Hubby pernah juga suarakan apa yang dia rasa. Dia risaukan aku..takut aku makan hati dengan keadaan sekarang ni. Macam kurang layanan la senang cerita. Tapi aku cuba tegaskan yang paling penting apa yang ada dalam hati kita sendiri. Kadang-kadang teremosi tu biasalah orang permpuan. Dia pun kadang-kadang ada juga. Masa yang terhad untuk sama-sama habiskan masa tu adakalanya buat kami lelah.
Cuti umum minggu lepas kami spend time together. Manfaatkan masa yang ada buat aktiviti yang sama-sama suka. Hubby kerja hari tu tapi setengah hari la. Sebelum balik dia telefon minta aku masakkan nasi goreng. Tak lunch lagi rupanya..tengok jam dah pukul 2.
Tengah rehat-rehat tengok tv dia ajak keluar. Tak ada tujuan pun sekadar nak bersantai. Sempat juga menjenguk rumah yang bakal hubby nak duduk. Singgah tempat dia kerja. Lepas tu dinner kat luar. Nak cari Pizza Hut tapi jumpa Domino's..jadi la daripada tak ada. Malam pergi main bowling dengan kawan-kawan hubby. Habis je lepak kat mamak borak-borak. Balik rumah pengsan hahaha..Apapun penuh la aktiviti hari tu. Lepas ni entah bila dapat macam ni lagi. Bila ada masa puas la buat itu ini. Quality time kata orang putih hehehe....
Roti ni je yang berbaki....
rupanya self service....pinggan kertas...cawan kertas..air dalam tin..makanan dalam kotak
Domino's Pizza.....
Tengok gaya orang.....
Mamak time....
Semua langsai....








No comments:
Post a Comment