Isteri doktor tapi suami penganggur...hairan
Suami engineer isteri surirumah..biasa lah
Apa beza status 2 pasangan ni?? tak ada..kita yang menjadikan situasi tu hairan atau biasa. Itu semua stigma masyarakat yang selalu fikir suami kena kerja lebih dari isteri. Diri sendiri cuba pergi depan cermin apa yang kurang diri kita berbanding orang lain. Jawapannya tetap tak ada sebab dari segi fizikal kita manusia sempurna cukup sifat.
Perbezaan adalah jurang yang kita wujudkan akibat tuntutan dan kehendak sekeliling. Contoh la opismate hari ni lunch dekat restoran 8 bintang tapi kita pulak bawak bekal lauk telur gorang + kicap sebab lauk dah habis kat rumah. Pulak tu hari ni memang dah plan tak mau keluar makan sebab banyak kerja. Balik kerja baru nak shopping barang dapur. Jadi kita pun rasa segan nak makan maka kita pun ikut kawan-kawan pergi makan juga. Sudahnya poket kopak untuk makan saja. Bajet barang dapur pun dah susut. Bekal pun basi terbuang.Camne?? Salah siapa??Sebenarnya kawan-kawan tu tak kisah pun lauk yang kita makan. Kita yang emosi terlebih.
Macam tu jugak dengan kisah suami isteri tu. Tinggi atau rendah pangkat masing-masing bukan penentu kebahagiaan. Kalau sama-sama berpangkat pun belum tentu hati bahagia. Semuanya berbalik pada JODOH. Allah dah tetapkan semua tu. Siapa kita nak kutuk suami atau isteri orang. Belakang kita entah-entah berbakul orang kutuk kita suami isteri.(kira balasan lah tu)
No comments:
Post a Comment