Wednesday, January 26, 2011

KALAU DAH SUKA

Kalau dah suka semuanya indah,manis,baik,wangi,sempurna etc. Cakaplah apa pun tak kan ada kesan.
Kalau dah suka segala cerita semuanya di iyakan..
Kalau dah suka cakap dia saja yang betul...
Kalau dah suka apa dia nak pun bagi...
kalau dah suka musuh dia pun musuh kita juga....
Kalau dah suka tengok dia makan pun selera..
Kalau dah suka apa yang dia buat semuanya hebat...
Kalau dah suka pantang kena tegur asyik nak merajuk je...
Kalau dah suka berpanas hujan pun tak apa..
Kalau dah suka "pokai" pun tak apa janji dia senyum sentiasa..
Kalau dah suka tiba-tiba gedik pula...
Kalau dah suka hari ni pun tak ingat hari apa...
Kalau dah suka kena maki pun diam aje...
Kalau dah suka ada mata pun macam buta..
Kalau dah suka ada telinga tapi tak mahu mendengar...
Kalau dah suka ada akal tapi tak mahu fikir dengan logik...
Kalau dah suka JANGANLAH SAMPAI BODOHKAN DIRI SENDIRI.....

No comments:

Post a Comment