Monday, March 28, 2011

DUIT

intro " kau duduk mana sekarang?"
lepas tu " kau kan dah kerja, bulan-bulan bagi la aku duit sikit buat belanja"
alasan dia "aku ni nak buat belanja, duit klinik lagi. Minta tolong orang hantar pergi klinik kena la bagi duit sikit"

Aku " Eh kenapa minta kat aku pulak"

tu ayat depan dia..


Ayat-ayat belakang dia..
1- Duit yang kau cakap tu takkan mampu bayar harga "sakit" yang aku tanggung selama ni
2- Kenapa nak suruh orang hantar pergi klinik, anak kau mana?
3- sakit tu sebab Allah nak bagi kau insaf tapi kau masih nak fikir duit walau hakikatnya dah nak mati.
4- kalau kau berbaik-baik dengan semua orang tentu sekarang kau dikelilingi orang tersayang,
   tapi kau yang ajar kami bergaduh sesama sendiri.
5-Dunia ni memang tak pernah adil tau tak sebab kau pun tak pernah adil dalam soal berkasih sayang
6- kau fikir duit kau boleh kembalikan maruah aku yang tercalar?
7- Mana anak kau masa kau sakit? bukankah dia dah jadi orang kaya?
8- Setiap titis airmata keluarga aku yang jatuh tak pernah kau hirau dan sekarang kau fikir aku akan
    hirau siapa kau.
9- "bilalah nak berubah agaknya" itu ayat anak kau sebelum dia tinggalkan dunia ini. sakit dia kerana
      dengan terseksa dengan perlakuan kau membawa mati akhirnya.
10- Oh aku lupa nak bagitau..mungkin aku boleh bagi duit berkoyan-koyan kalau aku dilahirkan
     dalam keluarga yang punya harta terlebih 7 keturunan. Tapi kau memulakan perebutan harta
    pada didikan awal bukannya ilmu untuk bekalan seumur hidup. Sekarang inilah yang aku warisi. Terima kasih kerana ilmu yang cukup berharga ini.
11- Aku doakan kau segera bertemu pencipta supaya kami semua lega tanpa perlu menambah dosa
       mengutuk kau sepertimana aku lakukan sekarang.

Sekian..terima kasih.

Wednesday, March 23, 2011

HUJAN DI HATI

Kala ini jam menunjukkan tepat 4.50 petang. Hujan lebat tanpa henti mengelilingi suasana petang. Dia seakan memahami hatiku yang turut hujan sejak kebelakangan ini.

Walau ada si pemujuk tapi entah kenapa hati ini tak pernah rasa terpujuk. Hanya hujan dimata jadi peneman. Kala itu aku tak mampu berkata apa. Suaraku lenyap bersama titisan jernih yang muncul di juring mata.

Hati kini umpama kaca. Salah perhitungan retaklah ia. Cuma Iman yang mampu menahan teguhnya kesabaran didada. Terlalu banyak kenapa yang muncul dibenakku namun tiada satu pun yang mampu menjawab keluh hati ini. Apakah aku terlalu meminta padaNya. Ampuniku kerana sesungguhnya aku tak mampu menanggung beban kecewa ini.

Biarlah masa jadi penentu kerana aku belum ketemu penawarnya. Kepada pemujuk hatiku, terima kasih yang tak terhingga dariku. Walau aku tahu kau tak mampu memujukku namun kau cuba meredakan hatiku. Terima kasih seluas lautan untukmu penguat semangatku...

Tuesday, March 22, 2011

Hati seorang aku....

Aku cuma mahu ketenangan. Bebas dari segala kekusutan. Aku perlukan semua yang mampu buat aku tersenyum. Tapi kenapa kesedihan yang datang di kala ini. Kenapa????

Kambing hitam itu adalah aku. mereka cuma jadikan aku tempat melepaskan beban. Kenapa segala yang TIDAK itu aku. Apakah mereka tak mampu melihat aku. Tidak wujud langsungkah aku di mata mereka.

mengungkitkah aku??? keikhlasan itu tak terlihat duhai manusia. Jangnlah kau pertikai soalan itu padaku. Kenapa aku yang disalahkan.kenapa aku dijadikan punca. kenapa aku!!!!!!!!!!!!!!!!!

Aku ingin pergi dari sini. Mencari hembusan damai di wajah bersama senyum tangis masa lalu di waktu aku punya sesuatu. Tapi aku tak mampu kembali ke situ. Aku ingin kembali bersama  meniti batas waktu dahulu. Tapi bila? Entah..tiada jawapan untuk itu.

Ya Allah beri aku kekuatan dan semangat yang telah tercampak entah di mana dahulu. Aku perlukan semuanya di kala ini. Duhai hati tabahlah engkau. Duhai akal warasku tenangkan mindamu. Duhai semangat datanglah engkau menemani jiwa rentanku ini.

Marah dan benci terbanglah kau kemana mahumu..aku tak perlukan kau kala ini. Biar senyum saja yang kekal dibibirku ini...

Thursday, March 17, 2011

MIZ HIM

Suddenly I miz him....
Apa dah jadi pun tak tau....
Itu kan perasaan yang lumrah bila jauh dari seseorang...
Bumi tu akan sentiasa bulat
Apa yang berlaku pasti ada pembalasan..
Jadi bersyukurlah kerana dikurniakan sifat sabar..
Kerana kita adalah kita..
kalau kita membalas bermakna kita juga adalah mereka..
Busuk mereka busuklah kita..
Buruk mereka buruklah kita..
Dosa mereka sama-samalah kongsikannya
So behave urself..

Tuesday, March 15, 2011

PATAH HATI

Aku patah hati....kenapa dia begitu. Aku rasa benci..menyampah ..meluat. Aku nak tahu sangat apa dalam hati dia. Kenapa dia berubah macam tu. Adakah kehadiran orang tu dah merubah segalanya. Aku benci dia. Aku tak mahu dia. Tapi aku tak ada kuasa menghalang kehadiran dia.

Kalau boleh aku mahu pergi. Aku nak hilangkan diri tapi kemana?? Aku risau pulak ada yang tambah kecil hati. Makin bertambahlah celaru dalam hati. Ahhhhh...kenapa aku terus menerus memikirkan hal hati dan perasaan orang lain. Selama ni aku berdiam untuk menjaga hati mereka. Aku benci sikap hipokrit tak berpenghujung itu. cukuplah..sudahlah aku dah lelah.

Aku tak boleh berhenti memikirkannya...........