Thursday, November 4, 2010

KENAPA AKU NAK JADI BLOGGER...

Soalan ni selalu aku tanya sendiri. Layak ke aku digelar blogger? Aku suka menulis tapi aku cepat jemu idea aku berubah-ubah. tak boleh tetap pada satu topik. Jadi aku rasa aku lebih layak menulis secara bebas di ruangan ini. Dengan menulis aku boleh meluah berbagai rasa di sini. Aku bukan minta dipuji melangit denga hasil tulisan ini tapi aku cukuplah mereka yang membaca mengenal aku sebagai manusia biasa yang punya hati yang memerlukan tempat untuk meluah rasa.

Sebagai manusia tentunya ada masa emosi tak menentu..di sinilah platform aku. Aku cuba untuk menulis sekurang-kurangnya satu entry untuk sehari. Aku mahu melatih diri untuk menulis sesuatu yang berguna untuk diri sendiri. Cuba untuk memeprbaiki diri dengan kekurangan yang ada atau mungkin ianya akan jadi bidang baru untuk aku satu hari nanti. Mana tahu blog ni mampu buat duit untuk aku...siapa tahu kan??

Banyak yang aku mahu kongsi di sini tapi masa mencemburui. Jam dah menunjuk angka yang ditunggu...Baliklahhhhhh...

No comments:

Post a Comment