Telingaku masih lagi terngiang-ngiang cerita semalam. Kisah seorang ibu,isteri,sahabat dan mungkin boleh dianggap superwoman. Ya itulah wanita. Bangun seawal 4 pagi untuk memasak. Tak hirau sekeliling. Tak peduli suasana pagi yang dingin hingga menggigit tulang hitam. Kala umat lain masih lena dia memecah suasana pagi dengan bunyi mesin pengisar cili.
"aku dah tak peduli kalau orang nak kata apa" itu kata dia
Tinggal di rumah burung memang satu cabaran. Walau tak seteruk setinggan tapi masih ada kekurangan. Silap-silap jiran kentut pun boleh dengar.
"Nak masak lauk untuk bekal suami,kuih wajib dia tiap pagi supaya mudah dimakan masa memandu"
"Masak juga bekalan anak, sambil tu buat juga makanan yang teringin ditekak"
Aduh...kenapa terlalu complicated hidup ini. Lelaki a.k.a suami terutamanya, kenapa tak disediakan "babu"(kasar kan gelarannya). Mahu itu ini tapi cuma bangun bila azan subuh lantas bersiap ke tempat kerja. Bekalan siap tersedia cuma perlu dicapai saja. Silap-silap dah diletakkan sekali dalam kereta.
Isteri masih sibuk mengemas di dapur. Suami sudah duduk mengadap sarapan. Anak sudah menunggu di muka pintu minta dihantar ke sekolah. Isteri masih terkial-kial memakai baju.
Pulang bekerja anak bertanya "mak malam ni mak nak masak apa?" Ahhhh..belum selesai lagi!!!!
Bukankah kita makan untuk hidup tapi cerita bab yang satu ni sudah cukup merumitkan.
Sebelum tidur otak masih berfikir apa menu sarapan esok??? Opsss...baju dalam mesin basuh belum disidai..arrgghhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment