Monday, July 5, 2010

SALAH KE.............

Minggu yang penuh emosi untuk aku...ape kena pun tak tau. kenapa ye aku rasa tak dipedulikan oleh mereka ni. Aku yang terlalu sensitif atau mereka memang dah lupa siapa aku. kadang-kadang aku rasa mereka ni macam tak kenal siapa aku. kali ni aku tak mahu berfikir perkara-perkara yang positif semata-mata nak sedapkan hati sendiri. cukup-cukupla kan....


Banyak perubahan yang berlaku aku rasakan terjadi selepas aku bertukar status. Sebelum aku berkahwin ada diantara mereka yang kata "lepas ni dah tak boleh lepak camni lagi" ada yang kata "lepas ni tak dapat nak keluar sama-sama lagi" tak boleh tu... tak boleh ni... itu ..ini...begitu..begini...bla...bla...bla. Segala ayat keluar seolah-olah perkahwinan itu terlalu menyeksakan. sedangkan aku tak terfikir ketahap itu. Alhamdulillah aku dikurniakan pasangan yang cepat memahami perangai aku ni. Setakat ni aku masih sedar status aku dan akan terus belajar untuk menggalas tugasan status itu. Tapi kenapa mereka ini seolah-olah menghukum aku atas perubahan status aku.


No comments:

Post a Comment