
Insiden yang sampai sekarang aku tak lupa bila seorang kawan mak datang umah. Masa tu satu benda pun takde... gula pulak dah paras-paras hidung je. Untung juga rumah kampung kan, belakang umah ada pokok limau kasturi yang amatlah subur. Maka aku pun buatlah jus limau kasturi. Sekali ter’kaw’ la plak. Terpejam-pejam mata tetamu tu menahan ke’masam’an jus yg aku buat. Kesian betul aku tengok. Rupanya makcik ni memang tak tahan masam la kata orang. Tu pasal bila masam sikit dia da tak boleh nak telan. Sudahnya dia mintak air masak.
Lagi satu benda yang naik harga yang bikin sume orang (termasuk aku la) naik hangin ialah MINYAK PETROL. Sudah naik 5 sen la. Bunyinye macam sikit kan tapi bagi orang yang pendapatannya cukup-cukup makan macam aku nih memang terasa la. Syukur kali ni Cuma 5sen.Kali terakhir minyak naik mendadak 50sen yang bikin aku betul-betul hangin satu badan. Ape taknye masa tu aku plannning baekkk punyee nak pergi Langkawi. Drive sendiri lak tu. Awal-awal da siap bajet segala kos. Tiba-tiba minyak naik. Memang geram sangat-sangat la tapi misi tetap diteruskan. Alhamdulillah semuanya lancar.
gambar dari Google yang menggambarkan moke aku time minyak da nak abehhh.....
Teringat aku pada satu blog ke ape entah yang aku pernah baca dulu. Ada seseorang bagi komen mengatakan minyak akan naik lagi pertengahan tahun 2010. dan hari ni dah pun terbukti semua komen-komen tu betul. Aku terfikir macam mana mereka-mereka ni boleh tahu ye? Mungkinkah benda ni memang dah ada dalam agenda. Susah nak kata nanti salah cakap ade plak kena saman. Banyak la komen yang aku baca hari ni menyatakan “ketidakpuashatian” mereka terhadap isu ini. Ada yang menyalahkan kakitangan kerajaan yang tak sudah-sudah mintak naik gaji menyebabkan kerajaan dah takde duit nak tampung kos yang dah sedia ada. Agak-agaknye hutang negara kita banyak tak??? Aku terfikir juga mungkin apa yang diorang ni kata ada betulnye..yelah kan sebab nak tampung gaji diorang ni kerajaan terpaksalah buat sesuatu. Tapi diorang kena fikir gak kesannya bila bahan utama ni meningkat maka segala kos akan ikut mencanak-canak naiknye. Semua nak bagi alasan sebab harga naik tapi bila harga minyak turun tak pulak turun harga barang tu.
Semalam aku tengok berita penjawat awam di Jabatan Perdana Menteri sekarang ada 48 ribu orang. Mak oi!!! Ramainya..betul ke fakta tu? tapi kenapa aku mintak tak penah-penah dapat ye. Ingatkan dah xde tempat tapi camne begitu ramai manusia kat situ. Bayangkan la kalau diorang mintak naik gaji RM100 je cukupla takyah banayk-banyak. Kira sendirila berapa yang kerajaan kena sediakan untuk diorang ni. Bagi aku cukup-cukupla meminta ya. Fikirla kesan kat pekerja swasta..orang yg keje sendiri atau orang yang kerja kampung. bila gaji orang-orang gomen ni naik maka serta-merta harga segala mak nenek barang akan naik menggila. Masa tu korang akan keluarkan ayat camni....
1. “takde maknanye naik gaji sebab barang sama-sama naik harga”
2. “apela kerajaan ni...asyik naikkan harga barang je”
3. “bila la gaji aku nak naik nih..barang dah naik harga” (ini ayat aku)
dan macam-macam ayat yang tak boleh aku sebutkan lagi. Sebenarnya semua punca balik pada diri sendiri la. Berhenti tuding jari salahkan orang lain. Belajar bersyukur apa yang ada. Tingkatkan kualiti kerja bukannya tingkatkan cara nak minta naik gaji aje..
banyak yang nak disebutkan lagi cukuplah..emosi aku semakin tak terkawal dah ni. Takut-takut nanti terkeluar ayat yang LPF tak luluskan.
Footnote: sekarang ni agaknye Presiden CEUPACS tengah dihujani dengan panggilan telefon dan email dari orang-orang gomen seantero Malaya..kenapa? tunggu je lah. Harapan aku dia akan keluarkan statement yang menyenangkan hati semua orang bukannye untuk sebelah pihak aje.
No comments:
Post a Comment