Wednesday, February 23, 2011

MASA

Masa yang berlalu adakalanya terlalu pantas. Tak terkejar oleh aku. Kadang-kadang sehari terasa lama sungguh nak menunggu penghujungnya. Kenapa ya? Tak bersyukurkah aku?

Aku jadi bosan menunggu waktu. Benci, meluat, marah. Kenapa?Apa?Siapa?..Aduh banyaknya soalan. Aku benci menunggu hari itu. Aku tak mahu tahu pasal tu. Aku tak mahu ambil tahu langsung. Hati aku memang tak seronok langsung. Aku rasa nak lari dari sini.

Sepatutnya saa-saat ini aku harus menenagkan perasaan, berkongsi kegembiraan..tapi apa yang aku rasa cuma duka lara yang tak tahu bila akan sampai ke hujungnya.

Wednesday, February 16, 2011

SAKIT?? SYUKURLAH....

Sakit dan sihat itu lumrah. Samada berjangkit atau mungkin dari salah silah keluarga yang ada penyakit lalu turun ke susur galur yang lahir. Bila sakit kita jadi lemah, tak bermaya. Masa nilah rasa nak bergerak pun terbatas tambah pula kalau pekerjaan kita perlukan kederat. Terasa tak berguna bila kerja yang selama ni macam lipas kudung tu dah jadi tahap siput ba alif ba ya...opss sesitif ye.

Tapi sememangnya penyakit itu "pembasuh" dosa. Tanda Allah masih sayangkan kita. Diturunkan penyakit supaya kita sedar sekuat mana pun kita, bila sakit kita masih perlukan orang sekeliling untuk membantu. Hidup ni tak selamanya "menongkat langit" sesekali tubuh sakit menunduk lah kita. Syukur kerana Allah memberi kita merasai sakit supaya kita cepat sedar  kekhilafan diri yang selama sihat kita lupa. Sekurang-kurangnya Allah memberi peringatan dengan sakit yang menimpa kita. Andai kata tiba-tiba nyawa ditarik tanpa sempat berterima kasih pada-Nya, apakah kita mampu tersenyum di Alam sana.

Semoga bila sihat nanti kita akan lebih menghargai dan dapat berterima kasih atas segala kurniaannya...Aminnnn

Friday, February 11, 2011

JODOH

Isteri doktor tapi suami penganggur...hairan
Suami engineer isteri surirumah..biasa lah

Apa beza status 2 pasangan ni?? tak ada..kita yang menjadikan situasi tu hairan atau biasa. Itu semua stigma masyarakat yang selalu fikir suami kena kerja lebih dari isteri. Diri sendiri cuba pergi depan cermin apa yang kurang diri kita berbanding orang lain. Jawapannya tetap tak ada sebab dari segi fizikal kita manusia sempurna cukup sifat.

Perbezaan adalah jurang yang kita wujudkan akibat tuntutan dan kehendak sekeliling. Contoh la opismate hari ni lunch dekat restoran 8 bintang tapi kita pulak bawak bekal lauk telur gorang + kicap sebab lauk dah habis kat rumah. Pulak tu hari ni memang dah plan tak mau keluar makan sebab banyak kerja. Balik kerja baru nak shopping barang dapur. Jadi kita pun rasa segan nak makan maka kita pun ikut kawan-kawan pergi makan juga. Sudahnya poket kopak untuk makan saja. Bajet barang dapur pun dah susut. Bekal pun basi terbuang.Camne?? Salah siapa??Sebenarnya kawan-kawan tu tak kisah pun lauk yang kita makan. Kita yang emosi terlebih.

Macam tu jugak dengan kisah suami isteri tu. Tinggi atau rendah pangkat masing-masing bukan penentu kebahagiaan. Kalau sama-sama berpangkat pun belum tentu hati bahagia. Semuanya berbalik pada JODOH. Allah dah tetapkan semua tu. Siapa kita nak kutuk suami atau isteri orang. Belakang kita entah-entah berbakul orang kutuk kita suami isteri.(kira balasan lah tu)

Thursday, February 10, 2011

HARI NI SAMA..ESOK??

Hari ini masih sama seperti semalam. Esok belum tentu lagi..
Aku masih cara titik persamaan itu..
Sebenarnya banyak yang tak sama contohnya semalam pergi kerja pakai baju hijau hari ni dah tukar warna biru pulak....jadi apa yang sama??
Rutin..

Haaaaa..rutin je yang sama..
Bangun pagi mandi-solat-gosok baju-pakai baju-minum susu-start enjin kereta-jalan-buat kerja-pukul 5 balik rumah-mandi lagi-makan-tidur.......
Dalam seminggu benda ni berulang-ulang..dan terus-menerus..
Yang lain cuma menu makanan....baju warna apa...tidur pukul berapa..itu je lah
Tapi kadang-kadang ada juga yang hari-hari sama..contohnya air yang aku minum..yang tu memang sama tiap-tiap hari..hmmmmmmmmm

Bosan ke?? tak juga dah memang tu hidup aku..
kalau orang tanya apa yang aku nak ubah dalam hidup, aku akan jawab aku cuma tak nak dipertemukan dengan deretan backstabber yang ada. Enough!!

Oh ada satu soalan yang aku rasa kelakar..biasanya soalan untuk orang terkenal dan artis la..
"Kalau diberi peluang anda nak jadi siapa?"
"Apa yang awak nak ubah pada diri awak?"

Ada yang kata nak jadi si polan yang merupak idola dia lah..ada yang nak jadi baby je..macam- macam lah..
Bab ubah diri ada yang nak rasa hidung mancunglah..bibir seksi lah..huhu
Tapi bagi aku syukur apa yang ada tak semestinya idola yang kita suka sangat tu hidup bahagia macam kita..
Tak semua orang yang miliki fizikal idaman kita tu sempurna...
Sekurang-kurangnya kita jadi manusia sempurna..cukup sifat
Manusia adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah...
Bersyukurlah sebab tak dilahirkan kurang sempurna macam sesetengah orang...
Suka apa yang kita dapat lebih mudah dari dapat apa yang kita suka...

Jadi kalau hari ni dengan esok masih sama syukurlah...
bayangkan kalau esok kita bangkit dari tidur dunia gelap..Nauzubillah mohon dijauhkan..

Wednesday, February 9, 2011

RASA

Apa yang mereka tahu? Aku yang rasa..aku yang menghadap. Mereka cuma memandang itupun sesekali. tahukah mereka apa yang aku rasa.

Kenapa perlu maki hamun? Mereka fikir aku tak punya rasa sedih,malu,kecewa...
Aku cuma mahu ketenangan waktu ini. Aku mahu mereka jauh dari aku..Aku mahu jauhkan diri dari mereka.
Aku tak mahu hampir kepada derhaka itu...
Kalau itu berlaku lagi aku menyesal...

Cukuplah...
Sudahlah...