Alhamdulillah Ramadhan kembali menjenguk. Masuk hari kedua dah ni. Sayu hati sebab masih belum mampu melakukan apa-apa ibadah kala ini. Melihatkan MIL dan FIL berterawih di masjid malam tadi aku jadi sebak. Tatkala aku bangun jam 4 pagi untuk bersahur MIL dan FIL telah selesai mandi dan bersiap-siap untuk solat sunat sebelum bersahur. Suasana yang tak pernah aku rasai seumur hidup. Mungkin aku bukan dibesarkan dalam suasana begini menjadikan perasaan sebak semakin menjadi-jadi. Terasa kecil sungguh diri ini. Ya-Allah jahilnya aku. InsyaAllah dengan izinNya aku akan cuba buat yang terbaik untuk Ramadhan kali ini.
Aku ingin rasakan kemanisan bulan ini dengan sepenuh hatiku. Izinkan aku Ya-Allah untuk merasainya. Walau aku mungkin kekok dengan dunia baru ini tapi aku cuba untuk menyempurnakannya. Permudahkanlah aku Ya-Allah.
Andai ini Ramadhan terakhir, aku seharusnya melaksanakan segala ibadah dengan berlipat kali ganda. Semoga kesihatan aku mengizinkan untuk melaksanakan segala yang dihajati. Aminnn...
Thursday, August 12, 2010
Tuesday, August 10, 2010
BAPA MITHALI
Pagi-pagi ni teringat pasal arwah abah lak. Mungkin pasal esok dijangkakan puasa (malam ni baru nak umumkan). Bila dah dekat masanya aku memang rindu sangat kat arwah. Kalau dia masih ada mesti hari ni dia tak kerja lepas tu pergi pasar cari lauk. Menu utama hari pertama sahur mesti ada ayam. Aku perasan tiap kali nak puasa mesti arwah beli ayam. Baginya awal puasa mesti disambut dengan meriah. Mungkin tak semeriah orang lain tapi bagi aku apa yang arwah buat masa tu memang istimewa untuk kami.
Kehilangan abah sewaktu aku berusia 25 tahun cukup meninggalkan kesan. Umur yang cukup matang untuk memahami erti kehilangan. Air mata hanya singgah di hari pemergiannya. Kemudian aku jadi lemah-selemahnya hingga tiada airmata lagi. Sememangnya kematian tidak harus ditangisi. Aku akur dengan makna itu. Sesekali runtuh juga tebing kesabaran, tapi hidup ni mesti diteruskan.
Semalam petang opismate ajak minum petang dekat satu warung depan sekolah. Sedang mulut mengunyah makanan sempat mataku menonton drama sebabak dari satu keluarga. Si ayah mendukung 2 orang anak lelakinya yang aku rasa lingkungan 5-6 tahun seorang demi seorang dari kenderaan yang dinaiki ke warung tu. Isterinya mengandung. Seorang wanita tua ayang aku rasa ibunya dan seorang lagi lelaki yang hampir sebaya si ayah tadi turut sama dalam keluarga ini. Semasa isterinya mengambil makanan si ayah duduk dimeja sambil memesan minuman untuk semua yang ada di meja. Bila si isteri duduk dia pula bangun. Aku nampak di kiri bahunya beg tangan si isteri dan di bahu kanan beg sandang si ayah ini. Agak sibuk lelaki ini ku lihat melayan kerenah anak-anaknya. Tiada nada tinggi yang ku dengar. Segalanya nampak menarik dan kanak-kanak itu agak tertib di meja makan.
Namun drama teresebut tidak berakhir di situ. Selesai menjamu selera si ayah kembali mendukung sorang demi seorang menuju kenderaan mereka. Dalam hati terlintas satu perkara "Bagusnya lelaki ni macam Bapa Mithali la" Aku Cakap kat opismate aku apa yang terlintas dalam hati. Dia pun terperasan gak. Lepas tu muka si ayah seiras penyanyi Saleem. Badan pun tersangat la kurusnya hahaha...tapi tabik spring la sebab dia boleh dukung hero-hero dia tu. Aku rasa tak ramai yang nak buat macam ni. Kadang-kadang dibiar je anak berlari-lari dalam kawasan kedai sampai orang nak makan pun jadi rimas.
Bila nampak situasi macam tu aku teringat arwah abah yang sentiasa melindungi aku. Tiap kali nak melintas dia akan pegang tangan aku. Bila berjalan dicelah-celah kesesakan manusia dia akan memegang bahu aku. Rindunya nak rasa saat-saat tu lagi. Alhamdulillah sekarang aku kembali merasai saat-saat itu. Walau mungkin tak sama perasaannya tapi masih mampu aku rasainya. Syukur padamu Ya-Allah kerana menganugerahkan aku seorang lelaki yang menyayangi aku seperti abah. Mungkin dia tidak sedar tapi aku merasainya.

Monday, August 9, 2010
MENU ESOK...
Ada masanya terlalu banyak yang nak dikongsikan kat sini. Tapi masa membataskan aku untuk menaip, sudahnya lama la aku tak update blog ni. Kadang-kadang nak aje aku luahkan segala perasaan kat sini tapi semuanya hilang bila aku mula menaip. Tapi bagus juga kan. Dapat elak dari terkeluar ayat-ayat yang mungkin FINAS tak lulus hehehe...
Sebagai terapi aku tengok gambar-gambar makanan. Lagi pulak esok ada potluck. Sambil-sambil tu tengok juga apa menu yang sesuai untuk jamu kawan-kawan. Terjumpa resepi puding jagung yang menarek tertarekkk...yummy. Kalau jumpa bahan-bahannya mungkin akan dibuat menu tu. Kalau tak buat sandwich aje la. Memang menu orang malas la namanye kan.
Tinggal satu hari je lagi nak berjimba-jimba menikmati makanan disiang hari. Apesal la nak buat potluck lak ni. Aku ni selera pun cam ade tak ada je. Takpelah bagi orang makan dengan niat yang ikhlas moga-moga dapat pahala. Manalah tahu apa yang aku masak tu akan buat orang happy. Mungkin dia dah lama teringin nak makan tapi tak dapat, tiba-tiba aku hidang menu tu mesti happy la kan. Macam semalam la aku masak laksa penang sekali MIL pun buat menu yang sama. Terfikir sekejap kalaulah aku buat hari sabtu mesti dia happy sebab aku dah masak apa yang dia inginkan secara tiba-tiba. Sebenarnya memang menu tu aku dah rancang nak masak hari sabtu tapi disebabkan "darjah" kemalasan yang melampui tahap maksima maka aku melayan mata je kelmarin.

Friday, August 6, 2010
MIMPI..
Pagi ni aku masih terkenang mimpi yang kerap muncul kebelakangan ni. Rasanya dah lama aku tak bermimpi dalam tidur. Kata orang mimpi tu mainan tidur. Tapi ada juga yang kata setiap mimpi ada tafsirannya sendiri. Aku bukanlah minta mimpi ku ditafsirkan cuma teringat beberapa bulan lepas aku pernah bercakap dengan seorang kawan tentang sihir dan salah satunya dikaitkan dengan mimpi.
Dalam perbualan tu dia menerangkan serba sedikit tentang bagaimana sihir tu dilakukan dan kita boleh mengetahunya melalui mimpi yang ada. Kawan aku tu pun mendengar melalui satu ceramah agama di tv. Ada beberapa contoh mimpi yang ustaz tu ceritakan yang boleh memeberitahu tanda-tanda kita terkena sihir. Terdiam sejenak aku bila dengar sebab ada diantaranya pernah aku alami. Rupanya jangkaan aku ada benarnya. Ada yang tak suka dengan aku dan berniat tak baik. Tapi syukur aku berjaya mengatasinya walau ada tempiasnya.
Kalau nak diceritakan mungkin aku harus menulis seharian untuk menceritakannya. InsyaAllah ada masa aku akan buka topik untuk luahkan di sini. Sekarang ni cukuplah kalau aku katakan mimpi tu adalah sebahagian dari diriku. Adakalanya aku bermimpi tentang sesuatu yang aku sendiri tak tahu kenapa dan apa maknanya. Tapi akhirnya aku dapat menafsirnya bila sesuatu terjadi. Emmm...cukuplah aku tak mau bercakap banyak soal mimpi ni. Takut salah faham jadi syirik pula. Apa yang boleh aku katakan ianya mungkin kebetulan.
Kepada kawan-kawan yang sedang bermimpi....semoga mimpi indah menemani kalian.

Wednesday, August 4, 2010
MARAH KE JEALOUS....
Apa yang aku rasa sekarang ni? Kenapa nak marah kat dia tu. Tapi aku perlu marah walau dalam diam dengan dia ni. Kenapa dia tak berterus terang ye? kenapa aku yang perlu mendahuluinya. Dia mungkir janji dari dulu hingga kini. Inikah yang dipanggil sahabat. Ah..muka pun ala-ala je kan so perangai pun sendiri faham la.
Perlu ke tunjuk bahagia kat orang. Nak muntah lak rasa. Kahwin dulu la baru tau langit tu tinggi rendah. Sekarang ni kau nampak semuanya indah kan tapi selepas tu jangan macam hampeshhh...Perlu ke aku sebut satu persatu apa dia? Apa yang buat aku marah adalah sikap tak jujur pasangan ni. aku rasa masing-masing simpan pekung didada. Tunggu masa je nak meletup. Perlu ke aku doakan kau tak ada jodoh dengan dia ni? Aduhh..jahat lak mulut aku hari ni.
Sebagai seorang manusia yang dah melalui fasa macam korang ni aku rasa korang ni tak payah la kawin. Aku doa si dia tu bertemu jodoh dengan orang lain. Kau kawin la dengan orang yang setaraf dengan perangai kau tu. Aku tak nak si dia tu tak pasal-pasal dapat penyakit tutttt....Aku nak je bagitau kat dia tu yang kau tu ade sugar mummy. Tapi aku tau dia tu mesti tak caya punye sebab kau tu pelakon terhebat.
Kalau sape-sape yang baca entry aku ni konpem tanya asal aku nak sentap ngan hal "badak" berdua tu kan? jealous ke? Sorry beb aku belum gila nak jealous ngan orang yang boleh sama taraf ngan"flasher" ok.
huh..whatever la ngan kau ni.....

Tuesday, August 3, 2010
EKOR SAPE???
Tajuk ade tanda soal maknanya banyak persoalan di situ. tapi aku tak nak pening-pening fikir guna kepala aku yang dah sedia da peningnye ini. aku cuma nak luah perasaan bab 'ekor' Tapi ni bukan sebarang ekor. Ekor yang ni kita tak nampak letaknya cuma nampak akibatnya aje iaitu 'NOMBOR EKOR'.
Aku rasa nak meluah perasaan kat sini sebab aku terdengar perbualan sekumpulan manusia bergelar "bapak orang" tapi masih tak sedar diri. adoiii...camne nak mula story sebab aku dah mula rasa berapi sekarang ni. Diorang ni aku perhatikan macam tak rasa bersalah je dok berborak pasal benda haram tu. Lepas tu pulak ada yang dah kena hari tu. Kawan-kawan pun apa lagi mintak "payung" la. Kawan-kawan pun nak "join the club" masuk neraka sama-sama.
Apa yang aku terfikir sekarang ni dah berapa lama agaknya diorang ni "berkecimpung" dalam bidang ni ye? Kalau menang duit tu ke mana arahnya? bagi anak bini makan pakai ke? Nauzubillah..minta dijauhkan la dari orang-orang yang macam ni.
Sedar atau tidak apa yang berlaku hari ni semuanya berpunca dari rumah. Omputih kata "you are what you eat" memang betul la ayat tu kan. kalau dah bagi anak bini makan benda haram tak ke haru jadinya. Maka wujudla gejala sosial melampau sebab anak-anak dibesarkan dengan hasil duit haram. Benda dah jadi darah daging camne nak korek!!! Ah..tak mau la aku cerita banyak-banyak buat sakit hati je.
Terfikir kejap aku kenapa semuanya berlaku pada bangsaku? kenapa terlalu mudah mencari jalan pintas untuk kesenangan hidup. Mungkinkah mindset kita telah dipengaruhi oleh nafsu kita sendiri. Teringat aku pada satu kolum tiap Jumaat dalam akhbar utama. Penulis itu menyatakan kalaulah bangsa kita boleh berniaga dengan cara menipu ataupun dengan melakukan perkara haram seperti judi contohnya maka negara ini telah lama dipenuhi dengan anak-anak melayu yang kaya raya. mungkin lebih kaya dari jutawan yag ada sekarang. Tapi sebagai seorang muslim kita juga harus ingat tiada jalan pintas untuk berjaya dan hasil yang haram itu akhirnya akan memakan diri. Lihatlah bencana yang wujud sekarang ni, fikir secara positif mengapa ia berlaku sedangkan ada yang terjadi itu perlukan logik untuk diterima akal akan kejadiannya.

Subscribe to:
Comments (Atom)