Friday, January 28, 2011

HUJAN

Hujan yang terus menerus menyejukkan hati.
Eh tak ada kerja lainkah selain merenung hujan?
Oh apa boleh buat kalau itu yang menyenangkan hati. Apa lagi dalam keadaan yang perlukan masa bertenang sekarang ni.

Hidup ini memanglah ada masanya menyesakkan. Masalah datang pelbagai bentuk.
Berat dan ringan.
Halus dan kasar.
Telus dan tembus
tirus dan tiris...ahhhh banyaknye

Bila hujan aku suka pejam mata.
Nikmati suara yang datang.
gemersik..
halus..
syahdu..
berbisik memanggil aku ke awangan...
Lena....

Ada masa titis hujan sama banyaknya dengan air yang jatuh dari kelopak mata..
Kenapa?
Rindukah?
emmm..mugkin tapi terjangkau tangan nak mencapai kerinduan itu.

Oh....
Sejak bila aku jadi se"karat" ini..
Hahahaha...soalan apakah ini..
Kerana aku sendiri tak pasti...

Di celah titisan air yang jernih itu bahuku tergerak-gerak mengimbangi rasa ingin ketawa..

Tamat sudah episod hari ini....

No comments:

Post a Comment