Friday, October 29, 2010

SHARING IS CARING...PLASTIC???


Ada sumber mengatakan orang Malaysia ni memang banyak guna bag plastik atau apa-apa benda yang dibuat daripada plastik. Sebab tu lah wujudnya kedai-kedai menjual barangan plastik dengan banyaknya. Tapi sekarang ni dah “upgrade” sikit kedai-kedai ni. Diorang dah buat PENJENAMAAN SEMULA dan dapatlah nama KEDAI RM2. ada juga yang nama KEDAI RM 1.90 dan ada yang dipanggil CASH & CARRY. Pendek kata macam-macam la.

Tapi apa yang aku nak story sikit adalah pasal jenis-jenis plastik yang ada. Artikel ni aku dapat dari internet. Maaf lah kalau ada yang silap. Apa pun ini just for information. Ambil tahu sikit apa yang kita guna. Macam juga barang makanan yang selalu kita ambil tahu dari mana puncanya. Ini semua untuk masa hadapan kita juga. Sama-samalah kita berkongsi ilmu. So...sharing is caring..

SIMBOL PLASTIK

1. PETE atau PET (Polythylene Terephthalate)

Terdapat pada botol plastik lutsinar seperti air mineral atau minuman yang siap untuk diminum. JANGAN mengulang botol dengan simbol seperti ini, terutama dengan air panas. Ini akan mengakibatkan lapisan polimer pada botol tersebut mengeluarkan zat karsinogenik yang menyebabkan PENYAKIT KANSER DAN MENGGANGGU FUNGSI HORMON MANUSIA.

2. HDPE (High Density Polythylene)

Simbol ini terdapat pada botol yang berwarna putih susu.
Digunakan untuk air minuman gelen, kerusi plastik atau bungkusan susu pada makanan. Botol ini juga hanya untuk SEKALI pakai sahaja.

3. V atau PVC (Polyvinyl Chloride)

Pembungkusan makanan daripada PVC tidak boleh mengandungi lebih dari satu miligram per kilogram (mg/kg) VCM. Kandungan plastik bercampur ke dalam makanan pada suhu -15'c. Akibatnya menyebabkan KEROSAKAN HATI DAN GINJAL.

4. LDPE (Low Density Polythylene)

Plastik dengan simbol ini biasanya digunakan untuk makanan, bungkusan plastik dan teksturnya lembik atau lentur. Plastik pembungkus makanan atau botol dengan kod ini cukup SELAMAT digunakan. Sayangnya, plastik ini SUSAH UNTUK DIHANCURKAN.

5. PP (Polypropylene)

Plastik simbol PP ini termasuk yang SELAMAT dipakai makanan atau minuman.
Biasanya plastik ini digunakan untuk tempat makanan dan botol minum bayi. Plastiknya berwarna lutsinar. Kalau ingin mengulang isi botol plastik pastikan mencari plastik dengan nombor 5 di tengah simbol recycle dan bertuliskan PP.

6. PS (Polystyrene)

PS ini contohnya adalah stereofoam, yang digunakan untuk makanan atau minuman SEKALI pakai. Apabila bahan ini bercampur dengan makanan ketika PANAS di bekas polistrine ini, BOLEH MEROSAKKAN OTAK DAN SISTEM SARAF.

7. OTHER atau biasanya polycarbonate.

Plastik ini boleh digunakan untuk tempat makanan dan minuman, alat-alat rumah tangga, komputer dan lainnya. Plastik dengan kod 7 SAN dan ABS ini baik dan selamat digunakan untuk makanan atau minuman. Untuk kod PC sebaiknya TIDAK digunakan untuk makanan dan minuman kerana boleh mengeluarkan zat yang berbahaya.



TAHUKAH ANDA???

- Plastik yang dibuang tidak hancur dalam masa singkat kerana jangka hayatnya sangat panjang hingga mencapai 10 abad untuk hancur.

- Plastik yang dibuang boleh menyekat pengaliran air sehingga menyebabkan air parit dan sungai membanjiri kawasan berhampiran.

- Tempoh reput yang agak panjang, ia akan memenuhi sebahagian besar dari kawasan tapak pelupusan sampah.

- Plastik boleh mengeluarkan kompaun toksik dan berbahaya apabila ia reput. Ini menyebabkan pencemaran tanah, sungai dan sumber air. Akibatnya, kualiti alam sekitar, kesihatan dan kesejahteraan masyarakat akan terjejas.

ORKID LAH

Mak memang suka tanam bunga. Terutamanya orkid. Rasanya mak memang suka orkid dulu kini dan selamanya. Kat rumah ni entah dah berapa generasi orkid yang ada. Itu belum tambah tolak kali bahagi dengan yang mati kering ataupun tersembur racun rumput.

Sejak mak duduk rumah aku nampak bunga orkid mak makin subur.  Penuh perhatian pada pokok-pokok yang ada. Pokok limau purut tepi rumah pun berbuah lebat. Aduhai syoknye boleh buat mandi. Sedap tu baunya. Pokok ni bernyawa betul sejak tuan dia ada. Aku ni setakat tengok je bole la. Daripada pokok tu mati kat tangan aku lebih baik serahkan pada yang pakar.

Masa arwah abah ada puas la makan hasil tanaman sendiri. Kalau tanam kacang panjang menu seminggu mesti ada sayur tu. Kalau tanam jagung hari-hari makan jagung rebus, siap bagi kat jiran yang dah siap rebus. Pendek kata boleh makan sampai muntah kata orang sekarang ni. Tangan sejuk la kan sebab tu menjadi je hasilnya. Alhamdulillah.

Meh tengok orkid mak.tadaaaaaa......



Sebaris dengan kaktus yang ada...

 

Thursday, October 28, 2010

SEAFOOD

Mood terhadap makanan kian meluap-luap hehehe...Oleh itu nak cerita pasal makanan yang aku suka sangat walaupun sebenarnya tak boleh makan banyak-banyak..SEAFOOD. Untuk pengetahuan seantero dunia aku alergik pada seafood. Bila dah makan tak ingat dunia tiba-tiba hidung aku minta digaru-garu hahaha...saatnya aku berhenti makan la maknanya tu. Tapi yelah kata orang tua-tua yang tak boleh tu la yang sedap..

Oleh itu untuk mengembalikan nostalgia aku terhadap seafood mari la kita layan gambar makanan yang best-best ni...sila pegang tisu kalau anda rasa terliur . AMARAN :JANGAN JILAT SKRIN KOMPUTER YE...

SELERA DAN MENYELERAKAN.....

Entah kenapa aku rasa berselera benar sekarang ni. Mungkin ada sesuatu ke? Hehehe...ada yang menegur begitu semalam. Apa taknye pukul 1 masa lunch aku makan nasi putih lauk ikan keli masak cili padi dengan sayur bendi asam pedas nyam..nyam sedap. Jam 3.30 petang aku boleh makan mee hoon goreng dan jemput-jemput udang cicah kari sardin. Huahuahua...tak ke dahsyat tu.

Balik rumah macam dah kenyang tapi mak masak sayur sawi tumis air dengan ikan masin goreng perah limau kasturi. Pehhh..aku makan lagi walaupun masa tu dah jam 8 malam. Selalu waktu-waktu macam tu dah lepak depan tv. Semua yang ada menyelerakan tekak dan nampak menyelerakan di mataku. Rasa overload pulak. Hmmm..habis la program diet aku huhu...

Untuk melayan mata ape kata layan gambar makanan...ish..ish..ish..tengah selera katakan. Aduhai nafsu...

Fish n Chip kat Danga City Mall. Makan masa Pesta Buku 2010, Harga tak ingat tapi bawah RM10 set siap minuman. Pilihan ice lemon tea or Strawberry splash.

Menu majlis makan malam dengan kawan-kawan. Lokasi Bukit Gambir je. Sedap tau walaupun dihidang atas pinggan kedai RM2. Don't judge a book by its cover ok...


Puding Cocktail yang boleh potong kaki kalau selalu makan hahaha....


Wednesday, October 27, 2010

BELAJAR SESUATU....

Kebelakangan ini aku meluah perasaan di fb. Entah apa nasib la agaknya, ada pulak yang terasa. Aku gelar mereka ni "PERASAAN LEBIH". Kenapa aku kata macam tu? sebab mereka ni terlebih perasan la yang aku ni salahkan mereka. Sorry..for your information I didnt mention your name or anybody. Ayat tu ditujukan pada yang berkenaan jadi YANG TAK BERKENAAN tak payah nak ter"emosi" ye. Kalau tak buat tak perlu nak rasa tersindir ke apa.

Ada masanya aku letih dengan orang macam ni. Ingat aku ni banyak masa nak selongkar kain dalam dia?? HELLOOOO.....tepi kain pun tak sudi ok. Perlu ke tiap kali aku buat statement sebut nama yang berkenaan. Atau aku kena letak gambar pada tiap wall post. Kalau macam tu lebih baik aku jadi wartawan terbit akhbar syok sendiri menyindir semua orang. Ahh..bukan kau faham pun kalau kena batang hidung sendiri. Yang depan mata pun buat nampak kan.

Kesimpulan dan pengajaran untuk aku sekarang ni..belajarlah sesuatu dalam apa jua perkara. YA memang aku belajar sesuatu. Peringatan untuk aku yang selalu lupa. Bila  tengah suka cakap menyumpah orang pun kita gelak-gelak bersama..tapi bila dah benci tahap dewa cakap sikit pun dah nak marah siap nak ajak gaduh. Yang lain tu pulak tak usah lah berlakon jadi pembela. Diam-diam sudah.

Well..terima kasih lah pada yang memberi peluang untuk aku belajar sesuatu. Manusia ni tak kan habis menuntut ilmu selagi hayat dikandung badan.

Tuesday, October 26, 2010

TAK SIHAT DAN TAK LAZAT..

Teringat iklan 2 orang kanak-kanak yang menyebut ayat "TAK SIHAT DAN TAK LAZAT".Apa kaitan dengan aku. Emmm...yang tak sihat ramai suka makan termasuk aku tapi yang tak lazat mana ada orang suka. Contohnya asam a.k.a jeruk.Ramai yang kata orang perempuan memang hantu jeruk. Teruk sangat ke sampai dipanggil hantu hahaha....

Jeruk memang tak boleh dipisahkan dalam hidup aku. Tak kira waktu bulan terang atau gerhana jeruk tetap dihati. Hilang segala resah bila dapat jeruk.Waktu menulis entry ni terasa nak meleleh air liur teringat jeruk yang tak sihat tapi lazat tu..syiokkkk. Aje tak senonoh la pulak aku ni. Dari dulu memang aku tak boleh nampak jeruk. Curi-curi makan dalam bilik tu perkara biasa la sebab nak elak kena marah dengan mak. Zaman sekolah rendah dulu kerap kena warning dengan mak. Sekali jeling cukup buat aku faham. Tapi bila jadi student dapat duit loan je mesti cari jeruk. Orang lain sibuk cari gajet ntah apa-apa tapi aku sibuk pergi Holiday Plaza cari jeruk. Tempat tu memang port untuk aku shopping kasut. Tapi yang paling syok kat situ juga banyak kedai makanan ringan a.k.a jajan kata orang johor. Paling best sebab kat situ lah aku boleh jumpa kedai jual buah mempelam yang dipotong-potong cicah garam atau asam boi. Fuhh...satu hari makan asam pun takpe.

Sampai sekarang mana pergi pun kalau jumpa mesti nak beli. Cuma aku dah mula kawal nafsu sikit sebab benda ni kan tak sihat untuk amalan. Lagi pulak sekarang ni macam-macam ubat diletak nak buat jeruk. Dah macam racun pulak kalau makan. Apa taknya..dah beberapa kali aku beli jeruk yang mengakibatkan aku hilang suara keesokan harinya. Sabar je la...bukan takat tu aje. Siap pakej pedih kat tekak dan sesak nafas sekali. Pehh..da macam jadi penyakit pula bila makan.

Apa pun orang kata pasal makanan ni aku tetap suka juga. Macam orang lelaki la kan...walau orang cakap kesan rokok tu teruk tetap hisap gak. walau dah kata dalam rokok ada tar jalan tapi sedut juga. Dah suka korang boleh buat apa.


                                                   Tengok pun best...syurga jeruk kat Penang



                                    walau jauh kau tetap dihati..hehehe..rasa nak beli 2 balang masa ni..

Monday, October 25, 2010

Tuhan Masih Mencintaiku @ Akukah Cinderella Itu

Apa motif tajuk ni? Otak tengah berputar ligat sementara menunggu gaji . Duit belum dapat dah fikir macam mana nak perabih..hahaha.. Dua-dua buku ni aku suka tapi nak beli yang mana satu ye?






TMM tu sekuel kenalah beli nak tahu kisah selanjutnya. Aku suka watak Khalidah Atikah. Lembut tapi bila membaca tulisannya kita akan rasa menepuk air dalam dulang!!! Susah mencari wartawan seperti dia. Mungkin ada tapi aku yang belum terjumpa. Ada yang terlalu santai tapi berbaur dot..dot..dot selalu buat aku terfikir siapa yang betul. Buat aku pening sebab bagi aku membaca suratkhabar atau majalah untuk tambah ilmu bukan untuk serabutkan kepala. Tapi bahan bacaan yang mengikut arus perdana sekarang ni buat aku malas nak membaca. Kenapa ya? Agaknya aku ni terlalu banyak berfikir masa membaca. Kalau baca buku ilmiah atau novel baru la kena fikir ye tak? ada masa baca suratkhabar aku rasa macam berada dalam mahkamah kena fikir mana fakta mana auta. Lain suratkhabar lain pula ceritanya. Itu belum lagi baca berita melalui internet. Stop dah tak mau komen lebih-lebih. Siapalah aku nak mengkritik kerja orang. Bukan taraf aku nak sebut hal ni.

Novel ACI ni aku mengharapkan ia sehebat 3 sekuel novel yang berakhir dengan judul "aku dia dan gosip".Ada sambungan ke 3 novel ni? Wallahualam.Aku rasa novelis ni tak pernah mengecewakan aku sepertimana aku setia dengan novel-novel NB.Alhamdulillah semoga mereka ni dikurniakan lebih banyak idea bernas untuk pembacaan aku. Sampai sekarang aku masih setia dengan karya-karya NB.Penulis baru? Bukan tak menyokong bakat baru cuma aku jadi prejudia selepas mencuba satu karya yang amat menyedihkan gaya bahasanya. Aku harap satu hari nanti akan jumpa karya penulis baru yang sehebat 2 orang penulis tersohor ini.

Kenapa aku bercerita pasal novel? sebab aku terasa lama tak membeli buku.Hobi yang tak pernah ditegah mak dan arwah abah. Syukur sangat-sangat sebab mereka tak pernah membantah. Aku tak pernah nampak mereka menggalakkan tapi bila tak ditegah maknanya suka la tu. Bagiku membaca melegakan minda aku. Kisah dalam novel buat aku menyelami kehidupan lain. Berangan? Tak salah kan sebab semua orang bermula dengan angan-angan yang akhirnya menjadi realiti sedikit demi sedikit.

Berbalik pada 2 novel ni..mana satu aku nak beli dulu ye? Tapi NB pun ada novel baru jugakkkk!!!!!!!!

Sunday, October 24, 2010

Tangis dan Rindu

Mulanya aku tak ambil kisah tapi lama-kelamaan aku berfikir. Kenapa ia terjadi. Mungkinkah doaku dimakbulkan olehNya. Apakah aku salah berdoa atau mungkin aku ni manusia teraniaya. Apa yang aku fikirkan hanyalah TAKDIR. Tiap yang terjadi ada penyebab.

Kenapa tangisan terus menerus membelenggu hidupnya? Hanya Allah yang tahu.Hamba Allah ini wajib percaya Qada' dan Qadar. Mungkin selama ini terlalu banyak hilai tawa yang menggugat ketenteraman telinga yang lain. Ada masa terlupa ayat-ayat yang terluah mebuka aib orang lain..AstaghfirullahalAzim....Semoga keinsafan akan timbul saat kesedihan datang menjenguk..LUMRAH MANUSIA

Saat ini hati rindu pada dia. Seseorang yang aku tinggalkan lama dahulu. Entah apa khabarnya dia. Masihkah dia ingat padaku. Rindukah dia akan diriku. Perlukah aku melayan perasaan sedangkan dia entahkan ingat lagi padaku atau tidak. Biarlah rasa rindu ini berlalu bersama angin yang menyapa. InsyaAllah akan ku cari dia. Tapi mungkin bukan sekarang. Maafkan aku...

Friday, October 15, 2010

LELAKI..

Artikel ni aku jumpa semalam.agak menarik untuk dibaca oleh lelaki-lelaki di luar sana. Pada yang perempuan jangan nak bangga lebih...hahaha...


Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.

Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu, dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah . Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku, “Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak… Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak…

Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan.

“Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia,” tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang.

Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi.

Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku.

Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu. “Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau,” hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu.

Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu.

“Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang…”

Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di dalamnya tertulis, “Love is like a poisonous mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late..” Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur.

Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku. Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya.

Aku bisikkan ketelinganya, “Sayang..saya datang… Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf,” pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic.

“Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?” jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar.

Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia.

Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai.

Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku.

“Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap
dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya? Abang jaga akak tu elok-elok,” ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital.

Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku.

“Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?” aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.

“Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni. “Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni.

Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana aku!

Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia. Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin.

Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain.
Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.

Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci.

Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu.

Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku. Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku. Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mangalah dengan setiap kemahuanku. Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku. Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu. Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain.

Wednesday, October 13, 2010

SUKAHATI

Hati masih terasa sakit hahaha...apa punya entry la kali ni.tajuk sukahati tapi hati masih sakit. Tapi hati aku memang masih terasa sakitnya cuma aku cuba lupakan saja seolah-olah ia tak pernah bermula. Dalam kepala sedang membina ayat-ayat penyedap jiwa. Mujur juga kala ini aku baru kembali dari bercuti. Penyelamat yang datang tepat pada masanya. ubat aku bila susah hati senang je ..JALAN-JALAN sampai pengsan. Tapi kali ni tak la sampai pengsan cuma tertidur sakit tengkuk je sebab duduk dalam bas lama sangat.

Sebelum pergi memang aku tengah serabut.macam-macam hal la. Salah satu darinya bila ada yang mengutuk aku gila-gila serbuk kari Babas!! Ayat aku post dalam Facebook pun nak jadi hal. Bukan aku sebut nama sesiapa.Ada pula yang nak terasa sampai maki hamun sesama geng "makan daging sedara". Aku simpan ayat-ayat maki hamun tu. Akan aku ingat sampai bila-bila. Kenapa nak terasa ya??Yang pasti segala ayat yang aku baca tu selalu digunapakai waktu dia mengumpat orang lain. Macam ni punya manusia pun ada.

Sukahati aku la nak tulis apa-apa.
Sukahati aku la nak letak gambar apa..
Sukahati aku la cakap apa...
Sukahati aku la mengumpat sesapa....
Semuanya SUKAHATI aku la...

 Sekarang aku tak nak kisah siapa dia, apa dia nak kata buat apa pening-pening pasal manusia macam ni. Siapa makan cili dia la terasa pedas. Bagi aku mudah "What you give you get back".HIdup ni ada hukum karmanya. Hari ni kita ketawakan orang entah esok lusa orang ketawakan kita. Kat dunia ni juga Allah balas cash setiap perbuatan.Sekarang ni pun dah nampak. Sikit-sikit Allah turunkan musibah bagi peringatan. Cepat la sedar sebelum terlewat. Tiba-tiba nyawa ditarik tak sempat minta maaf. Masa tu apa pun tak guna.

Monday, October 4, 2010

DIA

Phewww...cukup sebulan tak bergosip kat sini. Mode malas. Macam-macam yang berlaku sekarang ni tapi aku kena tabah. Semua tu dah diduga. Bercerita perihal orang memang lazat kan?? Umpama “makan daging” yang liat tapi kita tetap kunyah sampai boleh telan. Sekarang ni bukan masa yang sesuai untuk luahkan kat sesiapa kerana aku tahu akhirnya semua akan menuding kembali pada aku. Susahkan kalau manusia berhati lalang. Aku tahu aku ni kadang-kadang outspoken tapi sekurang-kurangnya aku bukan hipokrit pura-pura baik depan tapi kat belakang kutuk kawwww punya.




Semua ni pengajaran untuk aku. Sekarang ni nampak biasa je kan. Entah la apa dalam hati masing-masing aku pun tak tahu dan aku tak nak ambil tahu. Aku asyik terfikir aje perkara tu. Salah aku ke tapi akhirnya aku teringat mungkin Allah dah makbulkan doa aku. Alhamdulillah kalau macam tu. Syukur sangat-sangat akhirnya doa ku didengar olehNya. Mungkin ini balasan dunia. Waktu aku jatuh segala kelemahan jadi bahan. Ada masa sampai juga ke telinga cerita yang tidak enak. Sampai hari ni aku tak lupa cerita yang dibawa tu. Bila dah tersentap macam ni baru nak menyesal? Sudah lah luncai. Kau dah lama terjun dengan labu-labu tu. Mungkin sekarang Allah tunjukkan siapa sebenarnya punca disebaliknya. Aku anggap apa yang jadi ni umpama hukum karma. Tak guna fikir dalam-dalam sampai tak boleh tidur. Akhirnya terbongkar juga segala pekung tu. Pada aku biarlah sendiri tahu. Cuma aku terkilan bila Si punca berlakon umpama tiada apa-apa.



Kalau dah memang tersurat sampai disini saja aku redha. Ada pendapat mengatakan kita akan kenal siapa orang sekeliling kita bila kita jatuh. Setakat hari ni aku memang dah kenal. Nafas aku tiba-tiba jadi sesak di sini. Menyampah..meluat semua ada. Ternyata apa yang aku rasa tu betul. Mujur aku tak bercerita tentang hal yang satu. Kalau tidak entah apa yang nak dicanang agaknya. Patutla selama ni aku rasa berat je nak buka mulut pasal hal yang satu ni. Ada hikmah rupanya. Syukur..syukur sebab tak terlepas kata.



Akhir kata aku cuma nak rasa lega je sekarang. Mungkin betul apa yang ahli mesyuarat tingkap tu kata “ kalau dah saudara sendiri pun boleh dikutuknya gila-gila apatah lagi kita. Entah-entah belakang kita habis semua benda dingumpatnya” Sekarang ni aku nak bagi jawapan yang sebenarnya apa yang disangka tu betul sesangat kerana aku dah rasa dulu sebelum kamu. Tapi aku tak mahu jadi nasi tambah waktu tu dan sekarang kau dah rasa kan?? Akhirnya terbongkar juga.