Ya memang rumah dah berhabuk sama macam otak aku yang berabuk sebab kerja salah bidang nih.
Alih-alih tengok kalendar tarikh dah menginjak sebulan.
Alih-alih rasa makin tua....
Alih-alih rasa aku makin gemuk....
Dan tak semena-mena semalam dapat sms yang menyakitkan hati...
Aduh..apa lagi la perempuan ini..
Cukup sudah apa yang ada. Aku tak mahu terperangkap lagi. Biarlah kau kenang sendiri..kau nilailah sendiri. Siapa dia...
siapa aku.....
siapa engkau.....
Hari ini aku tak mahu tahu lagi. Jauhkan kisah semalam dari pendengaranku. Aku mahu mahu bernafas bebas seperti yang lain...senyum indah semanis madu walau pahitnya mengenangmu umpama aku mengunyah hempedu
.