Saturday, November 13, 2010

HATI...

Kenapa susah hati?? Masalah? memang sentiasa ada. Perempuan ni naluri nya kuat tapi banyak dipengaruhi emosi. Mungkin sebab tu ramai yang tak setuju bila wanita jadi pemimpin. Bila emosi menguasai diri maka keputusan yang dibuat jadi tak rasional.

Dalam hadis ada menyebut "dalam tubuh manusia ada seketul daging,jika ianya baik maka baiklah manusia itu tapi kiranya tidak maka berlaku sebaliknya" (betulkan aku jika silap). Bagi aku hati itulah yang membentuk perasaan. Segalanya terkandung disitu. Sebab tu bila marah kita akan cakap "sakit hati". Bila orang dengki pada kita, kita akan kata "apasal sakit hati?" atau "kenapalah busuk hati sangat " Mana ada ada orang cakap "sakit la perasaan marah aku ni?" Ade? Baik-baik tengah marah jadi lawak pula dengar ayat tu.

Allah mencipta perasaan itu dengan halus dan sempurna tapi kita manusia yang selalu terhasut bisikan syaitan. Maka wujudlah unsur-unsur "sakit hati" tu tadi. Sebagai manusia biasa aku juga merasai benda yang sama. Cuma selalunya kita akan rasa "hati disakiti" lebih dari "menyakiti hati" orang lain. Lumrah manusia kan. Salah sendiri tak nampak salah orang semua jelas di mata.

Apa la sebenarnya yang aku nak cerita ni???Aku sedang menenangkan hati kerana marahkan seseorang. Jadi dengan menulis ni aku rasakan ianya jadi terapi terbaik untuk aku melepaskan perasaan. Tak guna menjerit-jerit kan. Umpama anjing menyalak bukit..bukit tak kan runtuh pun. Sabar..dan terus bersabar...Aminn

No comments:

Post a Comment