Monday, November 16, 2009

Hujan...



Minggu ni hujan asyik melanda....dari dlu aku suka sgt time hujan g jln2. Sebelum aku beli kereta aku suka naik bas masa hujan ni..waktu2 cmni aku jadi rindukan semua kenangan manis..hehehe kuat berangan la senang cerita. Tapi naik bas ni xbesnye tak boleh berhenti sukahati hahaha..pastu dgn keadaan bas yang sarat dengan macam2 bau ..huhu memang potong mood berangan aku.
Sekarang ni bila hujan aku rasa mood aku mula jadi baik.sejuk gaknye.Semalam pun sempat aku tidur petang (da lama tak buat) maklum la cuti nak kuar pun rasa malas je. aku tersedar bila kedengaran bunyi azan dari laptop aku..ingatkan dah maghrib rupanya baru asar..huhu maklumla masa tu cuaca dah samar2.

Saat2 aku paling rindu masa aku dok jb dulu. masa tu rempit lagi hahaha..bila hujan2 ni aku redah je.nak pulak masa tu balik kje memang aku dengan seronoknye meredah hujan. bagi aku saat2 macam tu susah nak dapat. tapi bila part hujan nak pegi keje memang la tension sikit sebab nak bungkus semua benda..kaki pulak toksah cakap dia punye gatal kne air lecak memang tak terkata. Kaki aku memang alah sikit bila balik rumah biasa ku rendam dalam air suam campur garam pastu sental la ngan berus baru la rasa lega sikit. Kalau tak mau 1 malam dok menggaru sedar2 dah pagi pedih je(dah melecet la 2) hahaha....
ada satu insiden tu aku menangis dalam hujan..masa tu memang tengah sedih pastu tiba2 hujan lebat ..apalagi aku pun hujan air mata la..bila ingat2 balik aku rasa waktu tu aku memang hidup untuk diri aku sendiri.takde sape2.aku putuskan hubungan dengan semua kawan2 aku. Aku rasa letih sangat nak mengadap kerenah diorang semua..Satu2 nya kawan kau pun dah takde masa tu.Aku memang elakkan jadi rapat dengan sesiapa. Bagi aku cukup la sakit yang aku rasa bersama kawan2 dulu.Tak kisah siapa salah atau benar biar aku yang menjauh..just want everything back 2 normal.

Hidup keseorangan memang mencabar tapi aku akan kembali ke daerah itu bersama sesuatu yang tak pasti.Mungkin ada sesuatu yang aku telah tinggalkan di sana mungkin juga ada yang merindukan aku..emm mungkin..


Friday, November 13, 2009

Derita Merindu.....

Kau katakan cinta gunakan akal
Bila aku gunakan, kau yang menyangkal
Bagaimana nak kekal
Kau katakan cinta gunakan minda
Bila aku gunakan, kau yang tak percaya
Bagaimana nak bahagia

Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai

Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu
Tak ku kenal lagi engkau siapa


Dan aku cuba sedaya upaya
Telah ku usaha dengan sepenuh jiwa
Bagaimana hendak ku lupa
bayangan wajahmu selalu di depan mata
harum baumu masih dapat ku hidu
Bagaimana ingin aku membencimu
Jikalau setiap hari merindu
Sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahagia..
Aku pilih derita..

Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa

Mungkinkah esok atau lusa walau biarpun lama
Akan ku biar tiada ku tetap kan setia
Entah bila akan tiba sampai jua harimu yang sama
Esok seperti semalaman yang tak berubah

Kaulah tanda tanya.. kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena dikejut igau semula
Kaulah tanda tanya.. kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena dikejut igau semula


Seandainya kau berada di depan mata
Mudah untuk aku berkata-kata
Supaya dapatku melihat seraut wajahmu
Walaupun belum tentu kau mahu bertemu
Apalagi memandangku
Setelah ku turutkan segala kemahuan kau mainkan perasaan
Begitu mudah kau ucapkan terimalah saja kenyataan..
Aku masih terkilan

Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai

Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa

Jika kau dapat memahami hati seorang perindu
Baru kau tahu derita hatiku
Jika suatu hari nanti giliran kau merindu
Baru kau ingat derita diriku
Segala yang berlaku bukan kemahuanku
Apa gunanya bahgia
Jikalau bahagia bersamamu hanyalah untuk sementara waktu
Aku pilih derita merinduimu

Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai

Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa

Wednesday, November 11, 2009

makan gemuk....tidur gemuk...

Perempuan memang takut gemuk..betul ke? kenyataan nya memang macam tu. makn pun pilih2.makn sikit2 tu belum lagi yang hari2 pegi gym..hahaha..sanggup berhabis duit untuk nampak cantik..hmmm berbaloi ke???Apa sebenarnya yang mereka cuba buktikan pada orang2 sekeliling? ada yang kata nak tawan hati suami(ni yg da kahwin la) tapi kalu yang belum lak kata gemuk tu tak cantik..tapi diorang ni lupa agaknya oarg gemuk pun boleh popular jugak. kalu dah jalan kena tiup angin pun rasa nk rebah ape guna?

Monday, November 9, 2009

Teringat...

Lama dah tak menulis..kering idea.hahaha. Sebenarnya malas senang cerita..Lepas 3 bulan tiba2 aku teringat nak jd blogger balik itu pun lepas aku terjumpa 1 blog seseorang yang aku tak kenal tapi aku nak kenal ibu saudaranya..hahaha pelik kan. Ntah apa2 la aku ni. Da mula merepek sikit. Aku ngantuk ni maklum la semalam x boleh tdo. pukul 2 terjaga kaki krem @ kata mak aku "simpul biawak"(penyakit bawaan biawak ke?) hehehe..lepas tu pukul 4.30 dah terjaga dan terus x boleh tdo. Terus la bangun buat apa yang patut.
Anyway hari ni aku nk citer lain sebetulnye..da merepek sampai ke penyakit bawaan biawak lak hahaha..Aku teringat masa aku form 1 zaman2 aku mula bersemangat nk belajar(masa darjah 6 aku malas coz .....len kali cter)masa tu favourite subject aku geografi. Kenap aku ske subjek tu? sebab cikgu yang mengajar tu tak buat aku boring. Masuk je kelas dia suruh duduk dalam group campur melayu & cina (kelas aku xde india) memang konsep 1 Malaysia dah mula lame hehehehe..Cikgu ni suka buat kuiz dan seingat aku selama setaun x penah aku tengok dia baca buku depan kitorang. Tapi apa yang dia ajar betul2 melekat kat kepala aku ni.tiap kali exam aku dpat A+ best sgt rasanye. tapi student lain semua x suka dia sebab dia suka marah2. Tapi bagi aku dia marah bertempat..contohnya kalau x siap kje dia bagi siaplah..memang kena maki hamun tahap dewa punyalah. Sampaikan dia dapat gelaran "cikgu tenuk" disebabkan dia suka panggil student yang malas ni "tenuk" hahaha..
Disebabkan dia lah aku semangat nak belajar. Untuk penggal pertama exam aku berjaya tersenarai top 20. masa tu result ditampal kat laluan ke library..bangga gak masa tu sebab aku "ranking" ke 12 dari 360 student pas2 aku 1st malay girl dalam ranking tu yg top of coz la chinese kan..result ni buat kawan2 buka mata..emm mase tu ada kawan yang menjauh ade gak yg tbe2 dkt hahaha biasa la tu.
aku harapkan apa yang berlaku masa tu akan berjalan lancar hingga ke hujung tahun. hhmmmm....semuanya punah.aku harapkan hadiah dari guru2 atas kecemerlangan aku tapi...hampeh la kata orang.Punca2 aku tak dapat hadiah
1. Geografi-score 88 mark je yg dpt hadiah mark 98..huhu aku kalh sbb folio x cantik(maklumla xde modal nak beli kertas yg baik sikit)
2.Pendidikan Islam-score 100% tapi Ustaz tu tak sediakan hadiah pun untuk subjek ni.
3.Bahasa Melayu-Aku dikalah kan oleh seorang sahabat yg berbaik rupanya mencuri ilmu penulisanku.Curi idea pas2 ubah so berjaya la (kreatif kan dia??)
4.Subjek lain aku lulus markah tinggi tapi ade student lagi hebat la..
last paling sedih sebab aku tak dapat hadiah dari guru tingkatan aku sendiri..masa kategori tu diumumkan kawan2 da usik2 aku kne balik pikul hadiah besar..hahaha tapi hampeh jugak waaaa...sedih betul..dalam hati aku masa tu memang cukup segala maki hamun sumpah seranah berbakul2 kat cikgu pompuan ni..kedekut, Aji Bakhil, taik idung masin,cheapskate dan ntah apa2 lg aku maki dia(tapi dalam hati jela). Jealous tahap gaban aku tengok kelas lain semua dapat hadiah dari cikgu diaorang..nak tau tak kategori apa???? jeng..jeng..jeng..ANUGERAH PELAJAR KEHADIRAN PENUH..sedih betul aku masa tu rasa tak berbaloi demam2 dtg skola tu belum kes kne denda sbb bas dtg lambat. Memang aku nyampah dengan cikgu 2..hahahaha ntah mana dia skrg aku rasa da duk uma pencen kot....agk2 dia nyesal tak sbb tak bg hadiah kat aku dlu..hahahahaha

Thursday, August 6, 2009

IKLAN....

Sekarang ni macam-macam cara orang buat iklan. maklumlah ekonomi merudum ramai yang kawal bajet. Maka wujud la pelbagai strategi pengiklanan. Cuba korang bayngkan cmne keadaanye kalau kita berada dalam situsi macam dlm gambar tu. Tergamak ke korang pijak lantai eskalator tu nak pulak iklan makanan...huhu....sedey tol









Monday, August 3, 2009

Kalau dah banyak duit...

manusia ni memang macam-macam perangai kalau nak perhatian orang.
Kalau diberi peluang pun lom tentu aku nak g tempat ni. Tengok la sendiri kalau rase2 nak pegi






AMACAM ADA BRAN???? HAHAHAHA.....

Wednesday, July 29, 2009

Bag lagi...

Meh layan gambar beg. malas nak menulis.....


Monday, July 27, 2009

sakit kaki ...

Pagi2 bangun tidur rasa kejang kaki...hahaha..nilah penangan shopping semalam. Niat nak jumpa kawan jadi tershopping lak.Hehehe...boleh ke kata "ter". Semalam jalan tak ingat. pagi ni ni adoi..la sakit kaki. Naib baik la setakat Alamanda je kalau pergi Mid ke..Pavilion ke.. mau mc ari ni..huhu..

entah apa yang ada dalam kepala aku, tiba tergerak nak jumpa seorang kawan..drive 2 jam sampai rumah dia. emmm...mula2 cuma nak lepak2 kat area Putrajaya je pas2 entah camne aku terasa nak cari beg. ada 2 pilihan nak g Alamanda atau Sunway Pyramid. aku pilh Alamanda sbb lg dekat lagipun Sunway Piramid aku malas crowded je.. Member aku ni plak x suka bersesak. Mula2 pegi Al-ikhsan..tengok2 je pas2 aku ckp nak cari sling bag yang sporty..jadi kami masuk la kedai2 yang terpandang bag kat dalam nye. Aku tak tau la samada aku yang tiba2 jadi cerewet ataupun bag yang aku nak 2 da xde stok.hahaha..

Ada 1 kedai kami jumpa bag Nike tapi kaler Oren..emmm..not my taste. masuk la 1 kedai lain jumpa 1 lagi bag Nike kat model patung..kali ni kaler putih lak. saiz kecik sikit la.then kitorang decide nak cari tempat lain dulu. Pusing punye pusing x jumpa la yang lg best dari 2 bag Nike tadi...patah balik pegi kat kedai yang jual bag nike putih tadi..pehh..dah xde..huhu. Aku pown tnye kat salesgirl dye.."Dah abis dik baru je org beli" huahuahua..tensen la cmni. member aku da start gelak..sedih btul.

Akhirnya aku da mls nk pk..so pegi balik kedai yg jual bag Nike oren td just nk tnye kot2 ade kaler len kan..tapi xde jugak. emmm..x de rezeki la ari ni..huhuhu.. Jalan punye jalan singgah lagi kat kedai yang jual bag Deuter..cantik..harga pown bole tahan la kan. Member aku usha Deuter Office ngan Deuter laptop. Cantik la..mcm nk beli pown ade. Pas2 dia bole nmpk 1 sling bag kaler light blue...besar sikit dari sling bag Nike putih td..emm..dia kater nampak ganas la plak kalau aku pakai. Tapi nampak best la..banyak compartmen..kalis air..then aku terus kata ok je..tawar-menawar dapat la kurang RM5. Ok la kan x sia2 pegi Alamanda dpt beli bag...

Dah penat shopping baru rase haus..beli air pas2 lepak jap kat luar tepi secret recipe..sembang2 then pk menu nak mkn...Keputusannya kami beli tapau mkn kat tasik putrajaya. Beli x hengat...cam ramai jek. Mula2 beli pizza regular ngan seafood lasagna..then member aku kater nk fries so dia pegi q kat mcD..then beli ice lemon tea 2 botol kecik. masa nk mkn trase mengah lakan..mau x da la nk abiskan pizza pas2 nk mkn lasagna xde sudu..terpaksa la pakai idea kretif gunakan straw..hahaha..cian.
Baru aku perasan member aku ni tadi bkn takat beli fries je tapi dia beli set mcValue lunch nugget + Fries + coke. Pastu boleh lak add 1 lagi fries..adoyai mcm x pnh jupe makanan..hahaha.. Pas2 dia boleh ckp " Ni semua makanan menggemukkan" , "Nampak gemuk x?" aku gelak je la..da mkn takkan nak luah plak..rezeki 2 beli pakai duit bukan free gift ke apa..so nak x nak kena la usaha makan smpai abis.Membazir kwn syaitan taw...

Saturday, July 25, 2009

wabak....

semalam seorang kawan bagitahu mungkin Uitm akan ditutup minggu depan...dapat la cuti. Malam tadi plak berita da umumkan Uitm kne cuti sem awal sbb wabak H1N1.Emmm....rasional nye kat sini mmg patut la cuti ni dilaksanakan sbb mrncegah lebih baik dari msngubati. lagipun org kita ni mmg susah nak dibentuk mindanya. Yelah dah kata kena kuarantin kat rumah tapi masih lagi dgn senang hati duk jln2 g shopping...x paham gaknya adah suruh duk uma 2 jgn la merayap sebarkan virus...duk diam2 sudah..

Sekarang ni apa yang aku tahu wabak ni dah sampai tahap 6 pandemik..dari apa yang aku tahu tahap ni mmg da boleh kategori kritikal la kan..sampaikan kne kuarantin kat rumah..IPT kena tutup. Hmmm..ape sbnrnya dah jadi dgn dunia ni...mungkin ini sedikit ujian dari Allah.Doa la byk2 moga kita terhindar dari segala yang buruk.Aminnnn

aku tak nak komen byk2 sbb takut salah paham lak..tak pasal2 msuk penjara sbb salah info atau salah kata..aku pun tak ada mood sangat nak menulis tapi tak tau lah aku rasa nak juga menulis...layan gambar je lah buat tenang2 kan hati yang ribut..huhuhu...





Thursday, July 23, 2009

tension...

Pagi2 mood da x baik.Aku sakit kepala x bole tido mlm td. Nape la mslh dtg skrg ni. Aku x tau nk watpe dah. nk menulis pown xde idea..malas bertimbun2.

Tuesday, July 21, 2009

RETRO.....

Minggu ni sibuk pikir psl retro...psl pe ?psl bulan depan de outing pas2 de dinner yg pakai tema retro. Ntah sape nye idea la nk wat camni..best mmg la best tapi yang x best terjadi kat org yg x reti nk berfeyen cam aku ni...pehh..pening la kan.

Dalam kepala ni cuma terpikir polka-dot je..hahaha...kalau aku pakai silap2 jadi badut plak.baik2 nak bergaya kne ketawa plak...

anyway ade la pic yg dorg bg wat panduan utk aku yg ala2 buta fesyen nih..huk..huk..huk...



ok tak klu pakai baju cmni....hmmmmm

baju ni ke??


yang ni??

Wednesday, July 15, 2009

Hari yang lesu....

Kenapa lesu??sbb pagi2 da hujan akibatnya aku bangun pkul 7..huh..terlajak la plak.
sudah la mlm tadi terpaksa mungkir janji dengan seorang kawan..aku janji akan telefon dia sembang2 kosong tapi nk wat cmne..xde rezeki

Camni citernya...ptg smlm aku da janji nak telefon dia sbb hari smlm aku tertinggal phone kat rumah...balik je kje aku tengok telefon 2 ok je..lpas maghrib aku tgok phone xde line plak???? Ah sudah...ni da kes berat..da janji lak 2..aku tuka simkad ke phone lain same gak...sah! simkad ni masalah..Adoi naik pening aku pk cmne nk bgtau member ni..akhirnya aku tertido dengan kepala yang serabut...nga sedap2 tdo
tbe2 aku dgr msj msuk..bertalu2...rupenye semua msj pending da msuk...huhu...taw x bpe byk???? 25 msj taw x??...peh..20 msj miskol 5 msj dr mbr aku2 ...huhu cian dye...

Pagi ni aku bc paper..terbaca kes bunuh student UIA..emmmm pas2 aku ngan member boleh chat psl kes 2 plak...cian umo baru 22 da nk kne hukum gantung..meraung la fmly dye..cian la plak tapi kalau aku fmly mangsa mungkin lain perasaannya kot..ntah la..

Last skali aku dapat jadual outing bln depan...tdo Hyatt Kuantan...tepi teluk cempedak 2 syok wooo....harap2 x boring

Tuesday, July 14, 2009

Drift....drift....drift

Hujung minggu lepas aktiviti penuh la...hari sabtu pesta makan buah-buahan tempatan kat rumah atuk. Byk betul buah...rambutan..manggis (best giler)..cempedak...durian (ops itu tak mkan ea..) huhu...pening jap.

Tapi yang best hari ahad aku pergi tengok drift. Dapat duk dekat2 tepi trek (siap mkn habuk lagi)..dapat dating sekali...huhu..yang tu tak termasuk dalam agenda hujung minggu. Sambil menyelam minum air kata org..sebelum ni cuma lalu je tepi trek tapi kali ni siap duk tggu.. Mula2 ingatkn demo je rupanye ade game so best la kan....

Kali ni kira 1st time buat kat Muar..nsib baik la tempat dia buat boleh kategori kan ok la..maklum la kat padang kawad Maktab PDRM memang la sesuai. tak kan nk buat kat stadium plak kan...
mula2 sekali aku rse best sbb mse msuk je anggota polis kat pintu masuk muka dah senyum ramah..sejuk hati aku maklum la kdg2 bile ada event camni anggota yg bertugas da penat 2 yang marah2 (agaknye la....)

Pas2 aku g parking...ok la xde r teruk sangat..jalan masuk utama tepi trek mmg xley parking ade je anggota yang kawal so jalan pown x sesak...
Jumpa la cik abg aku kat tepi trek 2...dia kata ptut mula pukul 2 tapi masa 2 diorang baru nk wat demo...mula2 adegan kejar mengejar antara PDRM ngan 1 keta drifter..ceh dye pnye drama mmg klaka skit...mula2 keta drifter ni bwk giler2 r pas2 ade 1 wira PDRM kejar..bila drifter 2 slow baru la wira dpt kejar...last dtg lagi 2 waja PDRM block keta 2 pas2 kuar la Anggota nk g tgkp drifter ni yg klakar 2 ade 1 Pak Polisi suda tersungkur dek tersepak member sndri so ape lagi 1 padang kawad 2 gelakkkan dye...mamat kat tepi2 padang ni lagi la xley blah...gelak cam gaban huhuhu.....(aku pun gelak gak)

Abis je drama "Gerak Khas" tadi 2 ade plak demo dr sorg minah ni....mc 2 bgtaw r umo baru 19 skrg amik course bussiness kat Cosmo..baru je 3 bulan train..mcm2 la pujian melambung dok d bgtaw..VIP yg dok kat atas pown bole turun salam ngan dye...peh bangga la kan...minah ni pown ajak anak datuk yg dok atas 2 naik keta dye mse demo 2...pusing2 la kat dpn pentas 2..wat no 8..da abis pusing naik atas keta lambai kat sume org plak...Bf aku kate klu bapak dye kaya konpem dye pown bole jd cm minah 2 coz mc kt c 2 pown bgtaw pasni minah 2 takeover bisnes keta bapak dye..emmm ptot r baru 19 da bole jd drifter..
Rezeki org..tapi yg x besnye mse da dkt2 semi final 2 aku ngn mbr aku nk g toilet nmpak la minah td bwk keta dye kuar..selisih r nk jd member cmni...lalu kat sebelah senyum pown x...muka ketat giler..padahal dye nmpk kitorg pas2 trus tgok tmpt lain...pehh..ckup2 la..rmbut da la cm baboon.....kan x psl2 aku da ngumpat....huhu

tgok pnye tgok...da kul 0715 tp baru smpy best 8 so break sbb maghrib pas2 sume pakat balik kecuali yg dpt g semi....Aku pown x tau camne susunan majlis ni smpy terlajak cmni. Team yg msuk dtg dari JB n ade gak Singaporean so spe nk tggu smpy ke mlm. Esok da Isnin ari kje mmg blah cm2 je r...x taw la pe jd ngan hadiah kat c2. Ape yg aku dpt taw semua drifter dpt hadiah..ade hadiah novice..xpert..best drifter..best performance..huh byk 2..tp 1 hadiah pown x bg lagi n ramai da blah je..

aku pown balik r sggh jap cari kasut..tension giler xde saiz lak....da la offer Crocodile lak 2..sudahnya g makan pizza je...Alhamdulillah kenyang....

Thursday, June 25, 2009

EMO...

Korang slalu emo tak...ni nk ngumpat sikit ari ni member yang aku kata mulut p***a tu dah emo cam cipan..
Pehh..nyampah gile2 aku ari ni...nk sumpah jadi monyet pown ade cuma aku ni xde kuasa sumpah orang je...
Puncanya senang je..aku nk sape2 yang baca blog aku ni nilai sendiri samada aku yang salah atau dia 2 yang emo x kena tmpt...

mse lunch member ni dok sibuk nk ajak kuar beli kasut pas2 dye nak g toilet dlu...aku pown truskn kje aku smbil tggu dye...
Yang sorg lagi ade kje kne wat so xley ikut....pas2 aku nmpk dye dok bork2 kat pintu dgn bdk opis sblh...aku tros kuar g toilet...lps kuar aku nmpk minah ni kat opis sblh dok bork2 lg..tah pe topik pown aku x taw..aku tggu lg kat opis...tbe2 bf aku col...minah ni pown smpy aku pown bgn...ingtkn da nk pegi pas2 tbe2 dye kate "da la malas aku nk kuar cmni"..aku penin skjp trus aku sound " ala rlex r jap, dah jom r.." dye dgn b****t yang besar laju je jln msuk opis dia...
Aku col la..pehh minah ni ley plak reject col aku pas2 aku col lg..dia bole off plak hp..aku yg sengal ni col plak opis dia..eemmm hampehh..x agkt...
sudahnya aku blah pegi sndri...lantak kau la nak jadi tukun dlm opis 2...
soalan aku skrg aku yg lemau ke dia yg rangup sgt ..huhu...eh slh tnye..aku yang slh ke dye yg wat leceh dr td...fedup aku ngan minah ni..nak ikut kepala dia aje...

sabtu nak g KL plan asal nk join dia ni lah...nsib baik x jadi huh...baik aku g nek bas...sah la dia da umpat aku gila b*** mse member yg sorg g pjuk td..aahhhh peduli la...aku geram...

Wednesday, June 24, 2009

APE NAK BUAT NI.....

Hari ni bos aku xde lg....kje luar. Byk la aktiviti "luar bilik darjah"...
EEmmm...nk citer psl smlm....mak aku dah confirm diagnos cancer...aku tak tau pe perasaan aku skrg...30hb ni aku jnji nk hntr mak g jumpa pakar bius....klu sume ok 7hb depan dye msuk wad untuk operation...huh..aku da cuak..mcm2 bnde terlintas dlm kepala..operation..kimo..rmbut gugur...muntah2..

Aku x tau samada aku mampu hadapi semua ni...problem yang sebelum ni pun x abis pk lg...
Ade org nk kawin ngan mak aku...aku serba salah...hati aku cukup x suka bnda ni jadi. Aku x suka mak kawin lagi tapi kalau aku halang ape2 jadi lepas ni aku juga yang susah..kalau boleh aku tak nak sakit kan hati mak.Tapi aku memang x suka benda ni jadi.Kalau aku setuju maknanya aku hipokrit..tak dapat nk bayangkan kalau mak aku betul2 kawin...aaahhhhh pening...

Sekarang ni aku tengah prepare pasal plan lpas raya ni...family da setuju nak aku ngan bf aku tunang..Aku kalau boleh x nak tunang..fobia x abis lagi..tapi aku rasa x adil untuk bf aku kalu aku amik keputusan x nak tunang..Aku tanya kenapa nak tunang?? Dia kate sebab nak rasa terikat ngan aku pas2 nak rase tanggungjawab pada aku. Ok la jawapan tu dan aku pun rasa elok juga terikat senang sikit nk jwb bila ade org tnye..Aku harap hubungan kami berkekalan..Aminnnn

Last skali aku nk citer mbr aku yg sorg ni..smlm dia dapat 1 surat layang..isi surat tu maki hamun dia...siap cakap klu jumpa nk rogol ramai2 huh seriau aku baca..pas2 dye doakan member aku x berlaki smpai tua..member aku ni smpai ari ni dok pk spe la yg anto surat tu..tulis tangan lak 2..macam hal la..tapi ape yang terlintas kat kepala aku mungkin ade orang x senang hati pasal member aku ni mulut ley tahan puaka r..huhu..aku pun kdg2 makan ati gak tapi malas nk pk sgt...just hati2 je la ngan minah ni..

Pada orang yang buat surat layang 2 aku doakan engakau puas hati la...aku bangga beb dengan kau sbb berani luahkan pe yang engkau rasa cuma aku malu giler kalau aku jadi pengecut cam kau..huhu..bodoh pun ade gak..dah la tulis tangan pas2 xde signature..cikgu aku dulu kater kalau tulis surat x sign maknanya kita x bertanggungjawab...tp mmg kau tanggungjawab pun kan sbb 2 kau hntr surat cm2..

Monday, June 22, 2009

Yang pertama

Assalamualaikum....
entah apa mimpi malam tadi tiba2 hari ni rase nk jd blogger...so aku pown belajar2 buat...
takde citer best pun nk diungkap kat sini...cuma ari ni bos takde byk la aktiviti luar bilik darjah berlaku...
Hehehe....bisa lah kucing takde..tikus menari2 ..pesta sakan kata org...
Oh ya aku baru abis baca novel "Di Langit Cinta" karya Lily Haslina Nasir... mungkin agak terlewat sbb buku 2 bukan diterbitkan tahun ni..huhu..(ketinggalan keretapi) so far aku suke..

Aku mula2 suke baca novel Kak Lily ni start dari novel "Moga Kau Mengerti"..pe yg paling aku ske psl watak heroin dlm 2 yg keje jd reporter.. aku btol2 rse dunia wartawan..
Lme gak aku belek name pnulisnye...last2 aku perasan rupenye Kak Lily ni dlu reporter..eeemmm patut la cm biasa je dgn cara penulisannya...huhu..best ke jd wartawan??? Pas2 aku baru cari2 novel tulisan akak ni....

Aku tak tau nak buat apa lepas ni sebab novel da abis baca...kne ulang baca kot..heheh...