Oh hidup ni memang complicated. Beberapa hari tak menaip rasa sengal-sengal jari aku, gatal tapak tangan nak menekan pengalas keyboard huhu..sengal kan??Entah apa yang aku malas sangat pun tak tahu. Tapi yang sebenar-benarnya tiada yang benar melainkan benar-benar belaka aku masih dalam mood merajuk pada cik abang yang mungkir janji mahu ke wonderland. Kempunan mahu berangan ala-ala "Alice" sambil main slide wuhahahaha....ops ada call lak..stop jap. Ceh ingatkan panggilan penting rupanya nak menambah hutang aku je. Sebelum dia membebel panjang walaupun aku dah kata "saya tak gunakan perkhidmatan itu lagi" maka aku dengan pantas memotong ayat-ayat manis aweks yang call tu "maaf saya tak berminat". Terus dia kata "ok terima kasih" Fuhhh..settle ingatkan tak paham bahasa tadi.
Aku tak faham macam mana diorang ni boleh dapat maklumat. Bank bocor rahsia ke apa? Bukan ke maklumat pelanggan adalah sulit. Tapi aku mula perasan sejak bank tiba-tiba "derma" kad kredit macam-macam orang call nak offer itu ini. Lemas hokayy..Menambah hutang je. Hutang yang ada pun tak terbayar. Masa-awal-awal dulu aku layan gak sampai menimbun hutang aku. Sesak napas aku berbulan-bulan. Sejak tu taubat dah tak mau hutang lagi....
No comments:
Post a Comment