Friday, October 29, 2010

SHARING IS CARING...PLASTIC???


Ada sumber mengatakan orang Malaysia ni memang banyak guna bag plastik atau apa-apa benda yang dibuat daripada plastik. Sebab tu lah wujudnya kedai-kedai menjual barangan plastik dengan banyaknya. Tapi sekarang ni dah “upgrade” sikit kedai-kedai ni. Diorang dah buat PENJENAMAAN SEMULA dan dapatlah nama KEDAI RM2. ada juga yang nama KEDAI RM 1.90 dan ada yang dipanggil CASH & CARRY. Pendek kata macam-macam la.

Tapi apa yang aku nak story sikit adalah pasal jenis-jenis plastik yang ada. Artikel ni aku dapat dari internet. Maaf lah kalau ada yang silap. Apa pun ini just for information. Ambil tahu sikit apa yang kita guna. Macam juga barang makanan yang selalu kita ambil tahu dari mana puncanya. Ini semua untuk masa hadapan kita juga. Sama-samalah kita berkongsi ilmu. So...sharing is caring..

SIMBOL PLASTIK

1. PETE atau PET (Polythylene Terephthalate)

Terdapat pada botol plastik lutsinar seperti air mineral atau minuman yang siap untuk diminum. JANGAN mengulang botol dengan simbol seperti ini, terutama dengan air panas. Ini akan mengakibatkan lapisan polimer pada botol tersebut mengeluarkan zat karsinogenik yang menyebabkan PENYAKIT KANSER DAN MENGGANGGU FUNGSI HORMON MANUSIA.

2. HDPE (High Density Polythylene)

Simbol ini terdapat pada botol yang berwarna putih susu.
Digunakan untuk air minuman gelen, kerusi plastik atau bungkusan susu pada makanan. Botol ini juga hanya untuk SEKALI pakai sahaja.

3. V atau PVC (Polyvinyl Chloride)

Pembungkusan makanan daripada PVC tidak boleh mengandungi lebih dari satu miligram per kilogram (mg/kg) VCM. Kandungan plastik bercampur ke dalam makanan pada suhu -15'c. Akibatnya menyebabkan KEROSAKAN HATI DAN GINJAL.

4. LDPE (Low Density Polythylene)

Plastik dengan simbol ini biasanya digunakan untuk makanan, bungkusan plastik dan teksturnya lembik atau lentur. Plastik pembungkus makanan atau botol dengan kod ini cukup SELAMAT digunakan. Sayangnya, plastik ini SUSAH UNTUK DIHANCURKAN.

5. PP (Polypropylene)

Plastik simbol PP ini termasuk yang SELAMAT dipakai makanan atau minuman.
Biasanya plastik ini digunakan untuk tempat makanan dan botol minum bayi. Plastiknya berwarna lutsinar. Kalau ingin mengulang isi botol plastik pastikan mencari plastik dengan nombor 5 di tengah simbol recycle dan bertuliskan PP.

6. PS (Polystyrene)

PS ini contohnya adalah stereofoam, yang digunakan untuk makanan atau minuman SEKALI pakai. Apabila bahan ini bercampur dengan makanan ketika PANAS di bekas polistrine ini, BOLEH MEROSAKKAN OTAK DAN SISTEM SARAF.

7. OTHER atau biasanya polycarbonate.

Plastik ini boleh digunakan untuk tempat makanan dan minuman, alat-alat rumah tangga, komputer dan lainnya. Plastik dengan kod 7 SAN dan ABS ini baik dan selamat digunakan untuk makanan atau minuman. Untuk kod PC sebaiknya TIDAK digunakan untuk makanan dan minuman kerana boleh mengeluarkan zat yang berbahaya.



TAHUKAH ANDA???

- Plastik yang dibuang tidak hancur dalam masa singkat kerana jangka hayatnya sangat panjang hingga mencapai 10 abad untuk hancur.

- Plastik yang dibuang boleh menyekat pengaliran air sehingga menyebabkan air parit dan sungai membanjiri kawasan berhampiran.

- Tempoh reput yang agak panjang, ia akan memenuhi sebahagian besar dari kawasan tapak pelupusan sampah.

- Plastik boleh mengeluarkan kompaun toksik dan berbahaya apabila ia reput. Ini menyebabkan pencemaran tanah, sungai dan sumber air. Akibatnya, kualiti alam sekitar, kesihatan dan kesejahteraan masyarakat akan terjejas.

No comments:

Post a Comment