Saturday, November 6, 2010

MAAFKAN SAYA...

Semalam mood cuti semua orang. Ramai yang kata "eh macam esok da Ahad lak". Biasalah mood cuti pendek ni macam tak terasa. Malam tadi hubby ajak main bowling dengan kawan-kawan dia. Ini bukan first time la aku ikut dia untuk aktiviti macam ni. Soalan wajib dari aku "diorang ni tak bawak awek ke?". Sebab selalunya bila sampai tempat tu aku sorang la yang lain jantina dalam group. Dah macam vokalis utama lak..hehehe. Kali ni jawapan hubby lain sikit "takde..diorang malu-malu, saya je tak malu mengurat awak sebab tu kawin dulu" hahahaha...suami oh suami ada-ada aje. Dalam group tu kami je yang yang dah kahwin jadi aku bosan sikit la tak ada geng nak sembang dan kawan-kawan yang lain tu cover line perangainye. Segan sebab ada aku kot. agaknye lah.

Dari mood ceria bertukar jadi gelisah. Sebab aku terserempak dengan seseorang.Masa mula-mula ternampak aku macam ye tak ye je. Tapi aku mula yakin bila dia dan kawan-kawan yang lain sengaja lalu 2-3 kali depan kami. Paling jelas bila aku dan hubby duduk tempat penonton di sebelah atas. Dia seorang je yang naik dan lalu tangga sebelah tempat aku duduk. Kawan dia semua lalu tangga yang lagi satu. Lepas ambil kasut bowling aku pusing je nak gerak dari situ tiba-tiba depan aku kawan dia tengah berdiri tegak tengok aku. Aku kenal dia tapi aku tak boleh nak tegur. Jadinya kami bertembung macam tak kenal satu sama lain.

Banyak persoalan yang terlintas dalam kepala aku. Kalau betul apa yang aku dengar dulu mungkin aku tak jumpa dia sorang macam tu. Entah lah malas nak fikir. Tujuan aku datang nak main bowling. Kuasa Allah aku ditemukan dengan dia. Punyalah luas tempat..kat sini pula boleh terserempak. seingat aku dia tak duduk kawasan ni. Patutlah kebelakangan ni aku teringat dia rupa-rupanya nak terjumpa. Kepada dia..aku nak minta maaf. Bukan sombong tapi ada hati yang perlu dijaga.

Kalau dia membaca entri aku hari ni, aku harap dia maafkan aku kerana tak menegur semalam. Bukan bermakna aku  benci selepas apa terjadi antara kita. Aku dah maafkan dia. Cukuplah jangan simpan dalam hati, kita sama-sama dah dewasa dah ada arah tuju hidup sendiri. Biarlah aku bahagia dengan pilihan hidupku sekarang. Doakan yang baik-baik sesama kita. Aku cuma mahu ingat apa yang baik-baik saja tentang kita. Segalanya baik-baik saja untuk selamanya. 

Kepada Mydear..saya tak mahu awak salah sangka. Antara kami memang pernah ada sesuatu melibatkan hati dan perasaan. Dia cinta pertama saya.Takkan ada perempuan yang boleh lupakan cinta pertamanya. Saya juga percaya awak juga pernah ada rasa yang sama. Kadang-kadang terbersit rasa cemburu dihati bila awak bercerita tentang dia. Saya tak mahu awak merasa seperti itu. Jadi biarlah apa yang saya nampak semalam berlalu begitu saja. Biarlah kisah itu berlalu bersama masa yang meninggalkan kita kerana saya mahu menuju masa hadapan dengan hati yang tenang bersama awak.

No comments:

Post a Comment