Macam biasa dengarkan ayat tu. Memang sesuai la sangat dengan barang yang dijual yang macam “ala-ala” gitu. Kecewa sikit dengan pasaraya ni. Sekarang ni kain baju yang ada macam ala-ala bundle je. Dah tak macam dulu. Baju kurung pun beza beberapa sen aje dengan kedai-kedai luar. Kedai dalam bangunan tu tak payah la nak bandingkan... kecuali tetiba ada crazy sale boleh la jenguk. Memang mahal tak ingat beb.
Aku memang tak berapa gemar dengan layanan sesetengah pekerja kat sini. Senyum pun susah. Salesgirl terlebih ramah pulak. Kadang-kadang salesgirl yang layan bukan pekerja situ la maksud aku.
Paling aku tak lupa masa krisis gula. Aku ingat kat pasaraya ni tak terbabit la kan sebab kat display unit dia tak letak apa-apa signage pun. Bila nak bayar akak cashier ni dengan muka ketatnya terus rampas satu peket gula yang aku ambil. “Sorang customer boleh ambil satu je ye” aku pun jawab “oh tak boleh ke? Tak tulis apa-apa pun tadi” Menyirap juga masa tu seolah-olah. Aku ni tak faham bahasa. Cara dia yang buat aku tak berkenan masa ambik gula tu dari atas conveyor terus campak dalam bakul tepi kaki dia. Memang kasarlah. Satu perkataan maaf pun tak ada. Aku tak tahulah aku ni mangsa keberapa. Orang lain pun puasa juga masa tu tapi boleh senyum lagi.
Aku bukan nak rendahkan pekerjaan diorang , aku pun pernah kerja macam diorang ok but aku masih ingat bahawa customer first. Bad mood macam mana pun kena la tarik-tarik muka bagi senyum. Tapi yang selalu aku jumpa customer yang hampeh je ermmmmm......
No comments:
Post a Comment