Tuesday, November 30, 2010

GEMOK LA...

Tajuk di atas bukan nak kutuk sesapa ok. Just nak share something happen to me right now. Until I post this entry, my mouth still "mengunyah". Hohoho..what happened??? Lepas sarapan jam 9 tadi aku terus berlari cari sinki. Bluweeekkkkkkkk...kosong kembali perut ni. Then after 2 hours i just sit at my place eat nasi putih + ikan masak lemak cili padi. Now my mouth full off goreng pisang. Walahhhhhh. But i'm still hungry. Mesti ada yang kata makan tak baca Bismillah. But sorry..I siap angkat tangan baca doa makan ok.

Kalau hari-hari macam ni gemok..mok..mok la aku. huhuuhu..Tapi tak pelik la bagi aku. Sebab benda ni memang pernah jadi sebelum ni. Maybe tension about my work..my friends..my hubby (no lah)...hahaha. Aku sebenarnya termasuk dalam golongan orang yang bertabiat buruk lantak bila tension. Hadoihhhh....macam mana nak elak. Orang lain  tension kurus aku pulak sebaliknya. Tapi tak adalah makan macam Afdlin Shauki dalam citer BULI tu. Dahsyat la kalau aku boleh makan macam tu sekali.

Sekadar hiasan.takde iras muka aku pun......

CUKUP INDAH...

Pertama kali dengar lagunya cukup santai. Ringkas tapi boleh buat aku tesenyum.


Tak pernah aku menjauh darimu
Meninggalkan cinta kita
Tak pernah aku meluka hatimu
Perasaan dan jiwamu
Segalanya telah ku serah
Hanya engkau terindah
Chorus
Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan ‘tuk dicintai
Ku tahu kau mahu ada di hati
Untuk didampingi untuk disayangi

Tiada yang lain selain dirimu
Kekal tinggi di hatiku
Tiada pengganti yang mampu ku cari
Yang secantik diri kamu
Cinta ini untuk dirimu
Rasa ini untukmu

Ulang Chorus 3X
Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan ‘tuk dicintai

Monday, November 29, 2010

MAKAN LAGI...DAN LAGI..

Terapi mata dan perut untuk aku di hujung minggu. Jalan-jalan lepas tu makan bila dah penat. Hari sabtu ada majlis kenduri kahwin dekat dengan rumah jadi dapur tak berasaplah. Disebabkan aku kerja maka adalah adegan makan-makan dengan kawan-kawan. Lunch time kami pergi makan di kedai yang aku lupa namanya. Diorang kata ada rojak petis yang marbelessss...fuhh bikin kau terliur je. Tapi tak ada rezeki nak makan sebab masa kami sampai bahan-bahan rojak tak siap lagi. Tukar menu lah nampaknya.

Limau suam untuk aku...manis je


Sirap LImau takkan tak kenal..



Kuey Teow goreng....agak berminyak la



Bihun sup yang banyak seafood...



My kuey teow hailam...sodapppppppp

Petang tu pergi Jusco Melaka pulak. Parking tersangat la penuh sampai terpaksa letak kereta dekat tingkat atas. Curam betul laluan nak naik tu tapi tak pening macam Summit BP la kan. Cari tempat redup pun tak ada hadoiihhhhh... Jalan-jalan dalam Jusco semua nampak sale. Entah apa yang sale pun aku tak faham. Rasanya tiap kali masuk Jusco mesti ada sale. Orang punya la ramai. Akhirnya beli la juga satu barang. Aku nampak cashier tu pack dalam paper bag macam kat bakery shop. Oh..today no palstic bag campaign. Nasib baik beli satu barang je. Bagus juga kan kalau macam ni. Sebab kadang-kadang cashier pack barang guna banyak plastic bag. Setahu aku cuma kena asingkan food,non-food & frozen aje. Tapi mungkin diorang dah diajar macam tu. Mungkin juga permintaan customer yang cerewet kot.

Dah penat jalan sampai lenguh kaki maka perut pun lapar. Dinner la dulu sebelum balik.

ice lemon tea..my fav


Soya..my friend fav


1 set chicken rice for her...


roasted chicken..


Braised tofu n egg...she said "macam masak kicap je" hehehe.....


Taugeh masak kicap hahahaha....


curry laksa for me ..huhuuu.....

Saturday, November 27, 2010

BUNGA

Dalam keluarga aku la yang paling failed bercucuk tanam. Memang tak minat langsung bab pertanian ni. Aku cuma suka tengok je. Mujur la masa sekolah menengah dulu tak termasuk aliran pertanian hahaha...

Bab bunga-bungaan pula memang kurang sesangat la minatnya. Sampaikan baju kurung pun kalau boleh tak mahu kain yang berbunga. Kebanyakan koleksi aku kosong je tak pun bercorak. Tak kisah la corak apa asalkan tak ada bunga. Kalau ada pun sah-sah la bukan aku yang beli. Cuma sejak jadi isteri ni kena tegur oleh encik suami supaya pakai baju yang ada bunga sikit. Nak bagi nampak kewanitaan gitu huahuahua....Apa-apa aje lah ye janji dia suka. Dapat pahala kan kalau buat suami happy? Tak salah ok.
































Semua gambar bunga ni aku cilok dari fb my cousin. (jangan marah kak long) Dia letak gambar masa spring kat Korea. Almaklumlah study jauh mak dia tak dapat nak pergi tengok so letak gambar je lah. Makcik aku ni memang suka sangat bunga-bunga sama macam mak aku gak.

Friday, November 26, 2010

TANDAS

Tengahari tadi sempat singgah ke shopping complex untunk cuci mata.Hari Jumaat rehat pun panjang. Sampai je sana terus mencari tandas. Sampai je tandas tingkat satu nampak signboard "renovation please use at level 2". Mujur ade eskalator.Sepantas kilat berjalan ke tingkat dua pula. Sampai di pintu masuk terkedu sekejap.Ya ke ni? Cantiknya tandas ni. Beza sungguh dengan 10 tahun lepas. Aduhhh...macam nak hilang rasa terkucil tadi. Walau tak wangi sangat tapi tak adalah bau yang kurang menyenangkan tu.Macam tak percaya je.
Abaikan tong sampah yang sarat tu....

PERTUNANGAN

Pagi ni aku baca entry seseorang. Blognya wajib ku jejak tiap hari. Tapi entrynya hari ni buat aku menitiskan air mata. Akhirnya aku bertemu ayat-ayat yang selalu ingin aku luah. Apa yang dia tuliskan mungkin bukan perkara baru tapi itu lah yang selalu bermain dibenakku. Segala yang ditulis telah pun terjadi padaku.

Ketika itu FB belum wujud dalam kamus hidupku. Cuma yang ada telefon saja. Aku cuba untuk merahsiakan acara itu tapi akhirnya pecah juga. Kawan-kawan mula menyindir dan aku mengambil keputusan untuk mewar-warkan acara itu. Bimbang dianggap sombong..lupa kawan dan entah seribu satu macam ayat yang tidak enak bermain difikiran. Ketika itu aku merasakan yang aku perlu berkongsi kebahagian dengan mereka yang ada di sekelilingku. Banyak hati yang perlu dijaga, aku tak mahu ada yang terluka hanya kerana aku mahu berahsia.

Namun acara itu indah khabar dari rupa. Aku menanggung malu. akibat kerenah pihak yang satu lagi. Segalanya kelam kabut. Sepanjang kami "diikat" bermacam perkara yang kerap buat aku berendam air mata. Aku anggap itu semua dugaan orang "darah manis". Tapi mungkin sudah tersurat dia bukan jodohku.Ikatan itu putus di tengah jalan. Bermulalah kisah "cakap-cakap belakang". Paling aku tak lupa seseorang  yang aku anggap sahabat menyebarkan cerita akulah punca. Katanya aku yang memutuskan ikatan itu kerana aku sudah tak mahukan "dia". Ya Allah kenapa dia sanggup buat begitu sedangkan dialah yang ada dari mula hingga akhir ikatan itu. Pada dia aku curahkan segalanya. Dia juga yang menjadi orang tengah ketika kami bermasalah. Tapi akhirnya menjadi duri dalam daging. Aku maafkan dia walau hatiku pedih kerana tak mahu bermusuh. 3 bulan selepas itu aku mendapat khabar bekas tunangku telah bernikah dengan seseorang yang dikenali ditempat kerjanya. Nyata jarak yang memisahkan kami membuat si dia beralih arah. Bodohnya aku kerana setia dengannya dulu. Cerita itu menutup mulut sahabatku seketika.

 
Takdir menemukan aku dengan seseorang yang tak disangka. Kami berkawan baik dan akhirnya mengambil keputusan untuk bertunang. Hanya keluarga dan sahabat bakal adik iparku saja yang tahu kisah kami. Aku nekad merahsiakan segalanya dari pengetahuan yang lain. Mungkin aku boleh dikategorikan trauma dengan kisah lalu. Teknologi hari ni membongkar ceritaku akhirnya. Di FB rahsiaku pecah akibat gambar-gambar majlis pertunangan kami diletak di fb bakal adik iparku. Sahabat yang satu mula tarik muka. Kecil hati. Tapi aku tetap nekad untuk terus merahsiakan hingga aku betul-betul yakin penghujung cerita ini. Aku biarkan mereka yang tertanya terus berteka-teki. Segala persiapan perkahwinan aku lengkapkan sendiri. Aku cari di internet, aku rujuk keluarga dan aku tanya orang yang berpengalaman. Memang perit menguruskan segalanya sendirian, tambahan pula aku anak tunggal perempuan. Ibuku pula ditahan di wad untuk menjalani radioterapi. Saudara mara cuma mampu bercakap dari jauh, maklumlah mereka juga punya komitmen sendiri.

Tiba harinya untuk aku melayangkan kad undangan. Ada juga yang aku sms saja kerana tiada alamat. Bertubi-tubi soalan datang. Aku cuma senyum. Aku telan saja ayat-ayat sindiran mereka. Biarlah mereka kata apa saja tapi aku tahu segalanya untuk kebaikan aku juga. Cukup sekali aku melaluinya dulu. Tak mahu pisang berbuah dua kali. Segalanya berjalan lancar hingga selesai majlis. Terkesan juga di wajah sahabatku itu air muka kecewa. Nampak kurang keiikhlasan. Terpulanglah.

Bulan hadapan sahabatku itu akan mengikat tali pertunangan. Segalanya di war-warkan di fb. Satu event dicipta untuk menjemput tetamu terkecuali aku. Mungkin dia membalas apa yang pernah aku lakukan dulu atau mungkin dia tak mahu aku hadir kerana kami tidak seperti dulu lagi. Allah telah bukakan mataku untuk melihat siapa dia.Sudahlah aku tak mahu fikir.

Membaca entry "dari hati kecil insan yang kerdil" pagi ini membuatkan aku tersedar aku tidak keseorangan.. Inilah yang aku mahu dari dahulu. Nyata penulis ini sependapat denganku. Terima kasih yang teramat sangat.

Thursday, November 25, 2010

KEINGINAN.

Semalam dia menyuarakan sesuatu. Akhirnya keinginan yang satu itu terbit dari bibirnya. Aku jadi terkedu. Bila agaknya aku mampu tunaikannya. Aku akui memang keinginan itu lama wujud dalam hatinya cuma aku pura-pura abaikan. Susah untuk aku jelaskan apa yang ada dalam hati tapi aku tahu dia kecewa.

Penantian itu satu penyeksaan kata orang, rasanya itu perumpamaan yang sesuai untuk dia. Maffkan aku kerana hingga kini aku masih gagal tunaikan keinginanmu. Terlalu banyak yang bersrang dibenakku. Takut,marah, bimbang,kecewa dan seribu satu rasa bercambah dari hari ke hari. Kalaulah mampu aku huraikan tiap satunya tentu dia...emmm aku tak pasti apa reaksinya.

Hanya padaMu aku bermohon semoga dipermudahkan segala kesulitan. Semoga ada cahaya yang menanti di hujung jalan.

PJA & IZAM

Hujung minggu lalu aku ke Batu Pahat untuk majlis kahwin kawan hubby. Kami sampai je pengantin perempuan baru nak duduk atas pelamin. Sempat la menyaksikan adegan "bayar tol". Biasalah adat orang Johor, pengantin lelaki kena "bayar" dulu sebelum bersanding. Kelakar pun ada tapi meriah. Lauk pauk pun meriah yang amat tapi lupa nak "tangkap".


Bayar dulu baru boleh masuk.....

Adik-adik konpem dapat duit tol

Belum boleh tengok muka...tol mak andam tak cukup lagi

mak andam kata..tak cukup....tak cukup..

 
Berjaya akhirnya..senyum simpul pengantin perempuan..huhu






Wednesday, November 24, 2010

UNTUKMU....

Angin bayu membawa diriku
Sepintas lalu ku terkenangkan mu
Memori silam meresap malam
Kenangan bersama tersimpan selamanya
Walaupun kau pergi jauh dari diri ini
Cintaku masih bersemadi di hati
Keyakinan kita kan kembali
Menghidupkan semula janji bara cinta

Kita bersama mengejar mimpi
Terpisah sementara ku pasti
Suatu hari nanti cinta kita bersemi
Kembali menerangi mekar di taman hati
Walaupun jauh pandangan mata
Ku yakin kau kan tetap setia
Begitulah ku jua keikhlasan di jiwa
Dan cintaku hanyalah untukmu

Saban hari diriku menunggu
Khabar berita darimu di sana
Gerimis senja kembali reda
Kerinduan di jiwa kau jadi penawar
Rinduku padamu tak dapat ku terkata
Setiap saat waktu bagai terlalu lama
Bila kita kembali bersama
Hiduplah semula janji bara cinta

Aku tak ingat bila harinya hubby text one part of this song....hohoho sangat terkejut kerana ianya umpama mimpi dalam mimpi. Jiwa lelaki ni ada masanya terjiwang gak. Rindu tahap gaban la mungkin masa tu...muahahaha. Anyway hari ni lagu tu terngiang-ngiang ditelingaku. Rasa rindu tu datang tiba-tiba. Mungkinkah dia juga rasa yang sama tika ini..hmmmm

Tuesday, November 23, 2010

SOTO

Sejak berokbend tahap sipot aku jadi lemau nak update. So hari ni nak cerita sikit je pasal one of my favourite dish, soto. Orang Johor kalau tak makan soto bukan Johorean lah. Semenjak dua menjak ni aku perasan hubby pun suka makan soto rupanya. Harus la belajar masak sodap-sodap nih.

nasi himpit + ayam + kacang goreng + taugeh + suhun goreng + sup ayam = SOTO


Sambal kicap yang malatop molot kalau makan..muahahaha

Saturday, November 20, 2010

LILY HASLINA NASIR...

Siapa dia? Entah sejak bila aku jadi admire dengan penulis yang seorang ni. Mungkin beribu orang diluar sana pun sukakan dia tapi aku tetap aku. Dahulu aku selalu lihat namanya di majalah Jelita, majalah kegemaran aku satu ketika dahulu. Tapi masa berubah dan aku tak jadi pembaca setianya lagi. Lagi pula masa tu aku selalu dianggap tua sebelum waktunya bila membaca majalah seperti itu. Tapi sekarang aku tahu yang aku memang selalu tua sebelum waktunya bila memilih bahan bacaan. Tak rugi pun.

Berbalik pada dia. Semalam adalah tarikh kelahiran penulis ini. pelbagai ragam ucapan aku lihat di dinding FBnye. Di blognya yang selalu aku ikuti dia lebih gemar bercerita perihal anak-anak. Satu sifatnya yang aku suka SELAMBA. Pernah aku memesan buku tulisannya dan dia dengan senang hati menelefon mengesahkan penghantaran. Aduhh...terasa dihargai sungguh. Belum pernah aku beli buku dilayan sebegini rupa. Sewaktu aku meninggalkan jejak di blognye dia menyatakan itu prosedur biasa kepada pembeli bukunya.

Dia memang suka ketawa dan aku selalu membaca komen dari kawan-kawannya tentang hobinya yang satu ni hehehe....ketawa tu kan ubat. Paling aku suka bila dia becerita tentang hobinya yang suka buat kerja "gila" contohnya cari McD jam 4 pagi. Aku pernah buat macam ni hahaha....Part bercuti main redah pun hobi gila aku juga cuma sejak pegang status puan dah reda sikit la. Maklumla encik suami jauh nak minta izin kena la cakap baik-baik hehehe...


Novel pertama karya dia yang aku baca "AKU ADA KAMU". Kisah kelincahan Adura yang aku rasa diinspirasikan melalui pegalamannya. Sempoi je rasa kalau jadi Adura ni. Tapi paling syok baca "AKU DIA & COKLAT". Seminggu aku angau coklat. Makanan yang paling aku jauhi sebab tak mau jerawat. Tapi lepas baca buku tu aku jadi kalah. Alahai..nafsu..nafsu...huhuhu... Sekarang ni aku tengah menunggu siri seterusnya selepas "AKU DIA & GLAMOUR". Cover dah nampak tapi isi belum lagi. Banyak yang aku nak ceritakan tapi selebihnya agak peribadi..hehehe...nanti tulis banyak-banyak ada yang kata aku nak bodek buku free pulak. Kalau seribu orang macam tu bankrap la publisher hahaha....

Ramai penulis yang aku suka tapi ada juga yang aku dah "delete" namanya dari senarai. Aku rasa seorang penulis harus positif. Bukan bermakna dia perlu "perfect" tapi tak perlulah merendahkan peribadi penulis lain. Tiap penulis ada keistimewaan, tak perlu meniru untuk melariskan buku. Ada diantara mereka cuba mengubah "trademark" masing-masing. Kalau menjadi Alhamdulillah tapi kalau sebaliknya terpaksalah aku berpaling tadah. Sebab tu aku cuma memilih buku yang aku "biasa" dengan bahasa penulisannya. Ada pembaca yang mudah tertarik dengan judul sesebuah buku tapi aku letaklah apapun tajuk tapi jika penulisnya aku dah "biasa" tetap akan aku baca juga. Contohnya LHN la. Walaupun dia menulis novel berbentuk islamik, aku masih dapat rasa "trademark" karyanya.

Akhir kata kepada Kak Lily, (Cehh..macam la dia baca blog aku)saya doakan yang terbaik untuk akak dunia dan akhirat. Semoga idea yang datang sentiasa mencurah-curah. Walau akak tak kenal siapa saya itu tak penting. Saya bukanlah pembaca tegar karya Lily Haslina Nasir seperti Rain tapi saya sentiasa menunggu buah tangan terbaru dari akak. Insyallah saya akan terus menyokong penulis di Malaysia ni dan semoga lebih ramai penulis yang berbakat akan muncul. Kepada penulis baru, tulislah dari hati agar karya yang terhasil memberi manfaat bukan sekadar untuk popular agar tidak digelar penulis picisan.

Friday, November 19, 2010

OUTING TERENGGANU....PART 2

Sambungan entry yang tak berapa nak jadi akibat berukben tahap sipot...jom layan gambar lagi




































Thursday, November 18, 2010

OUTING TERENGGANU....

Masih dalam mood raya lagi hari ni. Sunyi je opis ni. Tak ada cerita yang menarik nak tulis. Just nak share sikit gambar yang baru dapat dari seorang kawan. Gambar ni masa company outing baru-baru ni.Aku ada ambik gambar gak cuma gambar ni diambil guna DSLR ler...canggih gitu huhu...jom layan

Masjid Kristal di waktu siang.....

disebabkan berukbend slow tahap sipot maka ini lah saja gambar yang aku mampu selit time nih..hadoihhh super duper lembap la. Mood pun boleh swing sementara tunggu gambar upload...

BERSAMBUNG..............

Tuesday, November 16, 2010

MENU RAYA..

Esok Aidiladha..mood hari ni pun tak berapa nak ada. Mood kerja la yang tak ada. Kalau boleh nak balik je rasa. So untuk menambah mood raya meh la tengok gambar menu raya. Gambar ni diambil ketika beberapa siri jamuan raya kat opis....
Desert..desert..desert...
Aksesori untuk laksa johor..kuahnya lupa nak amik gambar lak


Ayam masak merah...

Rendang daging ...

Sayur masak Lodeh...
Desert yang wajib..koktel



Kuih raya la..wajib tu...


Kepada semua...Salam Aidiladha...