lepas tu " kau kan dah kerja, bulan-bulan bagi la aku duit sikit buat belanja"
alasan dia "aku ni nak buat belanja, duit klinik lagi. Minta tolong orang hantar pergi klinik kena la bagi duit sikit"
Aku " Eh kenapa minta kat aku pulak"
tu ayat depan dia..
Ayat-ayat belakang dia..
1- Duit yang kau cakap tu takkan mampu bayar harga "sakit" yang aku tanggung selama ni
2- Kenapa nak suruh orang hantar pergi klinik, anak kau mana?
3- sakit tu sebab Allah nak bagi kau insaf tapi kau masih nak fikir duit walau hakikatnya dah nak mati.
4- kalau kau berbaik-baik dengan semua orang tentu sekarang kau dikelilingi orang tersayang,
tapi kau yang ajar kami bergaduh sesama sendiri.
5-Dunia ni memang tak pernah adil tau tak sebab kau pun tak pernah adil dalam soal berkasih sayang
6- kau fikir duit kau boleh kembalikan maruah aku yang tercalar?
7- Mana anak kau masa kau sakit? bukankah dia dah jadi orang kaya?
8- Setiap titis airmata keluarga aku yang jatuh tak pernah kau hirau dan sekarang kau fikir aku akan
hirau siapa kau.9- "bilalah nak berubah agaknya" itu ayat anak kau sebelum dia tinggalkan dunia ini. sakit dia kerana
dengan terseksa dengan perlakuan kau membawa mati akhirnya.
10- Oh aku lupa nak bagitau..mungkin aku boleh bagi duit berkoyan-koyan kalau aku dilahirkan
dalam keluarga yang punya harta terlebih 7 keturunan. Tapi kau memulakan perebutan harta
pada didikan awal bukannya ilmu untuk bekalan seumur hidup. Sekarang inilah yang aku warisi. Terima kasih kerana ilmu yang cukup berharga ini.
11- Aku doakan kau segera bertemu pencipta supaya kami semua lega tanpa perlu menambah dosa
mengutuk kau sepertimana aku lakukan sekarang.
Sekian..terima kasih.

No comments:
Post a Comment