Terasa lama tak menulis di sini. Emosi malas melanda hahaha...kata orang kalau dah malas tak payah nak kata apa-apa lagi. Tak usah peningkan kepala cari alasan kalau tak nak buat sesuatu. Bila dah jawab malas mesti orang yang bertanya diam atau mungkin kena sindiran ala-ala kena belati gitu. Wahhh..ayat tak boleh blah..kihkihkih..nak juga bersastera...
Pagi ni hujan lebat yang amat hingga membuat aku jadi lemau nak pergi kerja. Tapi macam biasa la disebabkan bos tak ada maka semangat nak datang kerja meluap-luap. Terlambat 10 minit lak sampai office nasib baik la tak punch card kalau tak asal bos takde confirm la merah aje.
Lama sungguh nak tunggu hari Jumaat (poyo je kan). Almaklumlah baru lepas pay Day kaki pun gatal nak berjalan. Mulut lak cam terliur kat “GCB”. Hadoihhh...nafsu bermaharajalela sekarang nih. Tapi teringat lak bulan ni dah bajet nak menukar belting ngan minyak hitam. Kuburkan la niat nak berpoya-poya tu..hmmm. tapi takpe masih ada peluang sebab aku rasa nak bawak hubby tengok citer SALT yang ada Angelina Jolie si bibir seksis itu hahaha...kira upah la sebab tolong servis kereta chomel aku. Mesti dia suka sebab dia ada cakap nak tengok citer tu bila keluar nanti. Tak sabo nak pegi dating nih..hikhikhik gediks la kau. Lantak la nak cakap apa yang penting dah Halal beb. Dolu-dolu sebelum kawin takde peluang nak buat semua ni. Sekarang ni la masanya nak bercinta bagai nak rak. Tak yah takut-takut ke risau ke atau ape-ape yang sewaktu dengannya.
Cuma ada satu perkara yang buat aku geram kenapalah Pejabat Agama lambat sangat keluarkan kad nikah. Hadoihh....nak tunggu surat nikah makan masa sebulan lebih lepas tu dah ada surat nikah yang asli baru boleh mohon kad nikah. Lepas tu kena pulak tunggu 3 bulan baru siap. Masa aku hantar borang permohonan bulan lepas ada seorang perempuan tu datang ambik kad nikah dengan perut memboyot. Aduhai tak sanggup aku tengok. Mana la laki dia kan. Tapi yang aku tengah fikir sekarang apa yang membuatkan proses menyiapkan kad nikah makan masa yang terlalu lama? Sampai nak terberanak baru dapat. Itu kalau tak ada masalah. Kalau tak sampai baby dah keluar pun tak siap agaknya. Dah satu hal bapak budak kena bawak surat nikah yang sebesar alam tu nak pergi daftar kelahiran. Bila la semua ni nak berubah. Senang citer bila nak maju???
Ish..tak pasal-pasal aku melalut sampai ke Pejabat Agama lak. Aku Cuma nak suarakan apa yang aku rasa je la. Tak kan aku nak marah-marah kat kaunter pejabat tu kan. Dah sah-sah bukan mereka yang proses. Itupun aku tengok sabar je diorang ni melayan orang-orang yang datang. Dengan telefon yang tak berhenti-henti berdering. Sempat la aku tengok beberapa drama sebabak.
Drama pertama.....sorang lelaki sebaya atok aku berulang alik ke kaunter pendaftaran. Mulutnya tak habis-habis sebut “kenapa susah sangat kalau tempat saya ni dah siap dah”. Kakak yang kat kaunter tu bercakap dengan lemah lembut bagi penerangan. Akhirnya aku faham kenapa. Rupanya dia nak berpoligami lepas tu borang tak lengkap. Sebabnya tak dapat pengesahan Kadi daerah tempat asal pemohon. Dia ni nak kawin luar daerah tanpa pengetahuan isteri pertama. Ikut prosedur kita boleh nikah dimana-mana sahaja tetapi kena minta kebenaran dari Pejabat Agama Daerah asal kita la. Contoh kita asal dari A nak nikah kat B maka kenalah kebenaran kat Pejabat Agama Daerah A yang kita nak nikah kat daerah B. Itu aje, Cuma kenalah kehulu-hilir angkut segala borang tu sendiri. Masa kursus kawen pun ada bagitau la. Ni kes nak berbini tapi tak tau prosedur. Lain kali pergi la kursus tok!
Drama kedua....2 orang pemuda yang aku rasa lebih kurang sebaya hubby datang. Kes ni agak mengejutkan sebab diorang nak tanya samada sah atau tak kalau nikah guna maklumat palsu. Diorang siap bawak salinan mykad. Kerani di kaunter beritahu dia tak dapat nak tolong cepat sebab sekarang(masa bulan 6 aritu la) pejabat dalam proses tukar sistem manual kepada komputer, jadi kalau nak maklumat tu kena buka buku daftar yang besar (buku lama). Aku membayangkan kakak ni akan buka buku yang besar separuh badan dia..hahaha. imaginasi melampau kan. Salah seorang lelaki tu bercakap”setau saya kalau nikah guna maklumat palsu bolah dianggap tak sah”. Rupanya salinan mykad tu kepunyaan lelaki yang kawen dengan ibu kepada lelaki yang seorang lagi. Diorang ada bagitau yang alamat pada mykad lelaki tu palsu dan sekarang tak dapat nak jejak kat mana lelaki tu pergi. Lepas tu lelaki tu kata dia dapat tahu lelaki yang dicari tu dah pun berkahwin lagi satu. Macamana boleh jadi cmni ye??? Nasihat aku yang tak berapa pandai ni selidiklah sebelum kahwin. Sedangkan yang dah kenal rapat pun mcam-macam hal jadi selepas kawen. Sekarang ni manusia menipu pelbagai cara. Doa aku diorang ni jumpa penyelesaiannya.
Drama ketiga.....seorang lelaki yang hampir sebaya atok aku gak datang dengan senyuman kambing menuju ke kaunter. “ saya nak ingatkan kadi semula majlis nikah esok pukul 11 pagi”. Kakak tu pun tanya la serba sikit lokasi sume. Last sekali ayat yang buat aku senyum dalam hati “saya lah pengantinnye”. Dushhh..rase nak tumbuk kepala sendiri. Patut la senyum simpul jek..alahai atok. Aku rasa pengantin perempuan ni muda kot sebab masa awal-awal tadi kerani tu tanya “ni ayah pengantin ke?” kuikuikui..nasib baik atok tak marah. Macam-macam ada hahaha....
No comments:
Post a Comment