Thursday, November 25, 2010

KEINGINAN.

Semalam dia menyuarakan sesuatu. Akhirnya keinginan yang satu itu terbit dari bibirnya. Aku jadi terkedu. Bila agaknya aku mampu tunaikannya. Aku akui memang keinginan itu lama wujud dalam hatinya cuma aku pura-pura abaikan. Susah untuk aku jelaskan apa yang ada dalam hati tapi aku tahu dia kecewa.

Penantian itu satu penyeksaan kata orang, rasanya itu perumpamaan yang sesuai untuk dia. Maffkan aku kerana hingga kini aku masih gagal tunaikan keinginanmu. Terlalu banyak yang bersrang dibenakku. Takut,marah, bimbang,kecewa dan seribu satu rasa bercambah dari hari ke hari. Kalaulah mampu aku huraikan tiap satunya tentu dia...emmm aku tak pasti apa reaksinya.

Hanya padaMu aku bermohon semoga dipermudahkan segala kesulitan. Semoga ada cahaya yang menanti di hujung jalan.

No comments:

Post a Comment