Wednesday, December 1, 2010

AUDIT LAH...

Hari ni 1hb..tarikh yang buat aku sikit serabut. Biasa la 1hb banyak la kerja datang bertimpa. Lagi pula ada audit ISO kat hospital. Mahu keras aku kat opis ni. Aku rasa bukan aku sorang tak suka bila ada audit walau sebenarnya tujuan audit ni bagus. Mereka ni nak kembalikan kerja kita supaya ikut "highway" maklumlah kita ni kan suka buat kerja ikut "jalan kampung a.k.a jalan lama" nak shortcut je memanjang. Kalau tak mahu lalui audit semua ni kerja la kat rumah sendiri..Company kalau tak ada ISO susah lah sikit terutamanya bab safety. Jadi lebih baik la lalui audit yang sesekali ni daripada bahayakan diri kerja tempat yang tak selamat.

Nak share sikit pengalaman di tempat kerja lama. Bila ada audit semua pening kepala. Mingkin masa tu kerja yang selalu tertekan buatkan aku rasa menyampah dengan audit. Pada aku auditor ni kerja cari salah orang je. Pengalaman kali terakhir menerima kunjungan auditor sebelum berhenti kerja memang menarik habis. jadi sejarah la sebab aku melawan auditor tu. Bos dah pesan kalau tak puas hati boleh argue tapi biasalah tak kan diorang nak dengar cakap kita. Muka tak usah nak cakap la bengis jek. Ingat aku takut bila buat muka macam tu??lagi menyampah ade lah. Bukan aku nak pandang rendah kerja diorang tapi tak salah manis kan muka. Betulkan tanggapan negatif yang selalu orang umpamakan pada auditor ni. Aku kecewa dengan diorang sebab aku tahu apa yang diorang buat hanyalah berasaskan buku semata-mata. Dunia realiti tak sama. Kalau diorang letakkan diri sebagai kami ni tentu diorang lebih tahu erti tolak ansur. Cara diorang masa tu memang aku tak respek langsung sampai aku tinggalkan opis macam tu aje. Itupun sebab bos aku dah suruh.Bayangkan lah aku kerja 9 to 5 tapi diorang ni sampai pukul 8 malam tak siap-siap lagi.Pulak tu bos aku kata tak ada sapa nak bayar ot aku. Ini bukan soal berkira tapi diorang ni ambil kesempatan buat kerja terhegeh-hegeh sebab nak ot. Sedangkan auditor biasa yang datang tiap-tiap bulan kami bayar RM300 apa lagi yang special macam diorang ni. 1 jam lepas aku tinggalkan opis bos auditor ni call bos aku. Aku malas nak ingat apa yang dia bincangkan. Hal tu tak settle pun sebenarnya. Esok diorang datang lagi nak minta pengesahan aku. Sempat juga nak buat fitnah kata incharge datang kerja lambat sedangkan hari tu aku tengah bercuti. Bos kepada bos aku pun datang hari tu tapi entah aku rasa macam takde makne je.

Kesimpulannya aku memang menyampah dan meluat. Sampai hari ni aku tak suka dengar perkataan audit. Walaupun aku sendiri pernah jadi auditor tapi masih sedar diri. takdelah nak kondem kerja-kerja orang tahap sampah. Please la tugas auditor "menegur" operasi sesebuah syarikat supaya kembali kepada prosedur yang betul bukannya mengorek rahsia syarikat dengan tujuan mencari silap dan menyalahkan individu tersebut. aku bukanlah anti-audit tapi banyak pengalaman buruk yang buat minda aku ni fikir negatif jek. Walau ada yang aku jumpa baik je, tolak ansur tapi jumlahnya sikit sangat dan diorang ni tak popular la sebab tak "mengganas" hahahaha......

No comments:

Post a Comment