Thursday, July 8, 2010

NO DURIAN PLEASE......!!!!



Kenapa aku tak makan durian???Walau macam mana hebat pun orang bercerita pasal deghoyan(kate org Perak) aku tak kan terpedaya hahahaha.. Aku memang tak tahan bau durian yang menyengat saluran pernafasan aku.


Seingat aku zaman budak-budak dulu aku normal je makan buah ni. Masuk sekolah menengah dah mula kurang sikit. Agaknya kecik-kecik dulu makan tak ingat lama-lama mabuk la kot. Lepas tu aku dah mula tak selesa dengan bau durian. Akhirnya sampai sekarang aku tak makan raja segala buah ni. Dah tak RAJA la durian oii!! Sebab aku tak makan kau hahaha...


Bila musim durian memang agak terseksa sikit. Teringin tapi loya tekak. Kadang-kadang terbayang bubur kacang yang pekat, lemak manis dan cukup segala rasa.Tapi apakan daya tekak aku tak mahu. Dulu bila musim je mak selalu buat lempuk durian atau orang sekarang ni panggil JEM DURIAN ahaks! Tak kira pagi petang kami adik beradik akan makan dengan roti bantal. Roti ni pun dah tak jumpa lagi sekarang. Rupanya macam baru kuar dari acuan roti tapi tak potong, bila nak makan kena la potong sendiri, jadila rupanya macam bantal.


Zaman kolej dulu bila musim ramai la yang murah hati bila balik dari kampung je penuh la tangan bwk segala benda berkait dengan durian. Teringat seorang dormmate dari Segamat yang favourite makan sambal tempoyak. Part ni aku suka sebab Cuma aku ngan dia je yang hantu makan benda ni. Tapi yang lain bising bau busuk. Memang pelik la kan tak makan durian tapi bab tempoyak aku memang tak kan tolak. Mungkin bau wangi dah tak ada. So bila kawan-kawan yang baik hati nak buat trip balik kampung dia nk ajak makan durian aku da sound awal-awal kalau tak ajak pun tak apa, aku takkan kecil hati punya. Diorang ni pun dah faham. Tapi ada juga yang menyindir. Lantak p laaa...

Bila dah kerja lagi ramai mendengki dengan bau-bauan tu. Ada plak buat kenduri durian kat Office sedangkan dia memang tahu aku tak makan buah tu. Rasa nak swing kepala dia masa tengah sibuk buat iklan makan durian dengan ghairahnya depan aku. Macam ni punya orang pun ada!!!! Paling seksa bila Office aku kena masakkan bubur kacang campur durian untuk satu majlis. Rasa nak hantuk kepala kat dinding masa tu. pening kepala tak usah cakap..tekak tahan loya lagi tapi sabar je. Walaupun akhirnya majlis tu menyedihkan kami satu Office. Sikap manusia ni memang tak tahu menghargai benda depan mata kan?? Kena faham walaupun geram.


Sekarang ni segala derita (cehh..derita kerrr???) berbaloi akhirnya. Allah tu maha adil kan..syukur Alhamdulillah aku bertemu jodoh dengan orang yang tak makan durian juga.Yeahhhhh....Segalanya terbongkar bila my FIL pelawa makan buah yang baru gugur di belakang rumah. Bila aku bagitahu yang aku tak makan terus aje my FIL ketawa dan bagitahu my hubby pun sama.kahkahkah..bocor rahsia suda. Sebelum ni bila cerita pasal durian dia selalu sindir aku sebab tak makan buah tu, rupa-rupanya dia pun sama. Habis la tak boleh kutuk aku lagi lepas ni hehehehe..........anyway thank to my FIL....Love u Abah. To my hubby next time balik kampung kita pekena ikan gulai tempoyak ok..hehehe...tapi kena tengok jela sebab tak makan tempoyak kan??? Aku je la yg makan..hadoihh macam-macam la your wife ni kan....



No comments:

Post a Comment