Tuesday, November 2, 2010

ORANG TAK PERNAH SAKIT

Hari yang sibuk dengan mood yang baru nak cerah. Orang tak pernah sakit datang lagi. Macam biasa aku memang kurang selesa bila dia ada. Bukan apa terasa serba tak kena kerja yang aku nak buat. Hari ni aku nak cerita tentang dia dari pandangan peribadi aku.

Pada aku dia tegas orangnya. Cerewet. Mungkin boleh masuk kategori perfectionist. Segalanya nampak teratur. Bercakap yang perlu. Bukan maksud tak ramah tapi sukar untuk mendengar dia cakap kosong. Penampilan sentiasa kemas. Tak pernah aku nampak dia. Selekeh. Kemas je. Dari kereta sampailah kamera yang dibawa nampak berkilat. Pembersih la senang cerita.

Habit. Dia suka minta orang buat sesuatu untuk dia. Atau ayat kasarnye MENGARAH. Cuma ayat dia aku suka “boleh tolong saya? Buatkan......” gitulah lebih kurang. Agak sopan Cuma bila berulang-ulang jadi rimas. Orang sebelah menyebelah pun nampak kurang selesa.

Satu perkara yang ramai orang tahu dia susah untuk terima pelawaan untuk makan atau minum. Mungkin takut "buyers". Maklumlah kerja dia menuntut banyak perkara.Alasan PUASA. Sampai ada yang kata “tak payah ajak.sokmo puasa”.  Tapi hari ni sejarah tercipta bila aku nampak dia minum. Lunch tadi pergi makan di Kantin. Satu perubahan juga tu.

Setakat ni tu ajelah aku nak cakap pasal dia ni. Wish I could be like her? Tegas,sopan,islamik dan tenang. Tapi ciri-ciri ni buat ramai orang tak suka. Kenapa? Kesempurnaan tu selalunya buat orang lain rasa kekurangan jadi timbullah rasa cemburu. Syaitan dah menghasut manusia. Aku harap one day aku boleh jadi sebaik dia. IsyaALLAH..Amin

No comments:

Post a Comment