Minggu yang sungguh membosankan. Isnin sambung cuti hujung minggu. Selasa cuti umum Awal Muharam. Rabu kerja main-main bos tak ada..Khamis kerja tunggu masa balik...Jumaat kerja main game aje. Adoyaiiiii...mana lah duit gaji nak berkat kerja mengular jek.
Kejap belek FB kejap belek blog kejap belek gambar sendiri...yang lama main game tanam pokok je. Kalau boleh makan takpe jugak. Memang minggu ni paling tak aktif. Tolonggggggggggg aku nak kerja lain. Tapi ada ker???? Tak sabar nak ikut hubby pindah. Tapi masih risau sebab bayang-bayang kerja masih tak nampak. Sangat tension ye kawan-kawan.
Entah apa yang aku buat minggu ni. Serba tak kena. Perut pun sebu jek. Something wrong ke? harap ada berita baik la.
No comments:
Post a Comment