Tuesday, April 19, 2011

SUDAH

Semuanya sudah berlaku. Tak perlu nak kalau berkalau. Insaf sendiri sudah. Lepas ni sudah-sudahlah mengenang nasib. Pandang ke depan. Fikir apa nak buat untuk penuhi hajat.

Emmm...masih belum terlambat untuk menyudahkan apa yang dah dimulakan.

Makin lama makin ringkas aku menulis di sini. Mungkin malas sudah menjengah. Idea pun barangkali sudah kering atau paling senang sudah malas mahu memerah akal.....

Bak kata orang yang sudah tu sudah la...jangan dikenang jangan di kusutkan lagi minda yang serabut. Biar je berlalu sebab lagi difikir lagi hati tak tenanng. Bila hati tak tenang mula diserang minda emosi tak terkawal. Sudahnya sendiri yang susah...

Sekurang-kurangnya nyawa masih ada..nafas masih selamba..syukur...syukur..Alhamdulillah

Thursday, April 7, 2011

PADA SIAPA

Tiada siapa yang mahu mendengar..dia juga seolah-olah tak mahu mendengar aku.
Aku sepi..sendiri..rasa mahu mati.

Kenapa semuanya jadi begini. Aku benci.

Arah mana aku nak pergi..semua tidak memihak padaku. Aku mahu terbang tapi tak punya sayap. Mahu bertongkat tapi tak mampu mencarinya.

Aku mahu cari ketenangan..

Monday, April 4, 2011

BIAR JAUH DI MATA

Pada dia aku harapkan biarlah cuma jauh dimata. Aku tak sanggup menghadapi segala yang ada. Apa yang berlaku memang menyentak hati kecilku.

Pergilah jauh, aku relakan...