Wednesday, March 23, 2011

HUJAN DI HATI

Kala ini jam menunjukkan tepat 4.50 petang. Hujan lebat tanpa henti mengelilingi suasana petang. Dia seakan memahami hatiku yang turut hujan sejak kebelakangan ini.

Walau ada si pemujuk tapi entah kenapa hati ini tak pernah rasa terpujuk. Hanya hujan dimata jadi peneman. Kala itu aku tak mampu berkata apa. Suaraku lenyap bersama titisan jernih yang muncul di juring mata.

Hati kini umpama kaca. Salah perhitungan retaklah ia. Cuma Iman yang mampu menahan teguhnya kesabaran didada. Terlalu banyak kenapa yang muncul dibenakku namun tiada satu pun yang mampu menjawab keluh hati ini. Apakah aku terlalu meminta padaNya. Ampuniku kerana sesungguhnya aku tak mampu menanggung beban kecewa ini.

Biarlah masa jadi penentu kerana aku belum ketemu penawarnya. Kepada pemujuk hatiku, terima kasih yang tak terhingga dariku. Walau aku tahu kau tak mampu memujukku namun kau cuba meredakan hatiku. Terima kasih seluas lautan untukmu penguat semangatku...

No comments:

Post a Comment