Friday, July 2, 2010

FIL..SIL..HUBBY....AKU

Hari terakhir berpuasa untuk minggu ni. Rasa nak teruskan lagi minggu depan tapi badan macam tak bermaya je. Bukan apa saja nak motivasikan diri sebab tengok nombor pada scale dah menurun sedangkan baru 4 hari berpuasa. Alhamdulillah mungkin ini hikmahnya mungkin juga inilah saja cara yang paling baik untuk aku dapatkan kembali saiz seluar yang dah lama terperuk dalam almari tu. Malam tadi pun sempat tenung kebaya yang aku beli tahun lepas. Saja nak kuatkan emosi untuk capai hajat nak sarung semula baju tu.

Lewat malam tadi hubby mesej. Aku dengan keadaan mamai baca sekilas lepas tu sedar lagi bila mesej kedua masuk. Dia nak bincang pasal adik yang nak daftar U esok. Hubby minta aku join diorang sebab mungkin my FIL tak ikut. Ikut kata hubby my SIL nampaknya memang harap my hubby hantar dia. Fahamlah aku maksudnya sekarang. Dia takut my FIL penat maklumlah dia kan tak berapa sihat sangat.

Habis berbual dengan hubby aku mula terfikir tentang keadaan kami. Sampai bila nak hidup macam ni. Tapi aku syukur sebab hubby suka ajak kami berbincang bila ada masalah. Setakat ni keadaan elok je. Dia pun pernah beritahu niat nak beralih angin sebabnya tak payah la cerita sebab aku da puas rasa apa yang dia alami sekarang. Aku pun kena terus menunggu sampai awal tahun depan sebelum tukar keja unless tiba-tiba dapat jawatan dalam goverment. Itu perjanjian kami. Aku pun da bosan kat sini. Kalau boleh biarlah kami stay jauh sikit dari both of our family. Mungkin keadaan akan lebih baik macam tu. Amin.....

No comments:

Post a Comment