Thursday, December 30, 2010

BOLA & BBQ..

Hari ni penuh cerita pasal bola. Aku pun tetiba je jadi peminat bola malam tadi. Layan la sorang-sorang. Tak mahu komen banyak-banyak sebab aku pun bukan kaki bola. Rasanya dah ramai yang update cerita bola ni sejak malam tadi. Bosan la kan kalau cerita benda yang sama je.


pix from internet...
Apapun aku nak ucap tahniah la atas kemenangan tu. Rasa fresh tengok sebab player pun muda-muda. Barulah semangat. Sukan ni memang perlu ramai pelapis..bagi pendedahan meluas barulah bakat tu nampak. Cewahh..membebel lak aku. Luah perasaan jap hehehe.

Ok tukar story lak..Di sebabkan kemenangan Harimau Malaya ni maka esok diisytiharkan coti semelaya huhu...sonotttttttt weeeiiiiiiiii...rasa nak wat lompat bintang huahuahua..Tapi tak dapek la den nak coti sakan coz esok ada BBQ pawty kat opis nih. Cantek sangat la kan sebab bagi peluang kitorang prepare apa yang patut awal sikit yesssssss..makn free lagikkk..Tugas aku dah hampir settle la. Part hadiah aku dah siapkan. Tinggal nak bikin coleslaw dengan air asam wat cicah ikan bakar jek..slurrppppp sodappp taw. Sambung sok la citer bbq nih..tu pun kalo ade masa la kan hikhikhik..almaklumlah bz nak menyebok sok..

Wednesday, December 29, 2010

HUTANG...

Oh hidup ni memang complicated. Beberapa hari tak menaip rasa sengal-sengal jari aku, gatal tapak tangan nak menekan pengalas keyboard huhu..sengal kan??Entah apa yang aku malas sangat pun tak tahu. Tapi yang sebenar-benarnya tiada yang benar melainkan benar-benar belaka aku masih dalam mood merajuk pada cik abang yang mungkir janji mahu ke wonderland. Kempunan mahu berangan ala-ala "Alice" sambil main slide wuhahahaha....ops ada call lak..stop jap. Ceh ingatkan panggilan penting rupanya nak menambah hutang aku je. Sebelum dia membebel panjang walaupun aku dah kata "saya tak gunakan perkhidmatan itu lagi" maka aku dengan pantas memotong ayat-ayat manis aweks yang call tu "maaf saya tak berminat". Terus dia kata "ok terima kasih" Fuhhh..settle ingatkan tak paham bahasa tadi.

Aku tak faham macam mana diorang ni boleh dapat maklumat. Bank bocor rahsia ke apa? Bukan ke maklumat pelanggan adalah sulit. Tapi aku mula perasan sejak bank tiba-tiba "derma" kad kredit macam-macam orang call nak offer itu ini. Lemas hokayy..Menambah hutang je. Hutang yang ada pun tak terbayar. Masa-awal-awal dulu aku layan gak sampai menimbun hutang aku. Sesak napas aku berbulan-bulan. Sejak tu taubat dah tak mau hutang lagi....

Thursday, December 23, 2010

MELAKA WONDERLAND PART 1

Cuti Krismas ni akan dimanfaatkan dengan aktiviti yang membina minda huhu..Perancangan secara tiba-tiba semalam. Hari ni jenuh mencari maklumat dengan bantuan Pak Google. So inilah sebahagian maklumat yang aku dapat.

Map Location








F&B




Untuk maklumat lanjut boleh klik kat SINI. Setakat ni belum boleh bagi apa-apa komen sebab belum pergi lagi. InsyaAllah akan di update kemudian.

Wednesday, December 22, 2010

LIVE BAND



Sejuk tapi balun ais juga..air pink tu definitely not mine hokayyy.......




Ini semua gambar bulan lepas di Beach Club Danga Bay. Jalan-jalan niat asalnya tapi tersangkut berjam-jam sebab ada live band malam tu. Mulanya duduk luar je macam tengok konsert free tapi lama-lama tak puas hati. Jenguk punye jenguk akhirnya masuk juga. Risau juga awalnya maklumlah nama pun "club". Teringat pulak beach club kat Cherating. Faham-fahamlah kan. Tapi aku nampak ada 2-3 waitress pakai tudung so tak kan lah diorang serve benda tu kan. Jadi dengan langkah tanpa was-was kami pun melepak kat situ.

Kalau tak kerana kipas besar yang tak boleh adjust tu mengadap kami,memang lepak sampai pagi la agaknya hehehe...

Tuesday, December 21, 2010

APEKAH....



Apa motif model ni?
Ada perempuan berjubah...
Ada rupa lelaki arab pegang tongkat...
Ada baby dalam pangkuan....
Ada pari-pari...
Gambar ni diambil di sebuah pusat beli belah di JB..
Ada carrefour kat situ..sape yang tau..taulah ye..
Selain dari hiasan krismas yang amat meriah aku tergamam sekejap tengok benda nih...

Monday, December 20, 2010

OH MY CHOCOLATE....

Pagi tadi 3.45 mak sampai dari Langkawi membawa hasil tangkapannya huhu...Macam biasa kiriman aku coklat lah. Heaven sungguh rasanya nampak coklat banyak-banyak kat rumah ni,









Tengok puas-puas gambar ni pasni boleh makan hahaha....

Saturday, December 18, 2010

HOT PLATE


Tekak ni terasa nak makan hot plate yee mee. 
Aku mula belajar makan mee ni masa study dulu.
Sejak tu kalau pergi food court ini je lah menu wajib.
Dekat R&R susah sikit nak jumpa.
Kalau jalan-jalan aku tak berapa gemar cari nasi. Mungkin selalunya kecewa dengan menu yang ada. Lebih baik cari kedai makan biasa je. Bila dikira makan nasi lagi mahal dari makan mee huhu..... (berkira). Tak terlalu mengenyangkan.

Thursday, December 16, 2010

BUNGA LAGI

Takde apa nak story pagi-pagi ni. Otak masih membeku dek kerana kesejukan yang melanda. Sejak petang semalam hujan renyai sampai ke pagi. Perut ni pagi-pagi dah buat lagu hip hop..hahaha. Aku cuma nak letak gambar pokok bunga mak yang telah berbunga dengan jayanya huhu..

saksikanlaaaahhhhhhhhhhhhhhhh.............

close up!


..............

.............


ini dia...
.
.

.
.

.

.


Tadaaaaaaaaaa............... 

Cantik kan???

Wednesday, December 15, 2010

ASAM PEDAS

Satu daripada makanan terbaek dari belanga orang melaka adalah asam pedas. Sampai hari ni aku masih belum terrer masak resipi ni. Tiap kali  masak tak pernahnye puas sampai ke tekak. Semalam ronda-ronda di melaka singgah Kota Laksamana pekena asam pedas Hajjah Mona recomended by myfriend. Sedaplah. Lain sikit dari asam pedas Johor. Gravy dia ada lain sikit. Rasa belacan kuat masa makan. Masa ceduk kuah jumpa daun kunyit. Mungkin ini yang bagi kelainan bau dan rasa masakan.Rasa kuah dia lemak-lemak pedas, rasa masam yang tak terlalu kuat. Aku siap hirup kuah nak bagi rasa puas. Sambil-sambil tu bayangkan apa yang dibubuh dalam masakan ni.


Kebanyakan asam pedas yang aku pernah makan letak daun kesum. Ini johor punya style la. Tak pun letak bunga kantan. Lepas tu ada rasa manis sikit. Ada juga yang terlebih masam. Selera mungkin tak sama tapi apa yang aku makan semalam memang best. Kedai tu pun penuh sentiasa sampai kena tunggu giliran nak makan. Kalau sesape rasa nak makan sambil lepak..borak-borak lupakan aje ok.

Di sini ada pilihan ikan kembung,pari.tenggiri,parang dan tetel (lemak lembu). Harga ikan RM3.50 dan tetel RM4. Lauk dihidang bersama nasi putih + sayur kobis (kalau lambat dapat timun je) + telur masin setengah biji.. Kenyang sudah.Kalau ada yang tak makan asam pedas boleh makan sate..otak-otak dengan sata pun ada. Kedai ni buka setiap hari kecuali Ahad dari jam 5 petang sampai 5 pagi. Kot tengah malam mengidam nak makan boleh la datang sini tapi jangan salah hari pulak huhu...


Kesimpulannya memang sedap tapi aku lebih suka asam pedas claypot dekat Pasar Borong Batu Berendam. Kat situ ada telur ikan yang marbeles huhu..cuma suasana kurang best la sebab sebelah pasar kan. Faham-faham lah..gauuuu...gauuuu bau diaaaaaaaa....

Tuesday, December 14, 2010

KAD KREDIT

Tak sempat nak post entry ni semalam. kepala pening tak boleh nak fokus menaip. Hari ni ok sikt cuma tak boleh nak jalan laju rasa berpinar biji mata tengok benda kat keliling ni. Kisahnya semalam saja-saja cek M2U mana la tau ade apa-apa yang best. Tapi tambah pening lagi ada bila nampak deretan kad kredit yang tiba-tiba wujud. Aduhai tak sanggup tengok. Ini semua beban. Satu hal pulak nak pergi batalkan kalu tak sia-sia je "derma" untuk annual fee. Hujung tahun ni macam-macam pulak bank nak promote kat aku. Hari tu bagi cek free. Ala-ala offer loan gitu. Nasib baik baca betul-betul kalau tak tambah lagi hutang aku. Target tak sampai lagi kot sebab tu la promote macam-macam kat customer. Tapi sorry la aku malas nak fikir pasal duit plastik ni. Ikut kelayakan memang tak lepas pun nak apply.

Debit Kad...wajib ada kalau tak camne nak ambik gaji


Visa Wave..dah lama ade tapi expired aku biarkan aje huhu...

SonyCard Limited Edition yang bank offer kat aku..


satu lagi kad..American Express Gold Card

Monday, December 13, 2010

RAMBUT

Petang tadi ke Sutera Mall saja cuci mata. Sekali ada Graduation Day untuk pendandan rambut (betul ke gelaran tu). Macam-macam stail rambut yang ada. Pelik pun ye jugak. Agak-agak ada ke orang nak berfesyen rupa pelik-pelik?








sampai mendongak nak shoot....

Sunday, December 12, 2010

JALAN...MAKAN..TENGAH MALAM

Baru selesai lunch with hubby. Alhamdulillah kenyang. Menjadi juga planning pagi ni nak berjogging. Sebenarnya nak pergi pagi semalam tapi bosan pulak nak pergi sorang sebab hubby kerja. Lepas balik kerja ada juga dia mengajak tapi aku tolak. Teringat nasihat seorang doktor yang mengatakan aktiviti tu seeloknya waktu pagi. Sebelum matahari naik.Paling elok sesudah subuh barulah dapat merasa cahaya matahari yang bervitamin. Petang-petang ni bukan lah tak boleh jogging cuma kurang sesuai memandangkan udara sekarang ni tak macam zaman aku budak-budak dulu. Sekarang ni jalan petang-petang mau kenyang makan asap je. Elok-elok nak sihatkan badan jadi tambah penyakit pulak.. Fuhhh..panjang cerita...

Sebenarnya nak cerita kerja gila malam tadi. Apa taknye waktu orang nak tidur aku dengan hubby boleh pulak keluar dating memalam. Puncanya terasa nak mengunyah.Hubby suggest burger "penyek" dekat dengan rumah. Kami panggil macam tu sebab burger yang dibuat memang penyek sebab roti burger tu kena penyek dek pembuat burger. Jadi rupa burger tu memang macam roti yang baru lepas kena duduk kan..hehehe..Di sebabkan itu aje yang dekat aku pun ok aje lah. Tapi bukan rezeki sebab dah tutup. Tak tahulah adik tu tak berniaga ataupn memang dah tutup sebab masa tu dah jam 11.15 malam.

Misi mencari burger diteruskan. Kami ke gerai burger depan kedai mamak tak jauh dari rumah. Ada la dalam 5 minit hubby masuk kereta semula. Order bersusun katanya. Tak sanggup nak tunggu. Maklumlah gerai depan mamak, sebelah 7 Eleven lagi. So misi diteruskan. Aku cadangkan kami makan McD yang dekat Carrefour. Situ 24 jam konpem ada tapi jenuh nak U turn. Tak jadi lagi...Entah macam mana hubby teringat nak singgah SmartAuto Larkin.  Katanya malam minggu ada drift. Kami singgah juga tapi sekejap je dah habis. Masa tu dah pukul 12. Kami pun gerak teruskan misi mencari burger.

Jalan-jalan menghala ke bandar pulak. Hubby kata nak makan steamboat...hahaha dah macam-macam selera tengah-tengah malam buta ni. Aku suggest pergi area Danga Bay.On the way kami singgah masuk ke Hutan Bandar. Aku cerita pasal chicken chop yang kawan aku kata murah kat situ. Hubby pun kata dia pernah dengar juga then kami fikir nak cuba. Akhirnya misi pencarian kami berakhir dengan menu chicken Chop dan fish & chips. Order cikong panas tak sampai-sampai. Sudahnya kami minta teh o denga air suam aje. Bila pekerja tu datang chec bil rupanya order air tak tulis..hadoooiiiiiiii...patut la sampai nak berdarah anak tekak airnye tak sampai-sampai. Masa ambil order bukan main terangguk-angguk siap ulang apa kami order. Dah mengantuk agaknye huhuhu...Tengok jam dah dekat pukul 1 pagi. Tak kisahlah kalau silap sikit waktu-waktu macam ni. Cuma tak best bila pekerja yang check bil datang buat  muka tak bersalah then bagitahu "tak tulis pun kat sini, tak order ke tadi". Pehhh..aku bukan nak cakap sape salah sape betul tapi ingatlah customer first ok. Tak jatuh maruah if you say sorry. Nak buat macam mana dah budaya kita yang berat mulut kan. Sebab tu bila aku cakap terima kasih pada pelayan yang hantar makan minum kat mana-mana kedai ada kawan-kawan yang buat muka pelik. Tapi ok lah untuk menu tu dengan harga RM11. Mana nak cari western food harga macam tu kat bandar ni.Cukuplah untuk lepaskan gian nak makan western. Tapi aku masih suka fish&chips kat Danga City Mall.

Chicken Chop @ DCM






Fish & Chips@DCM

So berakhirlah misi mencari burger di malam hari.....sempat juga singgah Danga Bay tengok aksi kejar mengejar peronda dengan mat-mat motor. Macam-macam ada..

Saturday, December 11, 2010

Fuhhh..

Setelah seharian mencuba akhirnya berukbend kembali bernyawa. Apa la selkum ni lemau cam kopok tercelup sirap. Hilang segala mood nak update blog hari ni, Ku fikirkan rumah kat bandar senang la dapat line rupanya hampas  macam hampas kelapa yang dah tak ada rasa. Ok cukup setakat tu je nak mengata.

Friday, December 10, 2010

TAK AKTIF...

Minggu yang sungguh membosankan. Isnin sambung cuti hujung minggu. Selasa cuti umum Awal Muharam. Rabu kerja main-main bos tak ada..Khamis kerja tunggu masa balik...Jumaat kerja main game aje. Adoyaiiiii...mana lah duit gaji nak berkat kerja mengular jek.

Kejap belek FB kejap belek blog kejap belek gambar sendiri...yang lama main game tanam pokok je. Kalau boleh makan takpe jugak. Memang minggu ni paling tak aktif. Tolonggggggggggg aku nak kerja lain. Tapi ada ker???? Tak sabar nak ikut hubby pindah. Tapi masih risau sebab bayang-bayang kerja masih tak nampak. Sangat tension ye kawan-kawan.

Entah apa yang aku buat  minggu ni. Serba tak kena. Perut pun sebu jek. Something wrong ke? harap ada berita baik la.

Thursday, December 9, 2010

MAHA 2010