Akhirnya Jumaat datang lagi. Esok dah ala-ala tak keje gitu hahaha.. entah kenapa dari dulu JUMAAT adalah hari yang paling aku tunggu. Rasa tenang je bila tiba hari ini. Zaman-zaman kerja takde “life” dulu aku memang suka sangat nak minta offday hari Jumaat. Tapi lama-lama tak dapat la kan. Maklumlah bila time Solat Jumaat nanti sape pulak nak buat kerja kalau dah aku cuti. Bagi la peluang kat lelaki melayu terakhir menunaikan tanggungjawab masing-masing. Alah seminggu sekali je pun. Ape ade hal.
Masa kecik-kecik dulu ari Jumaat memang paling best sebab ada Pasar Lambak. Orang yang tak tahu memang gelak la bila aku sebut. Diorang ni Cuma tahu Pasar Malam je. Tapi yang ni dibuka pagi Jumaat sampai petang. Jadinya takkan la nak panggil Pasar Siang lak kan?? Tak kisah la nak gelak ke ape yang penting bak kate orang sekarang KAU ADE??? Kahkahkah....
Ok..sambung balik citer pasal Pasar Lambak yang dah nyawa-nyawa ikan sekarang ni. Masa dulu macam-macam ada. Rasanya bila hari Jumaat je Mak dan Abah isytihar cuti. Ber’lovey dovey’ la mereka ini pergi dating kat Pasar Lambak. Balik rumah macam-macam makanan wujud. Paling best dapat makan kuih putu bambu. Sekarang ni susah jumpa kalau ada pun da tak best. Rasanya tak sesedap yang aku makan masa tu. Paling banyak sekarang orang jual putu piring. Aduhhh..terasa-rasa kat tekak putu bambu yang cair dalam mulut bersama lemaknya kelapa parut yang segar ditambah dengan kemanisan gula melaka yang marbeles tu..puhhhh meleleh beb. Mana nak cari rasa yg enak tu.
*kepada yang baca sila jangan meleleh air liur atas keyboard ye..boleh jahanam taw benda tu..kihkihkih..
Sekarang Pasar Lambak ni dah ala-ala nak pupus. Kalau pukul 11 baru nak pergi jengah konpem jumpa tapak kaki orang je la. Dulu boleh la pergi lepas orang solat Jumaat sebab pasar ni cuma tutup bila dah nak cecah waktu asar. Banyak dah berubah kat tempat ni. Dah maju la katakan..lepas ni kena beli kupon parking la pulak hehehe....
Sebenarnye ada juga cerita sedih pasal hari Jumaat ni tapi aku dah ingat-ingat lupa la. Aku rasa masa form 2 kalau tak silap. Ada satu hari tu seluruh batch aku mendung sebab ada kawan kami meninggal sebab kemalangan masa balik dari masjid. Aku tak kenal pun Cuma dari cerita-cerita yang aku dengar arwah memang baik orangnya. Classmate dia semua bengkak mata hari tu. Cikgu pun tak masuk mengajar kat kelas tu hari tu. Sepupunya ada bercerita, arwah memang tak pernah tinggal solat. Masa nak pergi masjid arwah bercerita alangkah seronoknya kalau meninggal pada hari Jumaat. Sepupunya buat tak kisah la tapi rupanya itulah petanda arwah nak pergi. Balik solat Jumaat dia dilanggar kereta. Tapi Alhamdulliah arwah sempat sempurnakan solat Jumaat yang terakhir.
Kepada kaum Adam sekelian pergi la solat Jumaat hari ni. Manalah tahu ini yang terakhir. Ajal maut ditangan Allah tak siapa tahu bila kita akan dijemput. Sama-samalah kita beringat.
No comments:
Post a Comment