi manusia di alam nyata. Sampai bila mahu ditiup angin. Tiada siapa mahukan lalang di laman rumah. Hanya rumah tinggalan saja yang menyambut kau. Kalau punya masa ingin aku tanyakan apa kelebihan kau menjadi lalang...baik?pendamai?natural? atau boleh aku katakan parasit?hipokrit?. Aku ada gelaran yang lebih sesuai untuk kau "si lalang" cuma aku tak tergamak nak ucapkan. Tahniah lah kepada aku kerana masih punya hati untuk tidak menggelarkan kau dengan sesuatu yang memualkan.Mulai hari ini aku akan doakan kau akan punya hati kejung umpama ais supaya isi hatimu terpelihara dibalik kebekuan.

Hari ini aku tersenyum bahagia kerana "Gunting" telah pergi. Tiada lagi yang melemaskan aku selain berpura-pura gedik seperti dia. Maaf aku tak pandai. Itu bakat semulajadi kau yang menawan semua orang dibalik kepura-puraan. Aku cuma nak jadi diri aku. Terima kasih kerana pergi walaupun lewat.

No comments:

Post a Comment