Siapa dia? Entah sejak bila aku jadi admire dengan penulis yang seorang ni. Mungkin beribu orang diluar sana pun sukakan dia tapi aku tetap aku. Dahulu aku selalu lihat namanya di majalah Jelita, majalah kegemaran aku satu ketika dahulu. Tapi masa berubah dan aku tak jadi pembaca setianya lagi. Lagi pula masa tu aku selalu dianggap tua sebelum waktunya bila membaca majalah seperti itu. Tapi sekarang aku tahu yang aku memang selalu tua sebelum waktunya bila memilih bahan bacaan. Tak rugi pun.
Berbalik pada dia. Semalam adalah tarikh kelahiran penulis ini. pelbagai ragam ucapan aku lihat di dinding FBnye. Di blognya yang selalu aku ikuti dia lebih gemar bercerita perihal anak-anak. Satu sifatnya yang aku suka SELAMBA. Pernah aku memesan buku tulisannya dan dia dengan senang hati menelefon mengesahkan penghantaran. Aduhh...terasa dihargai sungguh. Belum pernah aku beli buku dilayan sebegini rupa. Sewaktu aku meninggalkan jejak di blognye dia menyatakan itu prosedur biasa kepada pembeli bukunya.
Dia memang suka ketawa dan aku selalu membaca komen dari kawan-kawannya tentang hobinya yang satu ni hehehe....ketawa tu kan ubat. Paling aku suka bila dia becerita tentang hobinya yang suka buat kerja "gila" contohnya cari McD jam 4 pagi. Aku pernah buat macam ni hahaha....Part bercuti main redah pun hobi gila aku juga cuma sejak pegang status puan dah reda sikit la. Maklumla encik suami jauh nak minta izin kena la cakap baik-baik hehehe...
Novel pertama karya dia yang aku baca "AKU ADA KAMU". Kisah kelincahan Adura yang aku rasa diinspirasikan melalui pegalamannya. Sempoi je rasa kalau jadi Adura ni. Tapi paling syok baca "AKU DIA & COKLAT". Seminggu aku angau coklat. Makanan yang paling aku jauhi sebab tak mau jerawat. Tapi lepas baca buku tu aku jadi kalah. Alahai..nafsu..nafsu...huhuhu... Sekarang ni aku tengah menunggu siri seterusnya selepas "AKU DIA & GLAMOUR". Cover dah nampak tapi isi belum lagi. Banyak yang aku nak ceritakan tapi selebihnya agak peribadi..hehehe...nanti tulis banyak-banyak ada yang kata aku nak bodek buku free pulak. Kalau seribu orang macam tu bankrap la publisher hahaha....
Ramai penulis yang aku suka tapi ada juga yang aku dah "delete" namanya dari senarai. Aku rasa seorang penulis harus positif. Bukan bermakna dia perlu "perfect" tapi tak perlulah merendahkan peribadi penulis lain. Tiap penulis ada keistimewaan, tak perlu meniru untuk melariskan buku. Ada diantara mereka cuba mengubah "trademark" masing-masing. Kalau menjadi Alhamdulillah tapi kalau sebaliknya terpaksalah aku berpaling tadah. Sebab tu aku cuma memilih buku yang aku "biasa" dengan bahasa penulisannya. Ada pembaca yang mudah tertarik dengan judul sesebuah buku tapi aku letaklah apapun tajuk tapi jika penulisnya aku dah "biasa" tetap akan aku baca juga. Contohnya LHN la. Walaupun dia menulis novel berbentuk islamik, aku masih dapat rasa "trademark" karyanya.
Akhir kata kepada Kak Lily, (Cehh..macam la dia baca blog aku)saya doakan yang terbaik untuk akak dunia dan akhirat. Semoga idea yang datang sentiasa mencurah-curah. Walau akak tak kenal siapa saya itu tak penting. Saya bukanlah pembaca tegar karya Lily Haslina Nasir seperti Rain tapi saya sentiasa menunggu buah tangan terbaru dari akak. Insyallah saya akan terus menyokong penulis di Malaysia ni dan semoga lebih ramai penulis yang berbakat akan muncul. Kepada penulis baru, tulislah dari hati agar karya yang terhasil memberi manfaat bukan sekadar untuk popular agar tidak digelar penulis picisan.

No comments:
Post a Comment