Friday, December 3, 2010
HUJAN PUN MENARI..
Alhamdulillah selesai juga akhirnya buku ni. Agak sakit juga jiwa bila menyelami setiap watak yang ada. Kalau orang nak kata emosi terpulang la. Aku cuma menghayati cerita. Satu sebab aku suka baca karya penulis ini adalah dia menceritakan apa yang ada disekeliling kita. Kadang-kadang aku jadi teringat tentang sesuatu bila membaca sesuatu plot dalam novel ni.
Dalam novel ni juga aku temui sesuatu. cinta itu perlu penjelasan verbal bukan setakat memendam rasa kerana mungkin si dia juga punya rasa yang sama terhadap kita tapi ego untuk meluahkan.
Kepada penulis ni aku harap dia akan menulis lebih banyak lagi dan semoga aku diberi kekuatan untuk meneruskan pembacaan novel-novelnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment