Mak memang suka tanam bunga. Terutamanya orkid. Rasanya mak memang suka orkid dulu kini dan selamanya. Kat rumah ni entah dah berapa generasi orkid yang ada. Itu belum tambah tolak kali bahagi dengan yang mati kering ataupun tersembur racun rumput.
Sejak mak duduk rumah aku nampak bunga orkid mak makin subur. Penuh perhatian pada pokok-pokok yang ada. Pokok limau purut tepi rumah pun berbuah lebat. Aduhai syoknye boleh buat mandi. Sedap tu baunya. Pokok ni bernyawa betul sejak tuan dia ada. Aku ni setakat tengok je bole la. Daripada pokok tu mati kat tangan aku lebih baik serahkan pada yang pakar.
Masa arwah abah ada puas la makan hasil tanaman sendiri. Kalau tanam kacang panjang menu seminggu mesti ada sayur tu. Kalau tanam jagung hari-hari makan jagung rebus, siap bagi kat jiran yang dah siap rebus. Pendek kata boleh makan sampai muntah kata orang sekarang ni. Tangan sejuk la kan sebab tu menjadi je hasilnya. Alhamdulillah.
Meh tengok orkid mak.tadaaaaaa......
Sebaris dengan kaktus yang ada...
No comments:
Post a Comment