Akhirnya berjaya ku miliki novel ini....Sekuel Menunggu cinta Tuhan ni lama aku idamkan. Sekalipun ianya dah lama di pasaran aku masih memikir samada mahu membeli di kedai ataupun secara online menerusi penulisnya. Aku mahukan tandatangannya sebagai kenangan.
Malam tadi tamat sudah misi membaca novel ini..Alhamdulillah. Sekarang ni mahu menyambung Wasilah Cinta Weera pula. Novel ni karya Rose Harissa (RH). Adik LHN ke? Aku rasa la sebab LHN banyak menyebut tentang RH tak kira dalam blog ataupun di fb. Muka pun ada iras-iras je. Harap ada yang boleh tolong jawab.
Komen sikit pasal “Tuhan Masih Mencintaiku”. Aku masih dapat rasakan kehebatan MCT berbanding TMM. Mungkin itu kisah pertama jadi aku masih terbawa-bawa untuk mebandingkan antara keduanya tapi aku puas. LHN membuat aku tidak bosan membaca novel islamik (betul ke?). Tidak cliche kata orang. Setakat ini aku pernah baca beberapa novel islamik yang lain. Tak ubah seperti membaca buku agama. Seolah-olah novel copy & paste. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab cara penulisannya yang lebih menitikberatkan keagamaan umpama bacaan kitab. Bagi aku novel islamik tak semestinya penuh dengan tafsir dan hadis. Biarlah ianya ringkas tapi tidak meyeleweng akidah. Santai tapi sinis. Secara tak langsung aku sebagai pembaca akan lebih meresapi makna disebalik ayat yang dibaca. Aku lebih suka kisah yang dekat dengan kehidupan seharian. Tak perlu terlalu berimaginasi untuk menarik perhatian pembaca.
Ada komen dari LHN di blognya tentang hamba Allah yang mengkritik cara penulisannya yang tidak islamik. Kononnya LHN hilang taring bila menulis novel islamik. Normal lah kritikan pedas manusia. Tapi aku lebih suka gaya penulisan LHN. Orang lain aku tak tahu..tepuk dada tanya selera.
Azrul Rasyid – Hidup ni umpama roda, ada hukum karma. Allah takkan menguji hambanya lebih dari kemampuan. Syukur dia tabah. Allah sentiasa mencintai hambanya. Walaupun berbagai usaha dari Azee dan Cik Ltifah namun kuasa Allah lebih hebat bila sang Puteri Lindungan Kaabah sentiasa jadi penyelamat. Dia belum terlambat.....
Khalida Atikah – Biar di cop dirinya lebih lurus dari lebuhraya utara selatan namun tiada apa yang mampu menggugat. Baginya seorang ketua wajib dihormati dan dijaga aibnya. Kerja kerana Allah, hati mesti ikhlas..insyallah rezeki sentiasa berkat.
Azee & Cik Latifah – Dendam Cuma akan memakan diri. Allah sentiasa memberi ruang untuk bertaubat.
Kak sham & geng ketupat – cakap siang pandang-pandang. Kalau ye pun outspoken halakan la pada tempat yang sepatutnya. Kalau kawan tu telinga tebal tak apa lah. Kalau tidak sendiri mau ingat.
Novel ni tak memberatkan otak tapi isinya baik untuk dijadikan teladan. Adakalanya aku terasa seolah-olah sedang mengimbau masa lalu. Hmmm..tak apalah tak mau cerita kat sini. Tak mahu ingat dah. Anyway congrats to Pn. Lily Haslina Nasir untuk karya hebat ni. Tak sabar nak tunggu sambungan aku dia dan glamour...
Novel satu lagi yang sedang menunggu giliran untuk dibaca.......


No comments:
Post a Comment