Thursday, July 22, 2010

KHAMIS SUDAAA........

Cepatnye masa berlalu..sedar-sedar dah hari Khamis. Ada seorang kawan sibuk bercakap berkaitan azam baru..ish yang lama dah terlunas ker? Tahun lepas aku bertunang tahun ni dah pun jadi isteri orang. Alhamdulillah...ada perubahan dalam hidup ni. Bergelar isteri membuat aku lebih berhati-hati dalam segala hal. Kena banyak sabar la kata orang. Even jodoh tak disangka tapi syukur hubungan kami direstui keluarga. Memang beza rasanya. Mungkin sebelum ni banyak yang berat sebelah tapi aku cuba fikir positif sekarang ni. Semua yang jadi mematangkan aku. Tak semua orang boleh faham apa yang tersirat dalam hati. Bersyukur dengan apa yang ada sekarang.

Mood untuk bercerita tak berapa nak ada lagipun aku teringat sesuatu. Penemuan yang tak disangka yang meluruhkan hati aku saat ini. Apakah ayat yang sesuai untuk dituturkan. Kelam mata aku masa tu bila terjumpa benda tu. Rasa sayu yang amat sangat. Sungguh aku tak sangka. Terima kasih padamu ya-Allah kerana menggerakkan aku untuk melihatnya. Jika tidak mungkin sampai sekarang aku tak tahu. insyaAllah akan aku belajar menghargai sesuatu walau cuma sebesar hama.

No comments:

Post a Comment