Tuesday, August 3, 2010

EKOR SAPE???

Tajuk ade tanda soal maknanya banyak persoalan di situ. tapi aku tak nak pening-pening fikir guna kepala aku yang dah sedia da peningnye ini. aku cuma nak luah perasaan bab 'ekor' Tapi ni bukan sebarang ekor. Ekor yang ni kita tak nampak letaknya cuma nampak akibatnya aje iaitu 'NOMBOR EKOR'.

Aku rasa nak meluah perasaan kat sini sebab aku terdengar perbualan sekumpulan manusia bergelar "bapak orang" tapi masih tak sedar diri. adoiii...camne nak mula story sebab aku dah mula rasa berapi sekarang ni. Diorang ni aku perhatikan macam tak rasa bersalah je dok berborak pasal benda haram tu. Lepas tu pulak ada yang dah kena hari tu. Kawan-kawan pun apa lagi mintak "payung" la. Kawan-kawan pun nak "join the club" masuk neraka sama-sama.

Apa yang aku terfikir sekarang ni dah berapa lama agaknya diorang ni "berkecimpung" dalam bidang ni ye? Kalau menang duit tu ke mana arahnya? bagi anak bini makan pakai ke? Nauzubillah..minta dijauhkan la dari orang-orang yang macam ni.

Sedar atau tidak apa yang berlaku hari ni semuanya berpunca dari rumah. Omputih kata "you are what you eat" memang betul la ayat tu kan. kalau dah bagi anak bini makan benda haram tak ke haru jadinya. Maka wujudla gejala sosial melampau sebab anak-anak dibesarkan dengan hasil duit haram. Benda dah jadi darah daging camne nak korek!!! Ah..tak mau la aku cerita banyak-banyak buat sakit hati je.

Terfikir kejap aku kenapa semuanya berlaku pada bangsaku? kenapa terlalu mudah mencari jalan pintas untuk kesenangan hidup. Mungkinkah mindset kita telah dipengaruhi oleh nafsu kita sendiri. Teringat aku pada satu kolum tiap Jumaat dalam akhbar utama. Penulis itu menyatakan kalaulah bangsa kita boleh berniaga dengan cara menipu ataupun dengan melakukan perkara haram seperti judi contohnya maka negara ini telah lama dipenuhi dengan anak-anak melayu yang kaya raya. mungkin lebih kaya dari jutawan yag ada sekarang. Tapi sebagai seorang muslim kita juga harus ingat tiada jalan pintas untuk berjaya dan hasil yang haram itu akhirnya akan memakan diri. Lihatlah bencana yang wujud sekarang ni, fikir secara positif mengapa ia berlaku sedangkan ada yang terjadi itu perlukan logik untuk diterima akal akan kejadiannya.

No comments:

Post a Comment