Thursday, July 29, 2010
MELALUT JAP..
Pagi ni hujan lebat yang amat hingga membuat aku jadi lemau nak pergi kerja. Tapi macam biasa la disebabkan bos tak ada maka semangat nak datang kerja meluap-luap. Terlambat 10 minit lak sampai office nasib baik la tak punch card kalau tak asal bos takde confirm la merah aje.
Lama sungguh nak tunggu hari Jumaat (poyo je kan). Almaklumlah baru lepas pay Day kaki pun gatal nak berjalan. Mulut lak cam terliur kat “GCB”. Hadoihhh...nafsu bermaharajalela sekarang nih. Tapi teringat lak bulan ni dah bajet nak menukar belting ngan minyak hitam. Kuburkan la niat nak berpoya-poya tu..hmmm. tapi takpe masih ada peluang sebab aku rasa nak bawak hubby tengok citer SALT yang ada Angelina Jolie si bibir seksis itu hahaha...kira upah la sebab tolong servis kereta chomel aku. Mesti dia suka sebab dia ada cakap nak tengok citer tu bila keluar nanti. Tak sabo nak pegi dating nih..hikhikhik gediks la kau. Lantak la nak cakap apa yang penting dah Halal beb. Dolu-dolu sebelum kawin takde peluang nak buat semua ni. Sekarang ni la masanya nak bercinta bagai nak rak. Tak yah takut-takut ke risau ke atau ape-ape yang sewaktu dengannya.
Cuma ada satu perkara yang buat aku geram kenapalah Pejabat Agama lambat sangat keluarkan kad nikah. Hadoihh....nak tunggu surat nikah makan masa sebulan lebih lepas tu dah ada surat nikah yang asli baru boleh mohon kad nikah. Lepas tu kena pulak tunggu 3 bulan baru siap. Masa aku hantar borang permohonan bulan lepas ada seorang perempuan tu datang ambik kad nikah dengan perut memboyot. Aduhai tak sanggup aku tengok. Mana la laki dia kan. Tapi yang aku tengah fikir sekarang apa yang membuatkan proses menyiapkan kad nikah makan masa yang terlalu lama? Sampai nak terberanak baru dapat. Itu kalau tak ada masalah. Kalau tak sampai baby dah keluar pun tak siap agaknya. Dah satu hal bapak budak kena bawak surat nikah yang sebesar alam tu nak pergi daftar kelahiran. Bila la semua ni nak berubah. Senang citer bila nak maju???
Ish..tak pasal-pasal aku melalut sampai ke Pejabat Agama lak. Aku Cuma nak suarakan apa yang aku rasa je la. Tak kan aku nak marah-marah kat kaunter pejabat tu kan. Dah sah-sah bukan mereka yang proses. Itupun aku tengok sabar je diorang ni melayan orang-orang yang datang. Dengan telefon yang tak berhenti-henti berdering. Sempat la aku tengok beberapa drama sebabak.
Drama pertama.....sorang lelaki sebaya atok aku berulang alik ke kaunter pendaftaran. Mulutnya tak habis-habis sebut “kenapa susah sangat kalau tempat saya ni dah siap dah”. Kakak yang kat kaunter tu bercakap dengan lemah lembut bagi penerangan. Akhirnya aku faham kenapa. Rupanya dia nak berpoligami lepas tu borang tak lengkap. Sebabnya tak dapat pengesahan Kadi daerah tempat asal pemohon. Dia ni nak kawin luar daerah tanpa pengetahuan isteri pertama. Ikut prosedur kita boleh nikah dimana-mana sahaja tetapi kena minta kebenaran dari Pejabat Agama Daerah asal kita la. Contoh kita asal dari A nak nikah kat B maka kenalah kebenaran kat Pejabat Agama Daerah A yang kita nak nikah kat daerah B. Itu aje, Cuma kenalah kehulu-hilir angkut segala borang tu sendiri. Masa kursus kawen pun ada bagitau la. Ni kes nak berbini tapi tak tau prosedur. Lain kali pergi la kursus tok!
Drama kedua....2 orang pemuda yang aku rasa lebih kurang sebaya hubby datang. Kes ni agak mengejutkan sebab diorang nak tanya samada sah atau tak kalau nikah guna maklumat palsu. Diorang siap bawak salinan mykad. Kerani di kaunter beritahu dia tak dapat nak tolong cepat sebab sekarang(masa bulan 6 aritu la) pejabat dalam proses tukar sistem manual kepada komputer, jadi kalau nak maklumat tu kena buka buku daftar yang besar (buku lama). Aku membayangkan kakak ni akan buka buku yang besar separuh badan dia..hahaha. imaginasi melampau kan. Salah seorang lelaki tu bercakap”setau saya kalau nikah guna maklumat palsu bolah dianggap tak sah”. Rupanya salinan mykad tu kepunyaan lelaki yang kawen dengan ibu kepada lelaki yang seorang lagi. Diorang ada bagitau yang alamat pada mykad lelaki tu palsu dan sekarang tak dapat nak jejak kat mana lelaki tu pergi. Lepas tu lelaki tu kata dia dapat tahu lelaki yang dicari tu dah pun berkahwin lagi satu. Macamana boleh jadi cmni ye??? Nasihat aku yang tak berapa pandai ni selidiklah sebelum kahwin. Sedangkan yang dah kenal rapat pun mcam-macam hal jadi selepas kawen. Sekarang ni manusia menipu pelbagai cara. Doa aku diorang ni jumpa penyelesaiannya.
Drama ketiga.....seorang lelaki yang hampir sebaya atok aku gak datang dengan senyuman kambing menuju ke kaunter. “ saya nak ingatkan kadi semula majlis nikah esok pukul 11 pagi”. Kakak tu pun tanya la serba sikit lokasi sume. Last sekali ayat yang buat aku senyum dalam hati “saya lah pengantinnye”. Dushhh..rase nak tumbuk kepala sendiri. Patut la senyum simpul jek..alahai atok. Aku rasa pengantin perempuan ni muda kot sebab masa awal-awal tadi kerani tu tanya “ni ayah pengantin ke?” kuikuikui..nasib baik atok tak marah. Macam-macam ada hahaha....
Friday, July 23, 2010
HARI MENGENANG JUMAAT
Masa kecik-kecik dulu ari Jumaat memang paling best sebab ada Pasar Lambak. Orang yang tak tahu memang gelak la bila aku sebut. Diorang ni Cuma tahu Pasar Malam je. Tapi yang ni dibuka pagi Jumaat sampai petang. Jadinya takkan la nak panggil Pasar Siang lak kan?? Tak kisah la nak gelak ke ape yang penting bak kate orang sekarang KAU ADE??? Kahkahkah....
Ok..sambung balik citer pasal Pasar Lambak yang dah nyawa-nyawa ikan sekarang ni. Masa dulu macam-macam ada. Rasanya bila hari Jumaat je Mak dan Abah isytihar cuti. Ber’lovey dovey’ la mereka ini pergi dating kat Pasar Lambak. Balik rumah macam-macam makanan wujud. Paling best dapat makan kuih putu bambu. Sekarang ni susah jumpa kalau ada pun da tak best. Rasanya tak sesedap yang aku makan masa tu. Paling banyak sekarang orang jual putu piring. Aduhhh..terasa-rasa kat tekak putu bambu yang cair dalam mulut bersama lemaknya kelapa parut yang segar ditambah dengan kemanisan gula melaka yang marbeles tu..puhhhh meleleh beb. Mana nak cari rasa yg enak tu.
*kepada yang baca sila jangan meleleh air liur atas keyboard ye..boleh jahanam taw benda tu..kihkihkih..
Sekarang Pasar Lambak ni dah ala-ala nak pupus. Kalau pukul 11 baru nak pergi jengah konpem jumpa tapak kaki orang je la. Dulu boleh la pergi lepas orang solat Jumaat sebab pasar ni cuma tutup bila dah nak cecah waktu asar. Banyak dah berubah kat tempat ni. Dah maju la katakan..lepas ni kena beli kupon parking la pulak hehehe....
Sebenarnye ada juga cerita sedih pasal hari Jumaat ni tapi aku dah ingat-ingat lupa la. Aku rasa masa form 2 kalau tak silap. Ada satu hari tu seluruh batch aku mendung sebab ada kawan kami meninggal sebab kemalangan masa balik dari masjid. Aku tak kenal pun Cuma dari cerita-cerita yang aku dengar arwah memang baik orangnya. Classmate dia semua bengkak mata hari tu. Cikgu pun tak masuk mengajar kat kelas tu hari tu. Sepupunya ada bercerita, arwah memang tak pernah tinggal solat. Masa nak pergi masjid arwah bercerita alangkah seronoknya kalau meninggal pada hari Jumaat. Sepupunya buat tak kisah la tapi rupanya itulah petanda arwah nak pergi. Balik solat Jumaat dia dilanggar kereta. Tapi Alhamdulliah arwah sempat sempurnakan solat Jumaat yang terakhir.
Kepada kaum Adam sekelian pergi la solat Jumaat hari ni. Manalah tahu ini yang terakhir. Ajal maut ditangan Allah tak siapa tahu bila kita akan dijemput. Sama-samalah kita beringat.
Thursday, July 22, 2010
KHAMIS SUDAAA........
Mood untuk bercerita tak berapa nak ada lagipun aku teringat sesuatu. Penemuan yang tak disangka yang meluruhkan hati aku saat ini. Apakah ayat yang sesuai untuk dituturkan. Kelam mata aku masa tu bila terjumpa benda tu. Rasa sayu yang amat sangat. Sungguh aku tak sangka. Terima kasih padamu ya-Allah kerana menggerakkan aku untuk melihatnya. Jika tidak mungkin sampai sekarang aku tak tahu. insyaAllah akan aku belajar menghargai sesuatu walau cuma sebesar hama.
Friday, July 16, 2010
PASAL PETROL DAN GULA LAGI....

Insiden yang sampai sekarang aku tak lupa bila seorang kawan mak datang umah. Masa tu satu benda pun takde... gula pulak dah paras-paras hidung je. Untung juga rumah kampung kan, belakang umah ada pokok limau kasturi yang amatlah subur. Maka aku pun buatlah jus limau kasturi. Sekali ter’kaw’ la plak. Terpejam-pejam mata tetamu tu menahan ke’masam’an jus yg aku buat. Kesian betul aku tengok. Rupanya makcik ni memang tak tahan masam la kata orang. Tu pasal bila masam sikit dia da tak boleh nak telan. Sudahnya dia mintak air masak.
Lagi satu benda yang naik harga yang bikin sume orang (termasuk aku la) naik hangin ialah MINYAK PETROL. Sudah naik 5 sen la. Bunyinye macam sikit kan tapi bagi orang yang pendapatannya cukup-cukup makan macam aku nih memang terasa la. Syukur kali ni Cuma 5sen.Kali terakhir minyak naik mendadak 50sen yang bikin aku betul-betul hangin satu badan. Ape taknye masa tu aku plannning baekkk punyee nak pergi Langkawi. Drive sendiri lak tu. Awal-awal da siap bajet segala kos. Tiba-tiba minyak naik. Memang geram sangat-sangat la tapi misi tetap diteruskan. Alhamdulillah semuanya lancar.
gambar dari Google yang menggambarkan moke aku time minyak da nak abehhh.....
Teringat aku pada satu blog ke ape entah yang aku pernah baca dulu. Ada seseorang bagi komen mengatakan minyak akan naik lagi pertengahan tahun 2010. dan hari ni dah pun terbukti semua komen-komen tu betul. Aku terfikir macam mana mereka-mereka ni boleh tahu ye? Mungkinkah benda ni memang dah ada dalam agenda. Susah nak kata nanti salah cakap ade plak kena saman. Banyak la komen yang aku baca hari ni menyatakan “ketidakpuashatian” mereka terhadap isu ini. Ada yang menyalahkan kakitangan kerajaan yang tak sudah-sudah mintak naik gaji menyebabkan kerajaan dah takde duit nak tampung kos yang dah sedia ada. Agak-agaknye hutang negara kita banyak tak??? Aku terfikir juga mungkin apa yang diorang ni kata ada betulnye..yelah kan sebab nak tampung gaji diorang ni kerajaan terpaksalah buat sesuatu. Tapi diorang kena fikir gak kesannya bila bahan utama ni meningkat maka segala kos akan ikut mencanak-canak naiknye. Semua nak bagi alasan sebab harga naik tapi bila harga minyak turun tak pulak turun harga barang tu.
Semalam aku tengok berita penjawat awam di Jabatan Perdana Menteri sekarang ada 48 ribu orang. Mak oi!!! Ramainya..betul ke fakta tu? tapi kenapa aku mintak tak penah-penah dapat ye. Ingatkan dah xde tempat tapi camne begitu ramai manusia kat situ. Bayangkan la kalau diorang mintak naik gaji RM100 je cukupla takyah banayk-banyak. Kira sendirila berapa yang kerajaan kena sediakan untuk diorang ni. Bagi aku cukup-cukupla meminta ya. Fikirla kesan kat pekerja swasta..orang yg keje sendiri atau orang yang kerja kampung. bila gaji orang-orang gomen ni naik maka serta-merta harga segala mak nenek barang akan naik menggila. Masa tu korang akan keluarkan ayat camni....
1. “takde maknanye naik gaji sebab barang sama-sama naik harga”
2. “apela kerajaan ni...asyik naikkan harga barang je”
3. “bila la gaji aku nak naik nih..barang dah naik harga” (ini ayat aku)
dan macam-macam ayat yang tak boleh aku sebutkan lagi. Sebenarnya semua punca balik pada diri sendiri la. Berhenti tuding jari salahkan orang lain. Belajar bersyukur apa yang ada. Tingkatkan kualiti kerja bukannya tingkatkan cara nak minta naik gaji aje..
banyak yang nak disebutkan lagi cukuplah..emosi aku semakin tak terkawal dah ni. Takut-takut nanti terkeluar ayat yang LPF tak luluskan.
Footnote: sekarang ni agaknye Presiden CEUPACS tengah dihujani dengan panggilan telefon dan email dari orang-orang gomen seantero Malaya..kenapa? tunggu je lah. Harapan aku dia akan keluarkan statement yang menyenangkan hati semua orang bukannye untuk sebelah pihak aje.
Thursday, July 15, 2010
CELARU...
kepala otak yang fenin tahap otroman taro ni nga pikir ape jalan terbaik untuk aku sekarang ni. samada nak stay ataupun pindah ikut hubby. bila fikir pasal kerja aku jadi tensen tahap gaban maka hati aku pun ikut celaru la kan....mungkinkah keadaan akan jadi lebih baik kalau aku disisi dia. Mau pasrah je hati ni..tapi takley la camtu. Tetap kena fikir tahap profesor sebab ni soal masa depan aku gak.
Kalu stay sini hubby jauh dan keadaan tak berapa seronok untuk aku dan yang paling penting family yang nak dibina mungkin kurang sempurna la. Tapi kalau aku berhijrah hati aku lebih seronok or mungkin 2ronok dan beronok-ronok la kan coz ade bersama hubby terchenta. masalah utama aku fikir pasal income yang menurun coz kalau berhijrah banyak kos akan meningkat la kan. Itu seme tak baik untuk our family punye ekonomi.
hadoihhh...camne ye. Hai la hati tolong la tenang ye bila buat keputusan...jangan salah pilih mau merana dibuatnya nanti. Apa-ap pun doa..doa...dan terus berdoa moga hati aku digerakkan ke arah yang tepat.
Aminnnnnnnnnn..................
Wednesday, July 14, 2010
MOOD HAPPY NAN ADO...
Plan nak bercuti memang selalu dalam kepala tapi memanjang aje tak menjadi. Hadoihhh..paling tensen bila orang yang berjanji bagai tu tetiba cakap ade hal. Memang hampeh sebab pastu dapat tau dia nak men’dating’kan diri dengan bf yang bodo. Asal aku cakap bf dia bodo? Sebab dia ni kuar dengan bf tu sebab senang dapat belanja. Paling koman pun dapat la tengok wayang. Entah ape la laki ni dapt ek dok melabur kat orang camni. Esok lusa layan orang laen ape ko dapat?? Nganga la nan ado...makn maggi la kau duit da kena perabih..ish..ish asl nak hangin lak kan? Tadi dah ok mud aku. Hehehe.. aku memang pantang la tengok kaum sejenis aku perangai nan ado nih..rase ringan je pinggan mangkuk mak aku nak melayang kat batang hidung mereka-mereka ini.
Ok stop suda citer menyakitkan hati itu..lain kali akan ku sebarkan kisah lalu yang buat aku geram. Tak sesuai la nak citer sekarang..ganggu mud aku jek.
Sambung balik mud happy..hahahahaha. Nak gelak kuat-kuat tak boleh pulak bos ade hari ni. Tak pasal-pasal dia ingat aku ni mereng lak. Apa2 pun aku nak sambung mud happy aku sampai balik uma....
P/s: aku sebenarnye tengah buat terapi minda untuk hilangkan rindu tahap gaban kat org yang kat selatan nun..hadoihh bila mau balik daaa....kuikuikui
Tuesday, July 13, 2010
STRESS..............
Aku rasa keadaan aku ni dah bagi kesan kat orang sekeliling. Nasib baik boss takde. Jadinya tahap ke’tensen’an aku tak berapa mendalam (cewahh). Bila keadaan ni terjadi aku pun mula la fikir yang negatif aje. Jiwa jadi sensitif..pantang orang salah cakap aku akan cepat tersinggung. Macam budak kecik pun ade. Syukur la hubby penyabar orangnya (luv u cyg..ahaks). Dia tak membalas ayat-ayat aku dengan benda negatif. Cakap pun slow aje. Kiranya dia faham la keadaan aku yg mood ala-ala PMS nih..hahaha. Ni lah nasib cinta PJJ bila sorang marah sorang kena cool. Barula tak jadi WW3. kalau sama-sama nk lancar roket alamatnya dah ghope zombie kampung pisang la...
Aku terfikir gak macam mana la hidup spesis weekend family kan?? OMG!! Aku tak sanggup..harap-harap keadaan kami ni takkan berterusan sampai pencen. If aku tensen ke stress mau berasap telinga org belah sana tu kan. Yelah dia kan dengar jer tak boleh buat apa-apa nak menenangkan aku maka aku akan cakap sampai fensan lorrr..but if dia kat sebelah aku tak boleh nak marah coz dia dah pujuk sebelum sempat aku luahkan ayat-ayat ganazz tu...thank God 4 giving me a bery..bery gud hasben.ahaks...
Thursday, July 8, 2010
NO DURIAN PLEASE......!!!!
Kenapa aku tak makan durian???Walau macam mana hebat pun orang bercerita pasal deghoyan(kate org Perak) aku tak kan terpedaya hahahaha.. Aku memang tak tahan bau durian yang menyengat saluran pernafasan aku.
Seingat aku zaman budak-budak dulu aku normal je makan buah ni. Masuk sekolah menengah dah mula kurang sikit. Agaknya kecik-kecik dulu makan tak ingat lama-lama mabuk la kot. Lepas tu aku dah mula tak selesa dengan bau durian. Akhirnya sampai sekarang aku tak makan raja segala buah ni. Dah tak RAJA la durian oii!! Sebab aku tak makan kau hahaha...
Bila musim durian memang agak terseksa sikit. Teringin tapi loya tekak. Kadang-kadang terbayang bubur kacang yang pekat, lemak manis dan cukup segala rasa.Tapi apakan daya tekak aku tak mahu. Dulu bila musim je mak selalu buat lempuk durian atau orang sekarang ni panggil JEM DURIAN ahaks! Tak kira pagi petang kami adik beradik akan makan dengan roti bantal. Roti ni pun dah tak jumpa lagi sekarang. Rupanya macam baru kuar dari acuan roti tapi tak potong, bila nak makan kena la potong sendiri, jadila rupanya macam bantal.
Zaman kolej dulu bila musim ramai la yang murah hati bila balik dari kampung je penuh la tangan bwk segala benda berkait dengan durian. Teringat seorang dormmate dari Segamat yang favourite makan sambal tempoyak. Part ni aku suka sebab Cuma aku ngan dia je yang hantu makan benda ni. Tapi yang lain bising bau busuk. Memang pelik la kan tak makan durian tapi bab tempoyak aku memang tak kan tolak. Mungkin bau wangi dah tak ada. So bila kawan-kawan yang baik hati nak buat trip balik kampung dia nk ajak makan durian aku da sound awal-awal kalau tak ajak pun tak apa, aku takkan kecil hati punya. Diorang ni pun dah faham. Tapi ada juga yang menyindir. Lantak p laaa...
Bila dah kerja lagi ramai mendengki dengan bau-bauan tu. Ada plak buat kenduri durian kat Office sedangkan dia memang tahu aku tak makan buah tu. Rasa nak swing kepala dia masa tengah sibuk buat iklan makan durian dengan ghairahnya depan aku. Macam ni punya orang pun ada!!!! Paling seksa bila Office aku kena masakkan bubur kacang campur durian untuk satu majlis. Rasa nak hantuk kepala kat dinding masa tu. pening kepala tak usah cakap..tekak tahan loya lagi tapi sabar je. Walaupun akhirnya majlis tu menyedihkan kami satu Office. Sikap manusia ni memang tak tahu menghargai benda depan mata kan?? Kena faham walaupun geram.
Sekarang ni segala derita (cehh..derita kerrr???) berbaloi akhirnya. Allah tu maha adil kan..syukur Alhamdulillah aku bertemu jodoh dengan orang yang tak makan durian juga.Yeahhhhh....Segalanya terbongkar bila my FIL pelawa makan buah yang baru gugur di belakang rumah. Bila aku bagitahu yang aku tak makan terus aje my FIL ketawa dan bagitahu my hubby pun sama.kahkahkah..bocor rahsia suda. Sebelum ni bila cerita pasal durian dia selalu sindir aku sebab tak makan buah tu, rupa-rupanya dia pun sama. Habis la tak boleh kutuk aku lagi lepas ni hehehehe..........anyway thank to my FIL....Love u Abah. To my hubby next time balik kampung kita pekena ikan gulai tempoyak ok..hehehe...tapi kena tengok jela sebab tak makan tempoyak kan??? Aku je la yg makan..hadoihh macam-macam la your wife ni kan....
Wednesday, July 7, 2010
CERIAAAAAAAAA..........................
Sempat masak nasi goreng hari ni. Breakfast nasi goreng + low fat milk. Menu sihat la kononnya. Susu tu sebenarnya lebih buat aiskrim malam tadi. Dapat resepi dari kawan lama, baru malam tadi try dan menjadi. So pagi ni desert aiskrim chipsmore double choc. Sebab letak biskut chipsmore tu dalam aiskrim. Pehhh..sodapppp...to Azzah TQVM..jasamu dikenang chewah..ekeke..
Ada sesuatu untuk diceritakan tapi mungkin di sini bukan tempatnya. Cuma aku nak kongsi rasa sedih kerana berita baik yang ditunggu dah pun berakhir. Mungkin belum rezeki lagi. Keep trying..tak mau sedih. Usaha tangga kejayaan hahaha..ish ape da merepek nih
Monday, July 5, 2010
SALAH KE.............
Friday, July 2, 2010
FIL..SIL..HUBBY....AKU
Lewat malam tadi hubby mesej. Aku dengan keadaan mamai baca sekilas lepas tu sedar lagi bila mesej kedua masuk. Dia nak bincang pasal adik yang nak daftar U esok. Hubby minta aku join diorang sebab mungkin my FIL tak ikut. Ikut kata hubby my SIL nampaknya memang harap my hubby hantar dia. Fahamlah aku maksudnya sekarang. Dia takut my FIL penat maklumlah dia kan tak berapa sihat sangat.
Habis berbual dengan hubby aku mula terfikir tentang keadaan kami. Sampai bila nak hidup macam ni. Tapi aku syukur sebab hubby suka ajak kami berbincang bila ada masalah. Setakat ni keadaan elok je. Dia pun pernah beritahu niat nak beralih angin sebabnya tak payah la cerita sebab aku da puas rasa apa yang dia alami sekarang. Aku pun kena terus menunggu sampai awal tahun depan sebelum tukar keja unless tiba-tiba dapat jawatan dalam goverment. Itu perjanjian kami. Aku pun da bosan kat sini. Kalau boleh biarlah kami stay jauh sikit dari both of our family. Mungkin keadaan akan lebih baik macam tu. Amin.....
Thursday, July 1, 2010
RASIONAL...
Ada orang “sentap” lak semalam. Well macam orang selalu kata siapa makan cili dia yang rasa pedas. Mungkin dia yang gigit cili tu hahahaha... aku sekadar meluahkan apa yang aku rasa tapi orang lain pulak yang terasa. Tapi ok la kan..maknanya dia tu ada emosi tak la kayu sangat hahaha..
Bila marah tak ada manusia boleh fikir rasional. Setakat ni aku baru jumpa sorang je manusia yang kata bila marah kena fikir rasional. Entah apa dalam kepala dia pun aku tak tau. Kalau orang fikir rasional dia takkan marah ok!!! Aku jadi marah bila dengar ayat-ayat dia yang pada masa tu kononnya nak meleraikan keadaan alih-alih dapat “sebijik” penampar jepon..Tak ke sia-sia. Aku tak tau la kalau selepas tu dia masih fikir orang marah ni boleh fikir rasional. Oleh yang demikian aku telah bertindak kejam dengan menekan “CANCEL” bila ternampak wajahnya dalam senarai “FRIEND REQUEST” dalam profil laman sosialku. Maaf aku tak mahu ingat kisah lalu walau mungkin dia berniat baik.
layan jap gambar ni. tenangkan hati
Adakah aku yang tak cukup rasional sekarang kerana tak mampu menerima huluran persahabatan darinya. Entahlah mungkin aku nak ambil langkah "playsafe". mencegah itu lebih baik dari mengubati. untuk apa aku berpur-pura baik dengan dia sedangkan hati aku tidak begitu. Stop being hypocite.

