Monday, November 16, 2009

Hujan...



Minggu ni hujan asyik melanda....dari dlu aku suka sgt time hujan g jln2. Sebelum aku beli kereta aku suka naik bas masa hujan ni..waktu2 cmni aku jadi rindukan semua kenangan manis..hehehe kuat berangan la senang cerita. Tapi naik bas ni xbesnye tak boleh berhenti sukahati hahaha..pastu dgn keadaan bas yang sarat dengan macam2 bau ..huhu memang potong mood berangan aku.
Sekarang ni bila hujan aku rasa mood aku mula jadi baik.sejuk gaknye.Semalam pun sempat aku tidur petang (da lama tak buat) maklum la cuti nak kuar pun rasa malas je. aku tersedar bila kedengaran bunyi azan dari laptop aku..ingatkan dah maghrib rupanya baru asar..huhu maklumla masa tu cuaca dah samar2.

Saat2 aku paling rindu masa aku dok jb dulu. masa tu rempit lagi hahaha..bila hujan2 ni aku redah je.nak pulak masa tu balik kje memang aku dengan seronoknye meredah hujan. bagi aku saat2 macam tu susah nak dapat. tapi bila part hujan nak pegi keje memang la tension sikit sebab nak bungkus semua benda..kaki pulak toksah cakap dia punye gatal kne air lecak memang tak terkata. Kaki aku memang alah sikit bila balik rumah biasa ku rendam dalam air suam campur garam pastu sental la ngan berus baru la rasa lega sikit. Kalau tak mau 1 malam dok menggaru sedar2 dah pagi pedih je(dah melecet la 2) hahaha....
ada satu insiden tu aku menangis dalam hujan..masa tu memang tengah sedih pastu tiba2 hujan lebat ..apalagi aku pun hujan air mata la..bila ingat2 balik aku rasa waktu tu aku memang hidup untuk diri aku sendiri.takde sape2.aku putuskan hubungan dengan semua kawan2 aku. Aku rasa letih sangat nak mengadap kerenah diorang semua..Satu2 nya kawan kau pun dah takde masa tu.Aku memang elakkan jadi rapat dengan sesiapa. Bagi aku cukup la sakit yang aku rasa bersama kawan2 dulu.Tak kisah siapa salah atau benar biar aku yang menjauh..just want everything back 2 normal.

Hidup keseorangan memang mencabar tapi aku akan kembali ke daerah itu bersama sesuatu yang tak pasti.Mungkin ada sesuatu yang aku telah tinggalkan di sana mungkin juga ada yang merindukan aku..emm mungkin..


Friday, November 13, 2009

Derita Merindu.....

Kau katakan cinta gunakan akal
Bila aku gunakan, kau yang menyangkal
Bagaimana nak kekal
Kau katakan cinta gunakan minda
Bila aku gunakan, kau yang tak percaya
Bagaimana nak bahagia

Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai

Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu
Tak ku kenal lagi engkau siapa


Dan aku cuba sedaya upaya
Telah ku usaha dengan sepenuh jiwa
Bagaimana hendak ku lupa
bayangan wajahmu selalu di depan mata
harum baumu masih dapat ku hidu
Bagaimana ingin aku membencimu
Jikalau setiap hari merindu
Sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahagia..
Aku pilih derita..

Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa

Mungkinkah esok atau lusa walau biarpun lama
Akan ku biar tiada ku tetap kan setia
Entah bila akan tiba sampai jua harimu yang sama
Esok seperti semalaman yang tak berubah

Kaulah tanda tanya.. kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena dikejut igau semula
Kaulah tanda tanya.. kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena dikejut igau semula


Seandainya kau berada di depan mata
Mudah untuk aku berkata-kata
Supaya dapatku melihat seraut wajahmu
Walaupun belum tentu kau mahu bertemu
Apalagi memandangku
Setelah ku turutkan segala kemahuan kau mainkan perasaan
Begitu mudah kau ucapkan terimalah saja kenyataan..
Aku masih terkilan

Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai

Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa

Jika kau dapat memahami hati seorang perindu
Baru kau tahu derita hatiku
Jika suatu hari nanti giliran kau merindu
Baru kau ingat derita diriku
Segala yang berlaku bukan kemahuanku
Apa gunanya bahgia
Jikalau bahagia bersamamu hanyalah untuk sementara waktu
Aku pilih derita merinduimu

Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai

Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa

Wednesday, November 11, 2009

makan gemuk....tidur gemuk...

Perempuan memang takut gemuk..betul ke? kenyataan nya memang macam tu. makn pun pilih2.makn sikit2 tu belum lagi yang hari2 pegi gym..hahaha..sanggup berhabis duit untuk nampak cantik..hmmm berbaloi ke???Apa sebenarnya yang mereka cuba buktikan pada orang2 sekeliling? ada yang kata nak tawan hati suami(ni yg da kahwin la) tapi kalu yang belum lak kata gemuk tu tak cantik..tapi diorang ni lupa agaknya oarg gemuk pun boleh popular jugak. kalu dah jalan kena tiup angin pun rasa nk rebah ape guna?

Monday, November 9, 2009

Teringat...

Lama dah tak menulis..kering idea.hahaha. Sebenarnya malas senang cerita..Lepas 3 bulan tiba2 aku teringat nak jd blogger balik itu pun lepas aku terjumpa 1 blog seseorang yang aku tak kenal tapi aku nak kenal ibu saudaranya..hahaha pelik kan. Ntah apa2 la aku ni. Da mula merepek sikit. Aku ngantuk ni maklum la semalam x boleh tdo. pukul 2 terjaga kaki krem @ kata mak aku "simpul biawak"(penyakit bawaan biawak ke?) hehehe..lepas tu pukul 4.30 dah terjaga dan terus x boleh tdo. Terus la bangun buat apa yang patut.
Anyway hari ni aku nk citer lain sebetulnye..da merepek sampai ke penyakit bawaan biawak lak hahaha..Aku teringat masa aku form 1 zaman2 aku mula bersemangat nk belajar(masa darjah 6 aku malas coz .....len kali cter)masa tu favourite subject aku geografi. Kenap aku ske subjek tu? sebab cikgu yang mengajar tu tak buat aku boring. Masuk je kelas dia suruh duduk dalam group campur melayu & cina (kelas aku xde india) memang konsep 1 Malaysia dah mula lame hehehehe..Cikgu ni suka buat kuiz dan seingat aku selama setaun x penah aku tengok dia baca buku depan kitorang. Tapi apa yang dia ajar betul2 melekat kat kepala aku ni.tiap kali exam aku dpat A+ best sgt rasanye. tapi student lain semua x suka dia sebab dia suka marah2. Tapi bagi aku dia marah bertempat..contohnya kalau x siap kje dia bagi siaplah..memang kena maki hamun tahap dewa punyalah. Sampaikan dia dapat gelaran "cikgu tenuk" disebabkan dia suka panggil student yang malas ni "tenuk" hahaha..
Disebabkan dia lah aku semangat nak belajar. Untuk penggal pertama exam aku berjaya tersenarai top 20. masa tu result ditampal kat laluan ke library..bangga gak masa tu sebab aku "ranking" ke 12 dari 360 student pas2 aku 1st malay girl dalam ranking tu yg top of coz la chinese kan..result ni buat kawan2 buka mata..emm mase tu ada kawan yang menjauh ade gak yg tbe2 dkt hahaha biasa la tu.
aku harapkan apa yang berlaku masa tu akan berjalan lancar hingga ke hujung tahun. hhmmmm....semuanya punah.aku harapkan hadiah dari guru2 atas kecemerlangan aku tapi...hampeh la kata orang.Punca2 aku tak dapat hadiah
1. Geografi-score 88 mark je yg dpt hadiah mark 98..huhu aku kalh sbb folio x cantik(maklumla xde modal nak beli kertas yg baik sikit)
2.Pendidikan Islam-score 100% tapi Ustaz tu tak sediakan hadiah pun untuk subjek ni.
3.Bahasa Melayu-Aku dikalah kan oleh seorang sahabat yg berbaik rupanya mencuri ilmu penulisanku.Curi idea pas2 ubah so berjaya la (kreatif kan dia??)
4.Subjek lain aku lulus markah tinggi tapi ade student lagi hebat la..
last paling sedih sebab aku tak dapat hadiah dari guru tingkatan aku sendiri..masa kategori tu diumumkan kawan2 da usik2 aku kne balik pikul hadiah besar..hahaha tapi hampeh jugak waaaa...sedih betul..dalam hati aku masa tu memang cukup segala maki hamun sumpah seranah berbakul2 kat cikgu pompuan ni..kedekut, Aji Bakhil, taik idung masin,cheapskate dan ntah apa2 lg aku maki dia(tapi dalam hati jela). Jealous tahap gaban aku tengok kelas lain semua dapat hadiah dari cikgu diaorang..nak tau tak kategori apa???? jeng..jeng..jeng..ANUGERAH PELAJAR KEHADIRAN PENUH..sedih betul aku masa tu rasa tak berbaloi demam2 dtg skola tu belum kes kne denda sbb bas dtg lambat. Memang aku nyampah dengan cikgu 2..hahahaha ntah mana dia skrg aku rasa da duk uma pencen kot....agk2 dia nyesal tak sbb tak bg hadiah kat aku dlu..hahahahaha