Baru selesai lunch with hubby. Alhamdulillah kenyang. Menjadi juga planning pagi ni nak ber
jogging. Sebenarnya nak pergi pagi semalam tapi bosan pulak nak pergi sorang sebab hubby kerja. Lepas balik kerja ada juga dia mengajak tapi aku tolak. Teringat nasihat seorang doktor yang mengatakan aktiviti tu seeloknya waktu pagi. Sebelum matahari naik.Paling elok sesudah subuh barulah dapat merasa cahaya matahari yang bervitamin. Petang-petang ni bukan lah tak boleh
jogging cuma kurang sesuai memandangkan udara sekarang ni tak macam zaman aku budak-budak dulu. Sekarang ni jalan petang-petang mau kenyang makan asap je. Elok-elok nak sihatkan badan jadi tambah penyakit pulak.. Fuhhh..panjang cerita...
Sebenarnya nak cerita kerja gila malam tadi. Apa taknye waktu orang nak tidur aku dengan hubby boleh pulak keluar dating memalam. Puncanya terasa nak mengunyah.Hubby suggest burger "penyek" dekat dengan rumah. Kami panggil macam tu sebab burger yang dibuat memang penyek sebab roti burger tu kena penyek dek pembuat burger. Jadi rupa burger tu memang macam roti yang baru lepas kena duduk kan..hehehe..Di sebabkan itu aje yang dekat aku pun ok aje lah. Tapi bukan rezeki sebab dah tutup. Tak tahulah adik tu tak berniaga ataupn memang dah tutup sebab masa tu dah jam 11.15 malam.
Misi mencari burger diteruskan. Kami ke gerai burger depan kedai mamak tak jauh dari rumah. Ada la dalam 5 minit hubby masuk kereta semula. Order bersusun katanya. Tak sanggup nak tunggu. Maklumlah gerai depan mamak, sebelah 7 Eleven lagi. So misi diteruskan. Aku cadangkan kami makan McD yang dekat Carrefour. Situ 24 jam konpem ada tapi jenuh nak U turn. Tak jadi lagi...Entah macam mana hubby teringat nak singgah SmartAuto Larkin. Katanya malam minggu ada drift. Kami singgah juga tapi sekejap je dah habis. Masa tu dah pukul 12. Kami pun gerak teruskan misi mencari burger.
Jalan-jalan menghala ke bandar pulak. Hubby kata nak makan steamboat...hahaha dah macam-macam selera tengah-tengah malam buta ni. Aku suggest pergi area Danga Bay.On the way kami singgah masuk ke Hutan Bandar. Aku cerita pasal chicken chop yang kawan aku kata murah kat situ. Hubby pun kata dia pernah dengar juga then kami fikir nak cuba. Akhirnya misi pencarian kami berakhir dengan menu chicken Chop dan fish & chips. Order cikong panas tak sampai-sampai. Sudahnya kami minta teh o denga air suam aje. Bila pekerja tu datang chec bil rupanya order air tak tulis..hadoooiiiiiiii...patut la sampai nak berdarah anak tekak airnye tak sampai-sampai. Masa ambil order bukan main terangguk-angguk siap ulang apa kami order. Dah mengantuk agaknye huhuhu...Tengok jam dah dekat pukul 1 pagi. Tak kisahlah kalau silap sikit waktu-waktu macam ni. Cuma tak best bila pekerja yang check bil datang buat muka tak bersalah then bagitahu "
tak tulis pun kat sini, tak order ke tadi". Pehhh..aku bukan nak cakap sape salah sape betul tapi ingatlah customer first ok. Tak jatuh maruah
if you say sorry. Nak buat macam mana dah budaya kita yang berat mulut kan. Sebab tu bila aku cakap terima kasih pada pelayan yang hantar makan minum kat mana-mana kedai ada kawan-kawan yang buat muka pelik. Tapi ok lah untuk menu tu dengan harga RM11. Mana nak cari western food harga macam tu kat bandar ni.Cukuplah untuk lepaskan gian nak makan western. Tapi aku masih suka fish&chips kat Danga City Mall.
 |
| Chicken Chop @ DCM |
|
|
|
|
 |
| Fish & Chips@DCM |
So berakhirlah misi mencari burger di malam hari.....sempat juga singgah Danga Bay tengok aksi kejar mengejar peronda dengan mat-mat motor. Macam-macam ada..