Pagi-pagi datang opis ada yang bawak cerita seram.Bilik bos kat sebelah hilang tombolnya. Berlubang la pintu tu. Masing-masing jadi seriau sebab pintu tu aje yang hilang tombol.Pintu utama elok je. Siapa pula yang masuk?dari mana? Ada yang bermuka seram dengar kisah pagi-pagi ni.
Disebabkan tak mau ada yang demam terkejut atau berhenti kerja mengejut kerana takut maka aku pun beritahu hal sebenar.Let me tell you the truth..huhu speaking lak
Sebenarnya semalam bos kat opis sebelah tu terkunci dalam bilik dia. Nasib baik la ada seorang staff dia belum balik. Bos aku pergi tolong umpil pintu tu..eh silap bos aku tolong hulur barang untuk umpil pintu. Nasib baik ada tingkap. Ada la 15 minit lebih kurang berjaya la pintu tu dibuka.Untuk elak terkunci semula maka tombol tu dicabut terus la. Begitulah kisahnya.
Tak tahu la nak masuk kategori apa cerita ni.Lucu?seram?..entah. Kelakar pun ada tengok muka anak buah bos yang terkunci tu. Cuak semacam. Bos diorang ni boleh pulak tak perasan kewujudan aku semalam. Maklum la semalam cuma tinggal aku je staff perempuan yang tak balik. Jadinya kisah dongeng tu tak menjadi la bila aku buka rahsia sambil gelak-gelak.
No comments:
Post a Comment